Cabaran20Hari l Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Hello.

Tengah malam baru dapat nak buat entri untuk hari ni. Since aku sambung belajar ni, memang terhad sangat sangat masa untuk blog. Kalau dulu, sempat lah jugak dalam sehari tu singgah komen kat blog orang lain. Siap duduk dalam list pengomen tegar lagi. Hahaha. Sekarang dah terkeluar dari carta nampaknya. Kah ! Nani cuba balas kunjungan awak semua yang setia datang sini hari hari. Ihikss :D

Tetiba mukadimah panjang semacam hari ni. Hahaha. Idea mencurah curah rupanya bila taip entri tengah malam ni. Pengalaman manis di bulan puasa ni banyak sangat sebenarnya. Kalau nak cerita semua tak terbaca pulak nanti. Ceh ! Tapi yang paling manis lah bila bulan puasa ni bagi aku, bila dapat iftar dengan keluarga besar kita. Seronok apa buka puasa ramai ramai lepas tu macam macam makanan ada. 
sumber : Google

Nak nak jenis yang duduk dekat "perantauan" ni kan. Sesekali balik mesti lah nak kumpul ramai ramai. Seriously, bila duduk jauh dengan family mesti rasa sayang tu lebih sikit dari biasa. Hihi. Aku setakat ni, hujung minggu aku semuanya aku berbuka dengan family. Minggu first balik pahang berbuka dengan abah, ibu lepas tu minggu lepas ke Shah Alam berbuka dengan mak cik, pak cik aku. Esok pulak balik Raub berbuka dengan keluarga besar belah Abah. 

Tiada apa yang lebih bermakna selain daripada bersama keluarga. 

#Cabaran20Hari l Pengalaman Pahit di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Hello.

Rasanya aku tak dek sangat pengalaman pahit masa bulan puasa. Banyaknya yang manis manis je. Gitu. Salah satu lah pengalaman pahit aku masa bulan puasa, berlaku masa awal ramadhan hari tu. Mula mula aku decide tak nak balik Pahang pun masa minggu first puasa tu tapi lepas tengok semua orang sibuk nak balik, aku pun terjebak jugak nak balik. Pergi pekeliling nak beli tiket on the spot lah kononnya, sekali masa aku tengah beratur tu dia cakap tiket bas ke Jerantut habis. Nak menangis masa tu aku rasa. Huhu. Dah lah aku siap call abah minta beli kan tiket nak balik ke KL semula hari Ahad tu. 
Mujur masa tu tiket ke Temerloh ada lagi. Aku pun ambik lah tiket ke Temerloh tu. Masa dah sampai Temerloh tetiba bas nak ke Jerantut pulak dah tak dek. Sekali lagi rasa nak menangis. Bulan bulan puasa pulak tu kan, dengan penatnya tetiba kena macam tu siapa tak sedih. Sebab dah tak dek bas, kitorang decide ambik teksi. Mujurlah ada lima orang yang nak ke Jerantut masa tu dapatlah share duit sikit sorang. Teksi pun RM70 ambik dari Temerloh ke Jerantut.

Sampai je Jerantut elok azan maghib berkumandang. Aku masa tu langsung tak bawa air untuk berbuka sebab ingatkan sempat sampai sebelum berbuka rupanya tak sempat. Memang serik dah beli tiket on the spot. Lepas ni kalau nak balik kena beli tiket awal awal. Korang ada pengalaman pahit masa puasa?

Damailah Awak di Sana

Assalamualaikum & Hello.

Ahad malam baru ni, nani dapat panggilan yang 'dia' dah kembali menghadap Illahi. Allahuakbar. Sedih. Sebak. Semua bercampur jadi satu. Menggeletar tangan masa dapat tahu yang dia dah tak dek. Baru sejam sebelum dia pergi tu, dia wassap Nani tanya resepi untuk berbuka. Tak sangka tu kali terakhir Nani berborak dengan dia. Selama ni dia lah teman, dialah kawan, dia lah yang selalu Nani kongsi segala cerita, dialah pendengar yang setia. Tak sangka Allah pinjamkan dia seketika cuma. Redha menerima ketentuan Yang Esa walaupun hati sebak bila dengar berita pemergiaan dia T_T
Moga awak tenang di sana. Perlahan lahan Nani cuba terima hakikat yang dia dah pergi tapi tak semudah itu. Bila teringat balik, mesti rasa sedih tu datang. Tiada apa yang aku harapkan sekarang, melainkan Allah tiupkan kekuatan untuk terus tabah. Belajar menerima kenyataan yang perjalanan kita ni tak selamanya indah. Ada masa bila diuji dengan kehilangan orang tersayang, rebah jua akhirnya. Terima kasih Allah pinjamkan dia buat diri ini walaupun cuma seketika. 

Dah dua tiga hari kehilangan dia, tipu kalau cakap tak rindu. Bila orang lain bercakap pasal dia, aku sampai tak sanggup nak dengar. Aku yakin Allah hadirkan hikmah di sebalik semua ni. In sha allah doa saya sentiasa ada buat diri awak. Al - Fatihah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page