Berehat Seketika

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dengan esok dapat "cuti rehat" gara - gara kaki terseliuh Sabtu lepas. Ingatkan jatuh biasa aje, tak sangka pulak teruk jadinya. Nani ni pun selamba berjalan ke Masjid Jamek lepas tu untuk program kelab. Dah sampai sana baru rasa kaki makin sakit dan bengkak. Nak solat pun tak mampu nak duduk antara dua sujud. Sakit sangat sangat sampai abah dengan ibu telefon pun nangis- nangis mengadu. Memang spesis kalau tengah sakit hati jadi macam tisu. Nak pula yang tersayang nun jauh di Pahang.
Harap - harap cepatlah kaki ni sembuh. Nak bergerak ke mana mana pun susah, semua bergantung pada orang lain. Mohon doakan yang baik-baik untuk diri ini. 

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

Assalamualaikum & Hello.

Chcodina Giveaway by Mastura Aziz

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


Barakallah Along !

Assalamualaikum & Hello.
Akhirnya selamat sudah Along menjadi suami orang dengan sekali lafaz. Rasa macam baru je lagi Along bertunang, tup tup dah selamat pun bernikah. Ececece ! Petang Sabtu kitorang konvoi sembilan buah kereta ke Felda Tembangau Dua, sebelah malam tu Along akad nikah. Sampai pun dah petang, kalut sikitlah nak bersiap siapkan. Maklumlah nak jugak melawa macam pengantin kan. Hahaha ! 
Majlis pembatalan wudhu. Masa ni aku dah keluar sebab perut dah lapar. Hahaha ! Tak sempat dah nak tengok Along bergambar bagai.
Suka dekorasi pelamin masa Along kahwin ni. Simple tapi cantik. 
Abah, Along, Kak Wana, Ibu 
Malam akad nikah ni kitorang memang tak ada tema baju pun. Pakai je mana yang ada. Ibu tu pun kebetulan pakai jubah warna sama dengan pengantin. 
Sibuk Abah dengan bunga manggar dia tu. Hahaha ! Lepas ni awal bulan empat, turn Angah (yang pegang bunga telur) pulak kahwin. Pandai eh korang pilih tarikh nak kahwin. Hahaha!

Sampai sekarang aku macam tak percaya kau dah kahwin, Along. Hahaha. Terima kasih sebab selalu bagi nasihat, selalu jadi driver tak bergaji & selalu jadi "stalker" nak tahu lelaki mana yang rapat dengan aku. Kahkah ! 


Semua nak bergambar dengan partner masing masing, I mampu sensorang je lah. Ahaa!
Acah acah sangat I'm next tu. Hahaha. Lepas ni turn Angah pulak. Lepas Angah, Kak Diah. Lepas tu baru kosong. Ehhh ! 

Anyway Selamat Pengantin Baru Along & Kak Wana. Semoga Allah limpahkan rahmat dan barakah ke atas masjid yang kalian bina. Again, Selamat Pengantin Baru ! 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page