Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas gigih Nani dengan kawan ke Wangsa Walk semata mata nak tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Nani lagi suka keluar time weekdays sebab tak ramai orang. Sebab movie start pukul 12.15 tengah hari so tak sempat lah nak lunch dulu. Breakfast pun tak ambik sebab pagi tu settle kan a few things. So habis je movie dalam pukul 2.30 petang macam tu terus pergi solat dan makan. Macam macam lagu dah keluar masa tu. Hahaha! Faham faham sendiri lah kan macam mana bila tak makan dari pagi. Setakat makan popcorn TGV tu mana lah kenyang sangat. Pusing punya pusing cari tempat makan, sudahnya kiterang ke Campur Campur Kitchen. Sebelum ni asyik baca review orang aje, kali ni kita try pulak sendiri 😉
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Nani baru pertama kali sampai sini so macam blur blur sikit nak makan apa. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai kan mula mula nak makan menu A lepas tu bertukar pulak yang lain. Hahah! Masalah betul 😂 Nani suka lah konsep restoran ni sebab santai aje. Next time boleh lah pergi sini lagi. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Tea in Thai Style ( RM5.57)
Masa Nani order air ni, tengok dalam menu dia letak dalam gelas biasa tu je sekali sampai big cup. Tapi bukan big cup yang biasa tu, ini lagi besar. Nani dengan kawan terus pandang sesama sendiri. Hahaha! Siapa nak habiskan air banyak macam ni. Ibaratnya satu air tu boleh kongsi dua orang okay. Murah lah air dalam lima ringgit dan tersangatlah banyak. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Campur Belacan Chicken Fried (RM11.23)
Dekat sini memang style diorang semua menu dalam portion yang besar kot. Nasi goreng ni pun banyak sangat. Side dish dekat tepi tu ayam masak sambal,udang kering, telur dadar dengan hirisan mangga. Sedap, bila makan tu ada rasa pedas pedas sikit + masam masam manis dari hirisan mangga.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Flying Fish With Hot & Spicy Herbs Rice (RM15.94)
Ini pulak pilihan Nani. Sekali lagi kiterang berdua macam tercenggang. Hahah! Apehal banyak sangat ni. Kalau tahu portion memang banyak dan ikan besar macam ni, memang order satu set aje lepas tu add on nasi lagi semangkuk. Take time jugak lah makan sebab nak habiskan semua ni. Menu yang Nani ambil ni, ada dua side dish yang kita boleh pilih sendiri. Nani ambil chicken wing dengan telur tu. Lagi dua side dish diorang kalau tak silap tomyam dengan salad rasanya. Heheh.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Lembut sangat ikan ni walaupun digoreng rangup. Sedap sangat, memang fefeeling makan dekat rumah sendiri. Heheh. Ada pulak sambal kicap dengan sambal belacan, memang layan lah. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Free salad of the day. Yang ni korang boleh ambil sendiri, ikut suka nak banyak mana. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Muka kekenyangan memang macam ni. Hahah! Sebab lunch pun dah dekat pukul tiga, portion makanan pulak banyak, malam tu memang tak makan apa apa dah. Puas hati betul makan dekat sini, patutlah ramai yang rekemen makan dekat Campur Campur Kitchen. Kalau cawangan di Wangsa Walk ni memang dari tempat parking kereta tu dah boleh nampak restoran. Dekat bahagian luar tu aje, tak payah masuk sampai dalam. Selamat mencuba! 

16 comments:

  1. air tu fav ...nk2 cuaca panas skarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa! Nani pun suka dengan air dekat sini. Sedap

      Delete
  2. Alhamdulillah... kakak tengok pun nampak memang membuka selera tu Nani
    Apa lagi kalau lapar mesti licin

    Flying fish!
    Flying into your stomach hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Iye kak, kalau tengah lapar memang rekemen makan dekat sini. Terus kenyang sampai ke malam. Hehee

      Delete
  3. sedap nampak air tu, membuka selera. flying fish tu fish apa tu? crispy tp lembut ya?

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap T.T suka pegi restoran yang portion banyak harga berbaloi ni

    ReplyDelete
  5. Keluar weekdays mmg bahagia kan..bila nak dpt peluang gitu.
    Btw, menarik campur campur kitchen ni. Nk try nanti

    ReplyDelete
  6. Sedaap! Lagi lagi bila portion banyak macam ni. Puas hati makan.

    ReplyDelete
  7. menarik jgk tuh.... mcm kene try ke situ nih

    harga pun sgt berpatutan

    ReplyDelete
  8. nampak menyelerakan lah nani.klo kita pompuan makan mau kena makan berdua nak habiskan. klo laki rasanya boleh habis.

    ReplyDelete
  9. Sedap tengok hidangan2 tu.. harga pun berpatutan. Bolehla nanti pergi jugak hihii :) :)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya! menggoda betul air besar tu hahaha kalau saya boleh habis sorang ni. harga dia pun takda mahal sangat kan, bolehla kalau nak singgah ni nanti hehe.

    ReplyDelete
  11. Sedapnye. Big portion tu mmg puas hati.

    ReplyDelete
  12. air tu sangatlah menggoda dengan kepekatan dia. syok kan dapat portion besau macam tu. kalau dapat kat Lihin tu, memang dia punya sorang ler

    ReplyDelete
  13. Siqah pernah makan kat kedai CAmpur Campur KItchen jugak tapi kat Cyberjaya. Sedap makanan dia. Portion besar tu. Kenyang sungguh rasa. Hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page