Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kisahnya hari tu Nani pergi pasaraya lepas tu tiba tiba ada seorang staff tu tarik sebab nak promote cadbury. Macam biasa, kita dengar aje lah kan apa yang dia nak cakap, lagi pun Nani tak rushing sangat masa tu. Kalau kena time tengah nak cepat, memang 'angkat kaki' jugaklah. Hahaha! Rupanya staff tu bagi tahu pasal promosi beli mana mana cadbury yang saiz besar & dapat free gift, papan pemotong limited edition. Gittew! Tapi Nani tak beli pun lah kesudahannya. Hahah! Bukan apa masa tu stock coklat dekat rumah banyak lagi walaupun sebenarnya rasa serba salah jugaklah sikit sebab dia dah promote beria kan. Bukan setakat tu aje, dia ada jugak tau bagi tester cadbury & kita boleh pilih nak rasa yang mana. Nak rasa semua sekali pun boleh tak ada hal. Nani pun minta lah dengan staff tu nak rasa yang Cadbury Durian. Cadbury yang flavour lain lain tu macam dah biasa sangat makan, tapi yang durian ni memang Nani fikir banyak kali jugak nak beli hari tu. Nani makan aje durian cuma entah lah, bila makanan yang ada flavour durian ni rasa macam tak kena pulak. Hahah! So apa rasa Cadbury Durian ni?
Pada Nani, boleh lah nak makan cadbury durian ni tapi macam muak sikit kot dan bau cadbury durian tu tak ada lah kuat sangat pun tapi still boleh bau. Hahah! Staff tu bagi rasa sepotong okay, jenuh rasa nak habiskan. Benda yang pertama keluar dari mulut Nani lepas makan cadbury durian ni haritu; rasa sama macam jajan durian yang pack warna oren tu. Hah memang sebijik sangat rasa macam tu cuma yang ni version manis dan sedap. Memang tu lah first and last Nani makan cadbury durian. Sedap tu sedap cuma tak kena sangat dengan tekak Nani. Makan untuk sekali dua aje okay lah. Gittew!
Kalau korang memang peminat durian, mungkin cadbury durian ni akan jadi fav korang. Nani minat jugaklah makan durian tapi durian yang pure buah tu. Kalau kek durian ke, aiskrim durian ke, memang kurang sikitlah. Dulu pernah lah try minum durian smoothie, mashaAllah rasa macam menyesal pulak cakap minat makan durian. Hahahaha! Satu sedut aje, lepas tu memang bagi orang. Cadbury ni pun sama lah, Nani tetap jugak suka flavour yang ada almond dengan cadbury bubbly tu aje. Sedap kemain! Selalunya stock coklat ni memang selalu ada lah, stok kunyah kunya bila dah penat buat kerja. Heheh. Korang pulak, cadbury yang mana satu jadi fav & dah pernah try ke belum cadbury durian ni?