Popia Sardin

Assalamualaikum & Hello.
Ini sambungan daripada entri Macam Macam Ada yang Nani tulis semalam. Bila balik Pahang memang banyak lah gambar makanan yang akan dimasukkan dalam blog ni hah. Hahaha. Bukan apa, tiap kali balik cakap aje nak makan apa mesti akan ditunaikan. Baru ni Nani request dekat ibu nak makan popia sardin sebab tak pernah makan. Hari tu masa ibu buat Nani tak balik, kira tuntut balik lah popia sardin. Tengah taip entri ni pun terbayang lagi kesedapan popia sardin ibu. Hahaha !
Popia Sardin
Popia sardin ni senang sangat nak buatnya, sama macam kita buat popia biasa. Cuma kali ni sayur tu gantikan dengan sardin. Ibu Nani buat mula mula tumis bawang dengan lada, masukkan sardin dalam tin tu dengan ubi kentang potong dadu. Popia ni sedap makan masa panas panas tu baru lah rangup. Kalau makan masa dah sejuk memang liat lah jawabnya.
Nani ingat lagi dulu masa kecil tak suka makan sayur sampai kena paksa dengan ibu. Hahaha. Tiap kali buat popia sayur tu mesti bila nak makan, Nani korek keluar sayur. Ada sekali tu Nani sampai suruh ibu tak payah letak sayur dalam tu. Kira gulung kulit popia tu je. Hahaha. Kelakar pula bila ingat dulu - dulu masa tak makan sayur.

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Assalamualaikum & Hello.

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine  


Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +
 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnornadines.hutndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

Macam Macam Ada

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu baru ni Nani habiskan masa dengan abah & ibu dekat Pahang. Biasa balik hari Jumaat petang, kali ni Khamis petang dah gerak balik sana. Bukan apa, sebenarnya rindu nak makan masakan air tangan ibu. Hari - hari makan lauk dekat kafe sampai naik jemu, kadang kadang sampai tak nak makan pun ada. 
Popcorn
Gerak petang Khamis tu lepas zohor sebab nak kejar bas pukul tiga lah kononnya, sekali bas ada pukul empat. Heh. Menyesal tak makan dulu sebelum tu,sudahnya popcorn ni hah buat alas perut nak sampai Pahang. Sampai rumah terus terjah dapur sebab lapar ya amat :P 
Bihun Sup
Hari Sabtu baru ni, abah dengan ibu banyak sangat dapat undangan kenduri kahwin. Dah masuk cuti sekolah ni, ramai lah yang buat kenduri. Nani ni spesis yang malas bebenor nak pergi kenduri sebab nak kena gosok baju lah itu lah ini lah. MALAS ! Sudahnya ibu masak bihun sup seperiuk untuk anaknya yang malas pergi kenduri ni hah. Hahaha. Terima kasih ibu. 
Puding Roti
Hari tu tengok Qilah letak gambar puding roti kat Instagram dia pehhh kecur air liur daku dibuatnya. Hahaha ! Nani tak pandai buat puding roti ni hah, hari tu first time try tak menjadi T_T Lepas tu tak nak try buat dah. Ini boleh dikira rezeki lah balik baru ni ada jiran bagi puding roti. Ahirnya, dah tak craving nak makan puding roti. Ewah !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page