Aveeno Daily Moisturizing Lotion Dapat Membantu Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Mood bekerja lagi ke tu atau dah sibuk fikir nak jalan jalan mana weekend ni? Heheh. Alang alang dah sebut pasal jalan jalan ni kan, nak tahu jugak, kalau orang kalau keluar jalan jalan atau pun pergi bercuti apa benda barang yang korang tak akan tinggal? Kalau Nani, haruslah skincare & jugak lotion tangan. Dua benda ni wajib bawa sekali dalam beg, tak kira lah jalan jalan shopping mall ke atau pun pergi bercuti. Cuma kalau bab lotion ni Nani memilih sikit orangnya. Hahah! Iye lah, kita yang nak pakai kan, mesti lah memilih. Setiap kali nak beli lotion Nani akan cari lotion yang jenis tak melekit dan cepat serap. Kalau yang jenis melekit ni selalunya lepas pakai tu mesti rasa nak basuh semula sebab tak selesa. Setakat ni cuma ada beberapa jenis lotion aje yang 'serasi' dengan Nani. Cuma itu lah, bila pakai yang sama aje ni bosan jugak kan. So, kali ni Nani try pulak guna lotion keluaran Aveeno ni hah.Actually ni first time Nani nak try lotion keluaran Aveeno, baca feedback orang lain ramai jugak yang cakap best sebab lotion ni menggunakan ramuan semula jadi yang bermutu tinggi. Menarik kan? 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion.
Paling best sekali lotion ni sebab dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dalam masa 24 jam. Bukan itu aje tau, kita jugak boleh nampak peningkatan kulit yang ketara dalam tempoh dua minggu. Nani lagi lah suka produk yang bagi kesan cepat macam ni, tambah pulak lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi, confident nak guna kan. Untuk pengetahuan korang jugak, moisturizing lotion Aveeno ni jenis yang tidak berminyak dan bebas pewangi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Nani suka lotion yang jenis picit macam ni sebab senang dan Nani rasa sebotol ni boleh tahan dua bulan macam tu tak pun lebih lagi. Heheh. Pengalaman Nani sendiri bila guna lotion Aveeno ni memang dapat rasa lah kulit jadi lebih lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi. Memang puas hati lah guna lotion ni, surely akan repurchase bila dah habis nanti. Nani kalau dah 'jatuh cinta' dengan produk macam ni memang akan beli lagi even kalau harga dia agak pricey. Tak salah pun melabur sikit duit untuk produk yang bagus macam Aveeno ni. Heheh. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Macam yang Nani cakap tadi, moisturizing lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi yang bermutu tinggi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering, rengsa dan gatal. Produk ni jugak selamat untuk kulit bayi tau, memang berbaloi beli sebab satu family boleh guna. Korang boleh tengok dekat bawah ni tiga ramuan unik yang terdapat dalam produk Aveeno untuk memberikan sehinggan 9x kuasa anti oksida. 
💜 Colloidal Oatmeal - Mengekalkan kelembapan. 
💜 Avenanthramides - Melegakan dan meredakan rengsa kulit. 
💜 Minyak Oat - Mengkukuhkan lapisan kelembapan semula jadi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion (RM 44.25)
Banyak kan kelebihan moisturizing lotion Aveeno ni, Nani memang recommend lah untuk korang guna jugak. Produk jenama Aveeno ni berasal dari Kanada, jadi susah sikit nak cari kalau dekat kedai atau pasaraya biasa, tapi korang boleh dapatkan di AEON Wellness, Caring Pharmacy, Guardian tak pun Watsons. Heheh. Kulit tangan dan badan pun kena jaga jugak okay, bukan muka aje so kena lah cari produk yang bagus jugak baru lah kulit lembut aje sentiasa. Jangan lupa okay dapatkan Aveeno Daily Moisturizing Lotion ni! Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh check it out laman web Aneeno dan jugak Facebook Aveeno Malaysia dekat bawah ni. Have a great long weekend again peeps! 

16 comments:

  1. nampak menarik produk ni, bolehlah try nanti wangi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free fragrance ni bonde tapi nice jugak lotion ni. Nanti try tau bonde!

      Delete
  2. k.el pun baru cuba produk ni..best sgt..sesuai tuk 1 keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, best sangat sebab boleh guna satu family. Heheh :)

      Delete
  3. Mmg baguslah ada Aveeno utk masalah kulit kering. Boleh rekemen kat wife juga. Thanks sharing Nani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp memang sesuai sangat untuk yang ada masalah kulit kering. Lepas pakai pun rasa lembut aje tangan.

      Delete
  4. wah, mama memang suka produk yg ada Moisturizing properties mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan mama, Nani paling suka yang ni sebab banyak betul benefits.

      Delete
  5. natural produk memang bagus. cantiklah wood tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, natural product selalunya tak menghampakan.

      Delete
  6. Kita selalu nampak lotion ni kat sini tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try lah Farah, Nani suka jugak lotion ni sebab dia daripada oat :)

      Delete
  7. nampak best macam akan lembut kulit. kahkah. rasa nak try je pulak yg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah mek, ada dekat Watsons, Guardian. Serious best!

      Delete
  8. Menarikkk.. Tapi, boleh pakai kat muka tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat. Heheh. Tapi boleh awak, ni untuk tangan aje.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page