Assalamualaikum & Hello.
Alkisahnya Nani memang tak dek rancang langsung nak balik Pahang minggu lepas sebab ingat nak ikut kawan main air dekat Tadom & pergi kenduri kahwin Yaya. Sekali abah call suruh balik (anak ni kalau dah yang bercakap tu abah, memang susah betul nak tolak) Jumaat tu habis aje kelas terus gerak sebab tiket pun tak beli lagi. Nasib baik ada tiket lagi walaupun beli dah last minute sangat. Masa dalam bas tu Nani main main aje bagitahu nak makan laksa kuah lemak dengan durian sekali esoknya tu diorang masakkan nasi arab, kambing bakar, laksa dengan cheese cake pun ada sekali. Ya Allah terharu sangat tau sebab semua orang sayang Nani. Eheheh :p
Suka sangat bila balik dilayan macam pwincess, cakap aje nak makan apa semua orang masakkan. Kebetulan minggu hari tu ramai adik beradik ibu ada balik sama tu yang masak macam macam. Meriah hah rumah nenek Nani dengan anak, menantu, cucu semua ada balik. Nenek Nani cakap ni makan makan lepas Raya pulak. Haha !
Dekat tempat Nani susah sangat nak jumpa laksa kuah lemak yang sedap. Bila dah dapat makan baru ni syok sangatlah rasa. Haha !
Nasi arab ni pakcik aku tempah dengan siapa entah, sedap sangat. Makan macam ni pun dah sedap. Kiterang tempah nasi ni aje, lauk lauk lain masak sendiri.
Selalu nasi arab makan lauk yang dimasak sekali dengan nasi tu kan, tapi kiterang makan dengan kari ayam. Hahah ! Ini kira nasi arab yang dah diubah suai ikut selera dan tekak masing masing.
Udang dan sotong masak rempah. Mak cik Nani malas nak masak asing - asing so dia satukan aje sekali. Puas hati sangat dapat makan macam ni. Dengar cerita diorang nak plan buat shell out pulak Raya Haji nanti. Yayyy !
Sepinggan nasi arab
Memang syok sangat kalau hari hari dapat makan macam ni. Yang dekat hujung pinggan warna hitam tu kambing bakar. Heheh.
Empat biji cheesecakes yang makcik Nani tempah dekat Shah Alam. Ha kemain jauh tau dari Shah Alam ke Pahang cheesecakes ni. Nani paling suka yang belah kanan atas tu sebab rasa dia tak manis sangat & tak muak langsung. Yang kuning tu pulak durian cheese cake. Yang lain lain Nani tak ingat dah apa namanya. Hahah ! Namanya pelik pelik so susah sikit nak hadam :p
Hari tu semua orang macam excited sangat bila tahu ada durian cheese cake ni. Nani pun teruja jugaklah sebab tak pernah makan kan. Mula mula yang makan kek ni dulu mak cik Nani, dia pun cakap boleh lah tahan rasa dia. Nani ni macam ala yeke sedap sangat ni kan so Nani ambik bau dulu lepas tu Nani cakap "bau dia macam tempoyak !" Hahah. Habis semua yang tak makan lagi tak nak makan jugak sebab Nani cakap macam tu, tak baiknya lah Nani ni.
Ha memang tersandar kekenyangan lah masing masing bila dapat makan sedap sedap macam ni. Iya lah jarang jarang dapat berkumpul macam ni kan, nenek Nani cakap masaklah apa nak masak pun. Makan aje semua ni sampai ke malam. Fuhh ! Lepas ni Raya Haji pulak baru balik Pahang, teringin nak makan apa apa tahanlah sampai sebulan. Haha ! Korang weekend baru ni buat apa?
mak aii..sdapnya..:)
ReplyDeleteSekali sekala balik, meriah dengan macam macam makanan. Hehe :)
DeleteMasya-Allah Nani...
ReplyDeleteKalau macam ini punya hidangan memanglah tak tahu nak pilih mana satu:)
Nani pulak makan semua tapi portion sikit sikit. Bila lagi nak makan sedap macam ni.
Deletekuah laksa putih tu feveret akak tu nani... kalu blik kerteh msti request kt mil akak bt kan... sedap sgt hihihi
ReplyDeletebiasala org tua kita, bila anak2 nk balik kg ckp je nk mkn apa msti dia sediakan... heheheh
akak yg dh tua ni pun nani, klu nk balik kg mcm2 masakan mintak kt mak akak msk... depa layan je hihih
Sedap kan kak Dana laksam tu. Feveret Nani jugak letak pulak sambal banyak banyak perghh !
DeleteKann orang tua ni seboleh nya nak tunaikan apa yang anak anak nak.
Banyaknya makanan.
ReplyDeleteSedap2 belaka.
Itu lah sekali sekala balik macam macam yang diorang masakkan.
Deletelaksa tu panggil laksa apa. kalau kat terengganu pun kuah macam ni. laksam pun kuah macam ni kan?
ReplyDeleteKalau dekat tempat Nani panggil laksam jugak bila kuah putih ni :)
Deleteperghhh..sedapnya makanan tu nani..lapar dah cheq ni..heheh
ReplyDeleteHahahah ! Pergi lah makan cepat Zati :D
Deleteakak pun lama tak makan laksa kuah putih..
ReplyDeleteNani memang dah lama nak makan, dekat sini susah sikit nak jumpa
Deletebanyaknya makanann. memang rumah kak nani ni sentiasa meriah dgn makanan eh T__T nasi arab sedapnya, siap ada dessert cheesecake lagi tuu
ReplyDeleteHahaha taklah Mazni. Kalau time ramai balik meriah lah macam macam masak.
Deletesedapnye..menjejeh air liur...untungla dilayak bak pwincess kan :)
ReplyDeleteHahaha ! Bila lama tak balik tu yang untungnya :)
DeleteMeriah sungguh la makanannya...sekali sekala memang bagus macam ni
ReplyDeletetudiaa.. macam2 adaa...
ReplyDeleteWahhh... super duper marveles ni.. sedap2 semuanya!! :) :)
ReplyDeleteMASYAALLAH..
ReplyDeletebnyk nye makanan..dapnyer tgok ^o^
sakan weh makanan! Sally xde buat ape pun...banyak g event je last week...sampai 4 event sekali..LOL
ReplyDeletealahai. lapaq pulakk dahh (ノД`)
ReplyDeleteperghhh daebakkk. terliur den tengok hahahaha
ReplyDeleteadehh...mcm2 ada..terliur ahhhh
ReplyDelete