Cendol & Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh diam tak diam, dah masuk bulan Julai pun kita ni. Cepatnyaa rasa masa berlalu, banyak lagi target yang belum capai walaupun dah separuh tahun berlalu ni. Tak apa, masih ada masa nak buat & capai. Harini entry santai santai aje, dah lama tak menulis kan. Hahah! Kemain Raya sakan sungguh, minggu last Syawal hari tu, hari hari ada jamuan Raya & undangan open house. Memang gantung kuali lah kita. Dah habis edisi lemang, rendang, ketupat semua tu, semalam kawan ajak minum petang sambil sambil dia nak cari kerja part time. Memandangkan Nani free masa tu onz aje lah terus, ada jugak geng nak berborak. Macam biasa, bila petang wajib lah lepak makan cendol bawah pokok. Kadang kadang gerai bawah pokok macam ni lagi sedap berbanding tempat tempat lain. Harga pun tak ada lah mahal mana kan. Kita okay aje makan dekat mana mana pun, asalkan sedap. Gittew! Tambah pulak sekarang cuaca boleh tahan panas, elok sangatlah makan cendol semangkuk dua. 
Bila makan cendol ni, Nani lagi suka makan cendol yang 'original' macam ni. Dulu dah pernah try makan cendol durian musang king, tapi itu lah tak berapa nak boleh terima tekak ni. Hahah! Mahal satu hal dah, rasa pun biasa biasa aje pada Nani. Haritu dekat mana entah Nani tengok harga cendol durian untuk semangkuk tu sampai berbelas ringgit. Fuhh!  Kalau yang betul betul minat durian tu, sanggup lah kot beli mahal mahal. Tapi kalau tanya Nani, macam tak berbaloi sangat. Heheh. Apa apa pun, selera dan citarasa masing masing kan. Ada yang suka, ada yang tak. Nani lagi minat yang biasa macam ni, nikmat donia! 
Sekarang pun dekat Pahang dah masuk musim durian! Baru ni balik kampung, merasa lah makan durian kampung yang betul betul baru gugur. Untung betul bila ada pokok durian sendiri ni, tapi ikut musim jugak.  Ada masa banyak buah, ada masa tak ada sangat. Nani lagi suka durian kampung macam ni, isi pun tak tebal sangat, sedang elok gitu. Lepas ni kalau dah banyak buah durian gugur, hah hadap lah durian hari - hari. Ibu Nani pun dah start dah buat stok tempoyak. Nani tahu makan aje tempoyak, tapi kalau nak suruh buat tu memang awal awal lah daku lari. Hahaha! Nampak macam senang nak buat, tapi fuhh. Tak sabar nak tunggu musim buah, macam macam jenis buah boleh makan nanti lagi lagi rambutan yang manis tu. Sedapnyaa hei. Korang pulak, suka durian jenis apa? 

4 comments:

  1. akak pun suka cendol biasa daripada yg mcam2 jenis... bg akak ada jagung, kacang merah tu dh sedap sgt dh tu...

    sedapnya nani durian fresh lg... mesti puas makan bila ada pokok durian sendiri

    ReplyDelete
  2. FUh memang terbaik ni. Kalau Syaza kena stand by Peppermint Ginger Plus sebab confirm berangin 1 badan lepas tu, huhu

    ReplyDelete
  3. durian tuuuu....tak tahan tengoknyaa...yum yum...

    ReplyDelete
  4. Untungnya jadi orang Pahang. Banyak durian :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page