Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Masih dalam mood bercuti ke tu? Cuti lama lama pun tak syok jugak bila tak ada plan nak berjalan ke mana mana ni (sampai jadi bosan lah cerita dia). Hahah! Sudahnya semalam kawan ajak pergi makan 4Fingers dekat Wangsa Walk. Alang alang dah tak ada plan apa apa tu, terus lah onz aje. Tapi kalau dah sampai Wangsa Walk tu memang tak lah pergi makan semata mata kan, ada lah jugak melencong masuk kedai lain sama lepas tu eh terbeli kasut lah, itu lah ini lah. Dasar Nani! Actually 4Fingers ni baru aje lagi buka dekat Wangsa Walk, lepas ni dekat lah kalau nak pergi. Sekarang pun dah banyak outlet 4Fingers ni, tak susah dah nak cari. Heheh. Nani jenis memang suka makan ayam goreng ni (ada ke orang tak suka ayam Nani 😆) so makan lah dekat mana pun tetap rasa sedap. Hahah! Sekarang ni pun dekat 4Fingers dah ada flavour baru, tapi semalam tak try pun. Tetap jugak pilih yang dah biasa makan tu. Hiks.
Table for three. Kalau korang nak tahu menu yang available dekat 4Fingers ni, korang boleh check it out dekat dia orang punya website. Siap ada harga sekali dekat situ so boleh lah kira budget korang sekali. Heheh. Ohh dekat sini konsep dia self service, sama macam dekat restoran fast food yang lain. Air dekat sini pun kita ambil sendiri cumanya tak boleh refill lah.
Rice Box (RM 18.80)
Macam biasa bila pergi makan dekat 4Fingers, wajib order rice box (wingettes) ni. Kita tekak melayu wakk, pergi mana mana pun tetap jugak nak cari menu yang ada nasi. Hahah! Dalam satu set rice box ni, ada nasi, empat ketul ayam dengan coleslow. Ayam dekat sini pun size dia okay lah, tak ada kecil sangat. Kenyang okay makan satu set ni.
Muka lepas dah puas hati makan dekat 4Fingers. Nasib baik semalam tak payah nak tunggu lama pun nak dapatkan seat kosong. Sampai sampai aje, boleh terus order & duduk makan. Walaupun semalam cuti, Wangsa Walk tak ada lah sesak mana pun. Dah kenyang baru lah boleh shopping dengan tenang. Hahaha! Sempena Chinese New Year ni kan, ada lah jugak outlet yang buat sales, masa ni lah nak membeli sambil berjimat. Heheh. Korang pulak buat apa aje cuti dua hari ni?