Boat Noodle

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni memang berjalan habis, langsung tak melekat dekat bilik. Jumaat petang keluar pergi Boat Noodle sebab kawan nak belanja. Laju aje setuju nak keluar makan bila dengar dia nak belanja. Hahaha. Cuba kalau kena bayar sendiri mesti 50 - 50 je nak pergi tu kan Nani. 
Memula ingat nak masuk Nando's tapi sebab Nando's macam mahal sikit terus tukar makan dekat sini. Masa sampai tu memang full house sangat sampai kena tunggu dekat luar kedai T_T
Fresh Thai Coconut ( RM 6. 90 )
Sebab dah lama teringin nak minum air kelapa tu pasal order jugal walaupun sebenarnya dekat Boat Noodle ni femes dengan green tea. Nyaman tekak dapat minum air kelapa. 
Satu mangkuk kecil ni RM 1. 90 + boleh pilih nak kuah apa sama ada Ayutthaya atau Pathumthani.
Total hari tu Nani order sembilan mangkuk. Pheww :P
Kra Pow Chicken Rice ( RM 11.90 )
Kali ni makan Nani rasa Kra Pow Chicken Rice ni so so aje rasa dia. Tak sedap sangat macam dulu. Ayam dia tu pun manis masa Nani makan.
Yum Woon Sen ( RM 13. 00 )
Ni agak pedas lah bagi sesiapa yang tak berapa sangat dengan makanan pedas. Kawan Nani yang dari Sabah tu makan sampai dua tiga kali minum air nak hilang kan pedas. Tapi Nani yang memang kuat pedas ni, tekak memang boleh terima lagi lah.
Thai Popeye's Tempura ( RM 6. 90 )
Memang sedap sangat yang ni sebab rangup. Memang highly reccomend untuk korang yang nak makan dekat Boat Noodle.
Sangkaya Steamed Bread ( RM 6. 90 )
Pencuci mulut lepas dah siap makan. Hahaha. Nani suka kaya dia tu sebab tak manis sangat. Makan pulak dengan roti memang pehh. Sedap !
Korang kalau tak tahu nak makan dekat makan boleh lah try makan dekat Boat Noodle ni. Banyak cawangan yang diorang ada, terjah lah mana yang paling dekat okay ! 












22 comments:

  1. laparlah nani pepagi singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Memang entri makanan saje dua tiga hari ni :D

      Delete
  2. menarik..... nampak sedap .. harga pun ok

    ReplyDelete
  3. tu laaa...ingat nak jugak nnt...hihihi...sbb ada voucher bro framestone kasi..mihmihmih...

    tapi satu jela tak suka...sbb mangkuk dia banyak yg dah sumbing...jd mcm ralat sikit kalau dapat mangkuk gitu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehhh ada voucher. Boleh makan sampai pengsaaan. Hahah
      Kannn. Mangkuk dorang dah banyak yang sumbing T_T

      Delete
  4. bestnyaaa. bilalah kite dapat pergi. hehe. sedap2 org kata

    ReplyDelete
  5. giler sedap!! nk try la nnti...asyik makan nandos je huhu

    ReplyDelete
  6. mangkuk kat boat noodle memang design dia sumbing-sumbing eh? banyak blogger review pasal boat noodle nih..saya kerap tengok gambar-gambar makanan diletakkan dalam mangkuk macam tu

    ReplyDelete
  7. menu dia menarik,,
    deko pon menarikk

    ReplyDelete
  8. Bila entah nak dapat peluang pergi Boat Noodle ni.

    ReplyDelete
  9. murahnya semangkuk mee tu...macam best tempat ni..tapi kat segamat tak ada kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Kak Yan orang segamat ke? sama ler kita..hehe

      Aah, kat segamat xde boat noodle

      Delete
  10. Noodle dia murah dan nampak sedap...nyum..nyumm

    ReplyDelete
  11. Dapat gaji memang akak nk makan boat noodle!

    ReplyDelete
  12. Tumb Up untuk boat noodle bonde like....

    ReplyDelete
  13. Terliur lak dik pepagi tengok ni....tapi kat sandakan tempat akak macam belum ada ler...huhu

    ReplyDelete
  14. wahhh paling tertarik dengan coconut tuuu. besar kecik besar kecik je kc renung dia ahahhaha

    ReplyDelete
  15. Sedap. Memang full saja BN ni.

    ReplyDelete
  16. Mesti ramai pelanggan Boat Noodle ni sampai sumpik-sumpik mangkuknya... ~_^

    Akak pun belum pernah sampai ke Boat Noodle. Baca cerita orang ajelah selalunya. Nak ke sini kena fikirkan si Abang, apa yang boleh dimakannya. Takkanlah kita aje asyik makan tapi anak-anak dok tengok aje, telan air liur tak tahu nak makan apa. Akak ni cerewet juga tapi tak seteruk anak bujang sado akak yang satu tu!

    ReplyDelete
  17. Thai Popeye @ kangkung goreng tepung mmg sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page