Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin. Heheh. Baru ni order Domino's online lagi, punya lah malas nak masak sendiri. Bila datang mood malas tu, memang tak ada nya nak tanak nasi, masak lauk apa semua. Hahah! Tapiii kalau order online tak pernah okay malas, memang rajin semacam. Kah! So kali ni order untuk sorang aje makan, tak dapat lah nak guna coupon yang murah murah tu. Nani baru tahu yang Domino's ni tak ada minimum order rupanya, ingatkan sama macam fast food yang lain. Kalau Mcd tu around RM 23++ baru dia orang buat penghantaran. Nani pun baru first time hari tu beli tak banyak. Selalu berkotak kotak order sebab kongsi ramai ramai. Hahah! Bila bab makan ni, the more the merrier konsep diaa! Hehehe.
Hari tu Nani order pizza personal lepas tu add on stuffed cheezy bites dengan sos salsa. Konon nya lah nak makan cheezy bites tu dengan sos salsa sebab nampak macam sedap aje. Hahah! Total semua sekali haritu dalam RM 21++ sekali dengan penghantaran. Sampai sesat jugak lah bro Domino's ni nak cari rumah harit tu. Hahaha! Maybe pekerja baru kot so tak berapa nak familiar sangat, my house dekat jalan utama lagi memang jaaaarang lah orang tak jumpa.
First time Nani try stuffed cheezy bites ni, boleh lah nak makan tapi tak ada lah wow sedap gila. Hahah! For me, dia masin sikit kot but yaa setiap orang citarasa lain lain kan, mungkin ada yang suka. Ohh sos salsa tu waaaaay different from my expectation. Tak sedap lah pada Nani, terus rasa menyesal sikit beli. Hahah! Rasa dia masam sangat, memang turn off lah bila makan. No more sos salsa lepas ni.
Kali ni kita try pulak Classic Chicken (personal) macam biasa lah when it comes to pizza tak pernah menghampakan langsung. Heheh. Nani suka Domino's sebab topping dia tak kedekut langsung okay, worth lah beli pun. Ohh sekarang pun dia orang ada keluarkan pizza baru kalau tak silap, Pulled Beef Pizza kot namanya, nampak sedaaap! Tapi tu lah, makan fast food selalu pun tak bagus jugak. Hahah! Esok cuti boleh lah jalan jalan cari Domino's. Heheh.
Sedapnya Nani, esok bole p makan dekat dominoes pizza.Lama dah tak makan pizza ni.
ReplyDeletesedap oiii! memang pizza dominos terbaik sebab dia bukan je ada pizza tapi dessert lain macam roti pun beraneka. tu yang seronok di dominos !
ReplyDeleteawat gelap sangat tuuu cheezy bites dia? hahahaha...tapi mmg masin kalau makan time sejuk nani...kalau time panas tak rasa sgt...
ReplyDeleteakak mula2 ingat stuff cheese tu kot dessert, mcm nampak pisang ke apa kuning2 tu rupanya stuff cheese ye hehehhe...
ReplyDeletelama btl tak layan dominos nih, kang beli tp mkn sorang2 tak ngam pulak kn.... pizza dominos mmg layan la, kadang simpan dlm peti dh 2 hari panaskan balik pun msh sedap lg
i nak try cheezy bites tu
ReplyDeletebuat teringin makan domino la pulak tengok entry ni..hahha
ReplyDeletedomino tetap pilihan no 1 hihi..pull beef dia sedap tp xleh mkn daging sllu..pantang hihi
ReplyDeleteSuka domino pizza..lama juga xmkn..side dishes slalunya order chickenwing
ReplyDeleteKak ana skrg ketagih yg pulled-beef pizza tu nani. Jahat kan domino's ni. Byk je menu dorang yg best2.
ReplyDelete