Review Movie | Bisik Pada Langit

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Busy kemain dua tiga minggu ni sampai weekend pun tak sempat rehat. Ada je kerja yang nak kena siapkan, nanti ada masa Nani blogwalking okay. Yang drop soalan tentang Legoland pun nanti Nani reply satu satu. Tapi dalam sibuk sibuk tu pun sempat lagi dia pergi tengok Bisik Pada Langit. Hahah! Eh macam tak sibuk je tu kan 😆 Ha lepas tu berjaga lah nak siapkan macam macam kerja tertangguh tu. Mulanya Nani dah pasrah tak sempat nak cari masa pergi tengok movie ni. Tapi lepas baca review yang cakap movie ni best sangat sangat, tergugat jugaklah wei. Dah lah barisan pelakon semua nya yang superb best. Baca pulak review Siqah Hussin lagi lah hati ni meronta ronta nak pergi jugak tengok. Sanggup tinggalkan kejap kerja yang bertimbun tu. Hahah! Mulanya time Nani tengok trailer dekat Astro macam tak faham sangat cerita ni pasal apa. Ye lah time tu mata dekat tv lah, dekat phone lah, mana nak fahm. Eheh. 
Bisik Pada Langit
kredit : Google 
 SINOPSIS BISIK PADA LANGIT 
Secara keseluruhannya filem ni berkisarkan tentang pengorbanan seorang ayah iaitu Wak Rosli (Jalil Hamid) yang sanggup lakukan apa sahaja demi anak perempuannya Hajar (Umi Nazeera) sehingga mengabaikan anak anak lelaki yang beliau ada iaitu Zaidi (Beto Kusyairy) & Iqram (Naim Daniel). Wak Rosli ni akan lebihkan semua perkara kalau melibatkan Hajar. Apa yang Hajar nak, dia sanggup buat tapi berbeza lah layanan dia terhadap dua lagi anak lelaki tu. Satu hari, Hajar terlibat dengan kemalangan, dan Wak Rosli sanggup nak gadaikan tanah semata mata nak pergi melawat Hajar dekat luar negara. Disebabkan ni, berlaku sedikit salah faham antara dia orang anak beranak. Tapi belum sempat Wak Rosli ke sana, Hajar telah pun meningal dunia. Sejak dari tu, baru lah Wak Rosli ni lebih menghargai anak anak lelaki yang beliau ada. 
REVIEW 
Sejujurnya filem ni terasa dekat sangat dengan hati Nani. Tentang kekeluargaan, tentang pengorbanan seorang ayah untuk anak perempuan dia. Nani suka jalan cerita filem ni sebab kita jarang didedahkan dengan movie yang genre nya begini. Sebelum masuk wayang, Nani cakap dekat kawan Nani "hati Nani kebal kot, takkanlah nak menangis pulak." Hahah! Kemain lagi kan. Mula mula tu ok lagi tapi start aje ayah dia dapat panggilan yang Hajar dah meninggal, laju air mata turun. Iya lah, mana ada manusia yang nak tengok orang yang dia sayang pergi terlebih dahulu kan. Kemudian bila mana proses untuk membawa pulang jenazah Hajar ke Malaysia mengambil tempoh yang agak lama, sekali lagi Wak Rosli berkeras nak ke luar negara. Kali ni Zaidi berkeras melarang tapi Wak Rosli tetap degil nak pergi. Tapi kesudahannya dia tetap jugak tak dapat pergi sebab tiba tiba demam panas. 
Pada Nani, watak Beto Kusyairy dalam movie ni yang paling tenang sekali. Dia lebih rasional lah buat keputusan berbanding yang lain. Kalau nak ikutkan semua kemahuan Wak Rosli, memang tak tahu lah jadi apa. Overall, movie ni memang best. Banyaak sangat benda yang kita boleh belajar dari jalan cerita dia. Paling Nani ingat sampai sekarang, ayat daripada watak Wak Rosli, "kamu tak akan faham macam mana perasaan mak ayah, sampai lah satu hari nanti, kamu sendiri yang jadi emak ayah." Sekali lagi air mata Nani gugur. Dalam movie ni, tiap kali Wak Rosli bercakap aje mesti air mata aku menitis. Tak sempat nak kering lagi, dia gugur semula. Sedih sangat weh. 
Bisik Pada Langit
First time Nani tengok wayang sampai tumpah air mata macam ni. Hahah! Best sangat sangat dan memang Nani sarankan korang pergi tengok. Tengok sambil ambil pengajaran. Movie ni lah yang paling terkesan sekali dekat hati Nani. Memang banyak kita boleh belajar daripada setiap watak especially mana yang dah berkahwin dan ada anak. Setiap anak adalah amanah, dan jangan pernah membanding bandingkan antara satu sama lain. Masing - masing ada kelebihan tersendiri. Kita pun sesama adik beradik janganlah selalu tuduh yang bukan bukan dengan darah daging kita. Sebab sampai bila bila pun, kita tetap akan bersama jugak. Susah senang, muka itu lah jugak yang kita akan cari dulu. Nani bagi 5/5 bintang untuk movie ni. Korang pulak dah tengok ke Bisik Pada Langit? 

15 comments:

  1. Aritu nk tgk gk cite ni tp seat tgal yg dpn tgk movie Lego ninja.. Tgk sedutan pn sure tau sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun kalau seat depan memang tak masuk lah. Hahah! Rasa macam mendongak je bila tengok movie. Sedihh sangat kak Amy.

      Delete
  2. Semalam tengok trailer kat YouTube, memang dah agak filem ni best..
    So hari ni cari blog yang buat review filem ni..
    Memang bestlah kalau boleh buat penonton menangis kannn Inani..
    Sis cadang nak tengok jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sangat sebab filem ni dekat dengan hati kita. tentang kekeluargaan. Tentang pengorbanan seorang ayah. Pelakon pun semua mantap. Wajib tengok!

      Delete
  3. Semua orang cakap cerita ni best. Teringin juga nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Farah. Nani sampai rasa nak tengok kali kedua pulak. Hahah!

      Delete
  4. Dh tengok jugak. Menangis semahu-mahunya sebab jalan cerita mcm ada kena mengena sikit2 dgn diri(anak tunggal perempuan jugak) cuma kami ayah yang pergi dulu....sobbbbbssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Sedih sangat. Nani pun mula mula tahan jugak air mata tapi tak boleh tahan wuu. Gugur jugak bila time Hajar meninggal tu.

      Delete
  5. Adoi meronta-ronta nak pergi la macam ni nani.. last tengok abang long fadhil. Tq for the review

    Jemput singgah ye nani ke blog sy.

    https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/10/langkah-cemas-bila-anak-makan-overdose.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah tengok yang ni pulak. Best! Nani suka jalan cerita dia. Heheh. Nanti Nani singgah okay!

      Delete
  6. ramai kata best movie ni.kak ana kena tggu dekat astro best je lah nampaknya. susah nak ke wayang bila ada anak aktif ni. hehe. kak ana memang minat giler dgn lakonan beto. semua watak menjadi dia bawa. orgnya pula humble sgt.

    ReplyDelete
  7. wah masing-masing dah tengok ni. Fiza je belum tengok lagi..macam terpaksa tgk online je lah kot

    ReplyDelete
  8. baca review ramai cakap best..terasa nak tengok & menangis jugak
    Janji Kita

    ReplyDelete
  9. Rasa mcm nak menonton jugalah filem ni.. menarik ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page