Macam Macam Ada

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu baru ni Nani habiskan masa dengan abah & ibu dekat Pahang. Biasa balik hari Jumaat petang, kali ni Khamis petang dah gerak balik sana. Bukan apa, sebenarnya rindu nak makan masakan air tangan ibu. Hari - hari makan lauk dekat kafe sampai naik jemu, kadang kadang sampai tak nak makan pun ada. 
Popcorn
Gerak petang Khamis tu lepas zohor sebab nak kejar bas pukul tiga lah kononnya, sekali bas ada pukul empat. Heh. Menyesal tak makan dulu sebelum tu,sudahnya popcorn ni hah buat alas perut nak sampai Pahang. Sampai rumah terus terjah dapur sebab lapar ya amat :P 
Bihun Sup
Hari Sabtu baru ni, abah dengan ibu banyak sangat dapat undangan kenduri kahwin. Dah masuk cuti sekolah ni, ramai lah yang buat kenduri. Nani ni spesis yang malas bebenor nak pergi kenduri sebab nak kena gosok baju lah itu lah ini lah. MALAS ! Sudahnya ibu masak bihun sup seperiuk untuk anaknya yang malas pergi kenduri ni hah. Hahaha. Terima kasih ibu. 
Puding Roti
Hari tu tengok Qilah letak gambar puding roti kat Instagram dia pehhh kecur air liur daku dibuatnya. Hahaha ! Nani tak pandai buat puding roti ni hah, hari tu first time try tak menjadi T_T Lepas tu tak nak try buat dah. Ini boleh dikira rezeki lah balik baru ni ada jiran bagi puding roti. Ahirnya, dah tak craving nak makan puding roti. Ewah !



17 comments:

  1. Bihun sup tu yg buat akak terliur pagi hari ni Nani..
    Air tangan ibu yg terbaikkkk kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan akka, air tangan ibu memang paling best :D

      Delete
  2. adoii sedapnya puding roti tu..bihun sup pon sedap juga makan musim2 hujan ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. memang macam-macam ada ni..hehehe..sedapnye tgk bihun sup tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, lepas ni cari bihun sup tau cik mimie :D

      Delete
  4. Kacanggg kacang dalam mangkukk tuuu. Looo, try jelaa lagi. Hahaa Cakap orang diri sendiri pun kadang2x macam tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita peminat kacang. Hahaha. Ala, bila dah seklai tak menajdi terus tak nak buat ;P

      Delete
  5. adeh dia tayang gambar makanan plak hewhew..

    ReplyDelete
  6. Bukan nanie je malas pi kenduri kahwin...akak pun hahahhahhaa...sedpa yer mak nanie masak bihun sup seperiuk sedapppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha,sepp sikit kak ! Sedap betul dapat hirup kuah sup :D

      Delete
  7. Popcorn apa tuuu? Kenapa semua colour tuu? Kenapa semua part yg sedap? Ahaha tak puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni jenama poco Nad, lagi sedap daripada Perfecto. Sepenuhnya disaluti caramel. Tapi mahal sikitlah, satu yang kecik tu dalam lima ringgit lebih :D

      Delete
  8. wahhh penuh gambar makanan...ok enjoy your meal

    ReplyDelete
  9. Sesekali balik kampung memang main request ajelah ya, Nani. Ibu pun mana sanggup nak kata tidak bila anak perempuannya balik kampung ^_^ Untung Nani ada ibu rajin melayan anak tekak anak daranya!

    Bihun sup tu bikin terliurlah, Nani!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page