SOHO Sandwich

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani ni sejenis manusia yang selalu habiskan masa dekat Instagram. Lepas tu selalu lah scroll Instagram yang jual makanan. Hahah! Hari tu pernah baca entry dekat blog kak Falsya pasal SOHO Sandwich ni tau, tahun lepas kot kalau tak silap Nani. Sejak dari tu memang follow Instagram SOHO Sandwich & selalu kecur air liur bila dia orang 'belanja' gambar sandwich yang sumpah tempting ya amat. Hahaha! Tapi time tu Nani stay dekat Petaling Jaya, jauh lah dengan SOHO Sandwich ni sebab dia orang based dekat Batu Caves. Servis delivery pun mahal jugak lah sebab jauh kan nak ke Petaling Jaya. Memandangkan sekarang Nani pun dah dekat Gombak, jadinya ini lah peluang nak order sandwich dengan dia orang. Iyee zaman sekarang ni sandwich pun boleh beli online okay! Kalau rajin boleh lah buat sendiri, tapi kadang kadang nak jugak merasa sandwich daripada air tangan orang lain. Ye dakk? 
Image may contain: food
Kebetulan pulak time Nani order tu ada diskaun sempena hujung tahun. Memang muraaah sangat dari harga biasa. Dekat SOHO Sandwich ni ada macam macam jenis sandwich tau sampai rambang mata tengok. Nani siap gaduh gaduh manja lagi dengan kawan sebab nak pilih sandwich ni hari tu. Hahaha!   
Image may contain: food and indoor
Ini lah sandwich yang kita orang order hari tu, double trouble eggstatic. Dalam sandwich ni ada kepingan daging, cheese, telur dengan sayur (err Nani tak sure sayur apa yang dalam sandwich ni. Hahah). Selain daripada double trouble, ada jugak lagi yang lain. Korang boleh check dekat Instagram dia orang okay! For sure, double trouble ni sedaaap ya rabbi. 
Image may contain: food
Close up sikit gambar double trouble SOHO Sandwich ni. Kenyang sampai ke petang okay bila makan dua set sandwich ni. Next time boleh lah order lagi. Hehehe. SOHO Sandwich ni dah pernah jugak masuk dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O kalau tak silap Nani. Nak order untuk event pun boleh jugak tau. Memang mudah kan zaman sekarang ni, semuanya boleh beli online termasuklah makanan. Hehehe. Sekarang ni pun dah banyak tempat yang dia orang boleh hantar sandwich ni. Korang boleh check it out Instagram dia orang okay. Serius dijamin sedaap, puas hati dan paling penting halal. Jangan lupaa beli korang!

10 comments:

  1. Junior akak ni.. Aritu nk order tp dh penuh so tk kesampaian lg nk mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke kak. Memang selalu penuh order dia orang. Nani haritu order seminggu awal. Hahah! Punya lah nak merasa kann :)

      Delete
  2. sedapnya nampak roti tu...tapi jauh lah pulak kita nak pergi beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaaap awak! Memang puas hati beli. Heheh. Alaa yeke, tak apa mana tahu nanti ada rezeki nak merasa kan.

      Delete
  3. nampak sedap..besar pulak tu..memang kenyang la kalau makan ni..

    ReplyDelete
  4. Dia memang terus deliver ke camne ni kak Inani? Limited to what area je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah nanti dia delivery terus ke tempat kita. Tapii kena order awal sebab kalau dah penuh dia tak ambik order dah. Hehehe. Dia cover area Kl/Selangor. Nad cuba tengok Ig dia orang okayy 😘

      Delete
  5. Laa dekat sgt ngan kak ana ni nani. Kenapa kak ana tak tahu pasal soho sandwich ni. Haha. Nk usher lah IG dorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tengok cepat kak Ana, boleh buat makan breakfast. Heheh 😁

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page