IndoBowl Resto di IOI City Mall

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Minggu lepas saja jalan jalan cuci mata dekat IOI City Mall. Dah lama juga Nani tak pergi sana, macam macam restoran dah ada sekarang ni rupanya. Untung betul siapa yang duduk area situ, cakap aje nak makan apa, semua ada depan mata. Heheh. Lepas pusing punya pusing cari tempat untuk lunch, sudahnya Nani ajak kawan lepak dekat IndoBowl Resto. Dah lama Nani tak makan makanan citarasa Indonesia ni, bila tahu ada outlet IndoBowl Resto dekat IOI City Mall, memang tak fikir banyak kali dah lah. Kebetulan masa Nani pergi tu awal lagi, so tak ramai sangat orang. Boleh lah duduk lama sikit tengok buku menu tu. Macam macam menu ada okay, rambang mata nak pilih yang mana satu sebab semua nampak sedap sedap. Lepas ni dah tahu lah nak ajak kawan makan dekat mana, harga makanan pun sangat berpatutan. Tak susah pun tau nak cari IndoBowl Resto ni, dekat area Lower Ground Floor tu aje. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Nampak tak tu Authentic Indonesian Homestyle Cuisine. So kalau rasa rindu nak makan makanan Indonesia, boleh lah datang sini. Tak payah susah susah nak travel sampai ke Indonesia dah, dekat IndoBowl ni pun boleh dapat menu yang sama. Sedap pulak tu. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Ini pula suasana dekat dalam restoran, serious dekorasi IndoBowl Resto ni cantik dan unik sangat tau. Memang nampak konsep tradisional & moden. Gitu! Paling penting sekali, tempat ni sangat selesa untuk kita bawa family atau pun kawan kawan makan. 
Untuk pengetahuan korang, IndoBowl Resto ni memang sentiasa ramai orang tau lagi lagi time lunch hour so kalau tengah full house tu korang kena bersabar sikit nak tunggu meja kosong. Apa lah sangat nak kena tunggu tu kan, yang penting makanan sedap & kita pun puas hati dengan servis dia orang. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall

IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Fuhh penuh hah meja dengan macam macam jenis makanan yang ada dan semua sedap. Serious Nani rasa berbaloi sangat makan dekat IndoBowl Resto ni, portion pun banyak (baca: tak kedekut langsung). Dalam gambar ni memang nampak macam sikit tapi banyak sebenarnya. Kali ni Nani order pula menu terbaru yang ada di IndoBowl Resto. Nak tahu apa menu terbaru tu, jom baca dekat bawah ni okay!
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Untuk minuman, Nani pilih Soda Gembira, Es Cendol dengan Soda Jagung dan antara ketiga tiga ni, Nani paling suka sekali Es Cendol tu. Sampai ke hari ni teringat ingat lagi kesedapan Es Cendol tu tau. Cukup rasa lemak manis semua, recommended! 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Nasi Campur Dendeng 
Tudiaa macam macam ada dalam satu hidangan. Apa yang Nani suka dengan Nasi Campur Dendeng ni, daging tu lembut sangat tau, sambal pun pedas dan secukup rasa. Dekat bahagian atas nasi tu ada kicap tau so tak ada lah rasa plain sangat bila makan. Sedap! Ini antara salah satu menu fav Nani juga lah. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Nasi Ayam Petai Sambal Tomat 
Masa mula mula menu ni sampai Nani macam eh mana nasi nya, ini lauk aje. Rupanya ada nasi dekat bahagian bawah tu hah. Punya lah banyak ayam yang dia orang letak sampai tak nampak langsung ada nasi dekat bawah. Macam yang Nani cakap tadi dia orang langsung tak kedekut bila serve makanan dekat customer. Berbaloi dengan harga yang kita bayar.
IndoBowl Resto di IOI City Mall
IndoMie Bakso Goreng Balado 
IndoMie ni yang last sekali Nani rasa sebab dalam hati fikir, alah ni IndoMie yang macam biasa tu aje lah. Sekali bila dah makan, fuhh sedap kemain. Bakso Goreng Balado tu dia punya pedas tak boleh bawa berbincang. Hahah! Nani makan sambil lap peluh okay. Bakso tu dah memang pedas, ada pula lagi sambal cili dekat tepi tu hah memang berasap lah telinga. Tapi pedas pedas pun sedap!
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Bakwan Udang 
Menu pencuci mulut hari tu, Bakwan Udang. Udang banyak dan lembut aje bakwan ni, memang sedap! Sos tu pulak ada rasa manis manis dan pedas sikit. Memang kena dengan citarasa Nani. Selain daripada bakwan udang, ada juga bakwan jagung so korang boleh lah pilih nak order yang mana satu. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
 Hari tu masa kita orang tengah makan, tiba tiba staff tu datang dekat meja letak Chitato ni (potato chips flavour fried noodles). Serious Nani tak sangka IndoMie ada keluarkan potato chips juga. First time Nani tengok potato chips flavour fried noodle, memang lain daripada yang lain betul ni. Harga satu paket ni RM 4.90 tak silap. 
IndoBowl Resto di IOI City Mall
Muka puas hati sebab dapat layanan dan servis yang terbaik daripada IndoBowl Resto cawangan IOI City Mall. Memang best sangat sangat makan dekat sini, semuanya tip top dari A sampai Z. Kalau korang sejenis yang suka makan makanan yang pedas pedas, memang korang wajib masukkan IndoBowl Resto dalam list untuk korang pergi. Lepas ni nak repeat lagi makan dekat sini & nak try menu lain pula. Siapa sini peminat makanan citarasa Indonesia juga? Korang pernah tak lepak dekat IndoBowl Resto? 






Ayam Goreng Mekdi 3x Spicy

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Phew baru ada masa nak menghadap blog sendiri. Haih asyik tenggelam timbul aje lately ni dekat blog. Sekarang telah masuknya waktu waktu busy untuk kerja hakiki. Hahaha! Bila banyak kerja yang nak kena siapkan within dateline memang terpaksa lah kita fokus yang tu dulu, blog ni jatuh nombor dua. Entah lah, tahun 2019 ni rasanya memang tahun yang paling Nani kurang sangat menulis dekat blog ni, apatah lagi nak blogwalking dekat blog orang lain. Memang tak sempat langsung, kadang kadang rasa serba salah betul bila tak ada masa nak reply komen & soalan soalan korang. Sorry sangat sangat okay, memang sibuk dia tak boleh bawa bincang. Tak sabar nak habiskan semua ni, so boleh relax sikit lepas ni. Selalunya weekend aje yang Nani sempat buat 'me time.' Itu pun selalunya habiskan masa untuk keluar jalan jalan hilangkan stress. Hehehe. Baru ni lepas settle kerja dekat PJ terus zass pergi Nu Sentral cuci cuci mata. Hei jalan jalan dalam mall pun satu 'terapi' juga okay. Hahah! Sebelum balik tu sempatlah kita tapau ayam goreng mekdi extra spicy dulu satu set. 
 Ingat tak dulu Nani pernah share dengan korang pasal ayam goreng mekdi extra spicy ni, tapi masa yang Nani beli tu langsung tak pedas. Mungkin masa tu staf tu tersalah bagi kot tapi relax aje makan ayam dua ketul tak minum air. Hahaha! Tapi betul tau memang masa tu tak rasa langsung pedas. Nani tengok resit memang dah tulis yang extra spicy tapi dapat spicy yang biasa tu aje. So baru ni Nani order lah lagi ayam goreng yang extra spicy ni hah, saja nak try & nak tengok tahap mana lah pedas tu kan. Dan kali ni memang betul dapat yang extra spicy tu wohoo! 
Iyee mula mula tu memang teruja lah nak makan tapi bila satu suap aje masuk mulut, dia dah tak rasa teruja tapi dia rasa nak mengamuk sebab pedas nak mampus. Hahhaa! Terus rasa menyesal order yang extra spicy. Nani makan dengan porridge tu pun still rasa pedas menyengat. Hm rasanya lepas ni kalau nak beli kena fikir dua tiga kali dulu. Pedas dia tu sampai berpeluh peluh lah makan, air pun sekejap aje habis. Tak pernah pernah lah selama ni makan Mcd sampai macam tu sekali. Hahah! Selama ni baca aje feedback orang lain cakap pedas, bila dah rasa sendiri fuh menyengat. Bahagian kulit ayam tu lagi lah pedas melampau. Hahah! Taubat takmo dah order yang extra spicy ni. Korang pulak macam mana, boleh tak makan ayam goreng extra spicy ni? 

Marrybrown Tawarkan Promosi Jimat Jumaat

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tegar ayam goreng dekat sini? Haa hari ni Nani ada satu benda best nak kongsikan dengan korang tau. Nak tahu apa yang best sangat tu, kena lah baca entry Nani ni sampai habis, yang pasti ia nya sangat berbaloi. Untuk Nani yang memang peminat ayam goreng ni, memang rasa seronok betul lah bila dapat tahu yang sekarang ni Marrybrown Menawarkan Promosi Jimat Jumaat. Nani pun baru juga tahu sebenarnya tentang promosi ni sebab kebetulan hari Jumaat lepas, Nani jalan jalan dekat Citta Mall & ternampak pula Promo Jimat Jumaat dekat outlet Marrybrown sana. Memang tak fikir banyak kali dah, terus aje kita lunch dekat situ. Marrybrown ni antara salah satu tempat fav Nani juga & selalunya Nani akan order Nasi Marrybrown bila makan dekat sini. Sedap sangat okay, sambal yang secukup rasa, ayam goreng rangup fuhh memang puas hatilah bila makan. Tapi kalau asyik makan menu yang sama pun bosan juga kan, so hari tu Nani order Promo Jimat  Jumaat ni pula. 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Tengoklah muka tu kemain bahagia lagi bila nampak ayam goreng depan mata. Hahah! Untuk setiap pembelian Promo Jimat Jumaat ni, kita akan dapat lima ketul ayam goreng dan lima ketul nugget ayam dari harga RM 19.90. Fuhh memang berbaloi sangat kan, dah lah portion banyak. Boleh ajak kawan kawan tak pun family makan sama sama dekat Marrybrown nanti. Tapi promo ni hanya valid pada hari Jumaat sahaja tau, kalau korang pergi Marrybrown selain dari hari Jumaat memang tak akan dapatlah promo ni. Ingat tau, Jumaat sahaja! 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Satu yang Nani suka dengan Marrybrown ni, ayam goreng dekat sini semuanya besar besar dan rangup sangat. Puas hati betul bila dapat ayam yang macam ni, makan seketul pun dah kenyang okay! Macam biasa, kita boleh pilih sama ada nak ayam flavour spicy atau pun original. Fav Nani mestilah yang spicy. Fuhh memang sedap, makan pula time panas panas tu memang tak pandang kiri kanan dah. Hahah!
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Tengoklah tu, besar besar kan ayam goreng Marrybrown. Oh ye, untuk Promo Jimat Jumaat ni ia tak didatangkan sekali dengan air tau so korang kena add on lain untuk air dan promo ni hanya valid untuk dine in sahaja. So lepas ni boleh lah ajak family & kawan kawan ke Marrybrown yang terdekat. Korang boleh dapatkan Promo Jimat Jumaat di mana mana outlet Marrybrown kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Macam yang Nani cakap tadi, Promosi Jimat Jumaat ni hanya sah pada hari Jumaat bermula dari 20/9 sehingga 01/11 sahaja dan sementara stok masih ada. Jangan terlepas pula tau tarikh tarikh ni, nanti kang menyesal tak sudah. Heheh. Bila dah penat sangat menghadap macam macam kerja selama lima hari, apa salahnya kan kalau hari Jumaat tu kita reward diri sendiri dengan makan sedap sedap dekat Marrybrown. 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Promo Jimat Jumaat di Marrybrown (RM 21.20 termasuk 6% SST). 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
Walaupun korang nampak ada dua set atas meja tu tapi haipp satu lagi tu kawan Nani punya okay! Lima ketul tu memang banyak, tak mampu lah kita nak habis kan sorang diri. Kenyang sangat dah, next time kalau nak order Promo Jimat Jumaat ni kena ajak ramai ramai baru syok. Korang pun jangan lupa tau singgah mana mana cawangan Marrybrown untuk dapatkan Promo Jimat Jumaat ni. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang promosi di Marrybrown, korang boleh rujuk link di bawah ni okay. Selamat mencuba! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page