Milk Peel Cream Mask & Petal Velvet Sunaway Keluaran Althea Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share dengan korang dua produk keluaran Althea Korea yang memang best & wajib ada. Macam yang korang tahu, Althea sekarang dah ada macam macam produk keluaran dia orang. Setakat ni memang kebanyakkan produk keluaran Althea yang Nani dah pernah try semuanya best dan berkesan lah. Nani pun actually baru aje lagi 'berjinak jinak' dengan skincare semua ni. Kalau dulu memang kelaut dalam bab penjagaan muka sebab malas. Bila ada mood tu baru lah nak buat semua benda. Tapi sekarang dah rajin sikit nak buat skincare routine sebab baru ada kesedaran nak jaga muka sendiri. Hahah! So untuk hari ni Nani nak kongsikan dengan korang pengalaman Nani menggunakan dua produk keluaran Althea iaitu Milk Peel Cream Mask & Petal Velvet Sunaway. Nak tahu produk ni best ke tidak, jom check it out dekat bawah ni! Mana lah tahu kan lepas ni korang berminat pulak nak try kedua dua produk ni. Hiks :)
Excited okay bila dua dua barang ni sampai, all the way from Korea gitu. Untuk Petal Velvet Sunaway ni memang Nani guna hari hari sebagai sunscreen & Milk Peel Cream Mask tu seminggu sekali aje sebab fungsi dia sebagai exfoliator. Jangn guna hari hari pulak okay, nanti jadi lain pulak kulit muka tu. Hahah! Jom check it out apa fungsi & kelebihan untuk kedua dua produk keluaran Althea Korea ni. 
Milk Peel Cream Mask 
Apa yang Nani paling suka dengan Milk Peel Cream Mask ni sebab produk ni tak macam mask yang biasa tu. Mula mula masa kita pakai tu memang dalam bentuk krim pekat tau tapi bila dah lama krim pekat tu akan bertukar jadi buih. Sumpah best gila! Milk Peel Cream Mask ini jugak mengandungi AHA dan BHA tau yang mana fungsinya untuk membuang sel sel kulit mati serta mengeluarkan kotoran daripada liang liang pori di wajah kita. Memang lepas pakai tu muka rasa bersih sangat, memang Nani recommend lah untuk korang try. 

Cara nak guna Milk Peel Cream Mask ni pun senang aje. Apa yang korang kena buat mula mula sekali basahkan muka kemudian sapu sehingga rata Milk Peel Cream Mask ke seluruh wajah. Tak payah tebal pun okay (nipis aje). Sapu sehingga keluar buih buih halus & biarkan untuk beberapa minit. Last sekali boleh lah bilas dengan air. Senang kan? Plus, packaging yang macam pump ni senang nak guna & mudah nak dibawa ke mana mana. Macam Nani jenis kulit kering tau, bila guna Milk Peel Cream Mask ni serious muka rasa bersih dan tak kering lagi dah. Masalah kulit menggelupas pun tak ada. 
Petal Velvet Sunaway

Petal Velvet Sunaway ni antara yang wajib ada dalam beg ni 24 jam dan ia berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinaran matahari. Sunscreen ini memang wajib tau kita pakai setiap hari tambah pulak kalau cuaca panas terik. Kalau tak pakai memang sunburn lah muka nanti. Heheh. Nani selalunya guna sunscreen ni lepas pakai moisturizer. Sunscreen ni penting tau so jangan skip untuk guna sebab sangat membantu. Tekstur Petal Velvet Sunaway ni pun senang nak pakai dan paling penting sesuai untuk semua jenis kulit. Heheh. 
Serious best dua dua produk ni & wajib try okay! Untuk korang yang berminat untuk dapatkan Milk Peel Cream Mask & Petal Velvet Sunaway ni korang boleh terus ke wesbite Althea Korea. Nak senang klik aje link dekat bawah ni okay! Harga untuk Milk Peel Cream Mask RM 36.00 untuk 50 ml & Petal Velvet Sunaway RM 43.00 untuk 55ml. Pada Nani memang affordable jugaklah harga untuk dua dua produk ni. Jangan lupa tau untuk dapatkan dua dua produk ni daripada Althea Korea okay!
Milk Peel Cream Mask: 
Petal Velvet Sunaway:

1 comment:

  1. Kita suka tengok packaging dia sebab cantik sangat :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page