#Cabaran20Hari l Menu Wajib Bulan Puasa

Assalamualaikum & Hello.



Laksa antara menu yang wajib ada bulan puasa. Korang pulak menu apa? 

#Cabaran20Hari l Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Sambal Ikan Bilis Kering

Hari ni Nani nak kongsi satu resepi semudah ABC dengan semua. Hihihi. Biasanya kalau Nani, memang menu yang kering kering aje lah yang mampu telan waktu sahur. Tak lalu tekak ni nak makan gulai lemak pucuk ubi ke, kari ke, memang tak lah. Biasanya telur dadar lah, telur goreng lah, tak pun sambal ikan bilis je. Sambal ikan bilis makan dengan nasi panas panas memang terangkat tau. Siap boleh bertambah nasi lagi. Tak percaya? Cuba buat sekali, confirm nak lagi.
Resepi Sambal Ikan Bilis Kering
Sambal bilis ni kawan Nani bawak. Heheh :P


Bahan - bahan yang diperlukan :

  • Ikan bilis 
  • Lada
  • Bawang besar
  • Minyak masak

Cara - caranya :

  • Kisarkan bawang dengan lada
  • Kemudian, panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing
  • Dalam kuali lain, ambil minyak lebihan goreng ikan bilis tadi tumiskan bawang dengan lada yang telah dikisar tadi.
  • Bila tumisan tu dah garing, masukkan ikan bilis(yang telah digoreng) dan gaulkan sekali.
  • Siap untuk dimakan !
Selamat mencuba resipi ringkas Nani ni. Hihi :D

Officially !

Assalamualaikum & Hello.

Apa yang officiallnya? Jeng Jeng Jeng. Nani dah ada domain sendiri. Hahah :P Dari awal tahun berangan nak ada domain tapi sebab tuan tanah ni busy nak mampuss sampai sudah tak bertukar. Jumaat baru ni malam beli domain, sabtu pagi pergi bank in duit dan tengah hari dah siap buat. Hahaha. Semuanya less than 24 hours. Nampak tak semangat dia tu macam mana :P
Officially www.inanihazwani.com Tak dek dah cikmanissweet.blogspot.com tu ehh :P 

Kredit to Along sebab ajar step by step macam mana nak ada domain sendiri. Memula tak jadi jugak, laju laju pm dia tanya macam mana. Dah lah masa tu internet pun macam nak tak nak je ada T_T Akhirnyaa jadi jugak dengan usaha sendiri + bantuan dari Along. Hihihi. Macehh Along. 

psssst : Projek naik taraf blog pulak lepas ni. Eceh ! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page