Memori Pajeri Nenas

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani memang spesis yang suka layan drama drama Melayu ni. Tapi bukanlah semua, ada jugak yang Nani tak tengok. Tambah pulak kalau pelakon tu biasa biasa aje, lagi lah Nani tak layan. Baru ni ingat tak nak pun layan Memori Pajeri Nanas ni sebab nak kena langgan kan. Langgan pulak bukan free, kena bayar lah (macam tak biasa dengan Astro) πŸ˜† Tapi lepas tengok promo Memori Pajeri Nanas ni terus rasa nak tengok tu kemain membuak buak. Hahaha! Barisan pelakon pun boleh tahan hebat jugak, jadi nya tak boleh tidak kena jugak tengok. Watak utama dalam cerita ni Alif Satar, Tiz Zaqyah dengan Siti Saleha. Tapi ini bukan drama cinta tiga segi ke atau pun cintak tak berbalas okay! Hahah! Ini cerita pasal kehidupan dalam sebuah rumah tangga yang ada macam macam rencah. Gituu. Daripada awal sampai habis, semua scene best. 

Sinopsis 

Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dengan resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yang disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan sehinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dari Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pada diri Armand. Seorang tukang masak yang hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yang cantik dan keluarga yang berlatarbelakangkan orang baik-baik.

Namun begitu, itu adalah sekadar luaran dan tidak mencerminkan apa yang terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Mahligai perkahwinan yang dibina antara Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dengan kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan untuk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat (agensi pengiklanan). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dalam keadaan tertekan sehinggakan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama. 

Keadaan dilihat menjadi semakin keruh apabila Kayla terdengar perbualan telefon di antara Armand dan kawan baiknya, Camelia (Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanita Armand. Kayla mulai cemburu dan hubungan mereka semakin berantakan sehinggakan beliau ingin berpisah dari Armand. Berjayakah Armand memenangi kembali hati Kayla?
Memori Pajeri Nenas
Rasa banyak sangat benda boleh belajar daripada movie ni. Macam biasa lah kan, kalau dalm rumah tangga mesti ada pasang surut apa semua. Mula mula tengok macam geram jugak lah sebab Armand (Alif Satar) dengan isteri dia Kayla (Tiz Zaqyah) asyik nak bergaduh aje hari - hari. Benda kecik pun nak gaduh sebab masing - masing busy lepas tu tak ada masa nak spent time together. For me lah kan, kalau sibuk macam mana pun kan, at least kena cari masa jugak untuk berborak dengan partner. Kalau seorang ke hulu seorang ke hilir, dah macam masing - masing buat hal sendiri pulak. Rasa nya ada aje kan kes macam ni sekarang. Huhu. Nani pernah baca dalam buku ni, ustaz tu cakap dalam rumah tangga ni, komunikasi paaaling penting sekali.

Overall Nani suka jalan cerita Memori Pajeri Nanas ni dan suka gila dengan watak Chef Armand. Dah lah ada rupa, pandai masak pulak tu. Hahah! Sepanjang movie ni asyik terliur aje tengok dia dengan Chef Camelia masak macam macam. Yang paling rare sekali rendang cendawan kalau tak silap. First time tengok Alif Satar bawa watak yang lain daripada yang lain. Tapi ok sangat dia berlakon. Tak nampak kekok pun pegang pisau, memasak tu semua. Sukaa lah tengok. Korang kalau nak tengok boleh lah langgan di Astro okay! Bayar RM 15.90 dan tengok lah sampai lebam selama 48 jam tu. Hahah. Ke korang dah tengok? 

7 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar & salam pagi rabu sis iani hazwani

    memori pajeri nenas maznee

    selalu pergi kenduri kahwin lah

    sekarang ni nak cari lauk ni pun dah tak selalu jumpa di kenduri kahwin

    ReplyDelete
  2. Macam best jer citer ni...akak lama x follow drama2 macam ni..banyak tertinggal..kena jadi surirumah kot baru bleh tgok

    ReplyDelete
  3. Rumah cik sue takde astro. Tapi masakan pajeri nenas mak buat sedapnye lahai...

    ReplyDelete
  4. Hai Nani!

    Takda kesempatan nak menonton drama nilah. Ada juga baca tentangnya tapi belum pernah tengok satu episod pun. Masa yang ada hanya untuk drama Korea aje. Hahaha! Melampau betul statement ^_^

    Alif Satar ni akak rasa seorang pelakon yang bagus, begitu juga dengan Siti Saleha. Takdalah kita ni 'kekayuan' duduk melopong tengok mereka berlakonkan!

    ReplyDelete
  5. tgk gk kt tv psl cite nih nyer sedutan, tp sbb si tiz mcm garang sgt... nk langgan kene pikir msk2 dulu hehehhe

    kalu nanie kata best mcm menggoda jgk nk langgan nih...

    ReplyDelete
  6. katanya tiz zakyah dlm drama ni mmg best sgt lakonan dia
    lama x tgk tz berlakon kan

    ReplyDelete
  7. Okay. Siqah beli movie nie nanti. Nak beli lama dah tapi busy. Nak tengok jugak. Nampak menarik ceritanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page