Sopoong Korean Food di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Ada peminat makanan Korea tak dekat sini? Heheh. Actually Nani ni bukanlah peminat tegar sangat makanan Korea kecuali ayam goreng dia. Yang tu memang tak boleh tolak sebab sedap sangat okay. Ini pun terjebak dengan makanan Korea sebab kawan kawan lah yang selalu ajak. First time Nani makan makanan Korea ni dekat Hanbing Subang Jaya. Satu aje masalah Nani bila makan dekat restoran Korea ni mesti makanan tak pernah habis. Mungkin sebab nasi dia orang yang macam pulut sikit tu buat kita cepat kenyang kot. Sekali sekala nak makan dekat sini boleh lah, kalau selalu rasanya tak termakan jugak Nani. Hahah! Sejenis tekak melayu sangaaat kan πŸ˜† Dubuyo dah pernah try jugak tapi yang dekat situ lagi lah Nani tak boleh makan nasi dia (yang warna purple ke apa entah). Boleh makan dua tiga suap lepas tu dah, memang rasa tak boleh dah nak makan. Hahah! Baru ni pulak dia orang ajak jalan jalan Melawati Mall since dah lama kan tak cuci mata. Eheh. Ingatkan dia orang nak lunch dekat mana, sekali ajak masuk Sopoong Korean Food ni. Tapi kita layankan lah jugak dia orang nak makan dekat sini. Nani suka kedai dia sebab kemas, tersudun. Cantik! Siap ada decoration pokok buluh lagi okay!
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Kimchi Bokkeumbap (RM 14.90)
Ini yang kawan Nani makan hari tu. Nasi goreng dengan kimchi & ada lah sayur lain sama. Nani rasa yang ni lebih kurang macam menu dekat Mr. Dakgalbi. Not bad jugaklah rasa dia cuma tak pedas mana pun even dekat situ tulis spicy. Hahah! Korang yang biasa makan Korean Food tu mesti tahu macam mana pedas makanan dia orang. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Sundubu Jigae Beef (RM 19.50)
Ini pun kawan Nani punya jugak. Dalam tu ada tofu, daging apa semua. Hari tu Nani rasa kuah tu sedap jugak, ada rasa pedas pedas sikit & portion banyak okay! Kira berbaloi dengan harga tu. Untuk set yang ni boleh pilih sama ada nak ayam, daging atau pun seafoo and harga lain lain lah untuk setiap jenis tu. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
 Cheese Dakgalbi (RM26.50)
Cheese Dakgalbi ni lah yang jadi pilihan Nani hari tu. Sekali sampai kemain banyak padahal order yang saiz kecil aje. Jenuh nak habiskan nasi tu okay. Istimewanya Cheese Dakgalbi dengan Sopoong ni dia orang hidangkan dekat kita sekali dengan hot pan tu. Kira sampai dah habis makan pun, still lagi panas dan berasap. Gitu. 
Sopoong Korean Food di Melawati Mall
Pada Nani rasa dia not bad lah cuma sos yang warna merah tu (I tak tahu nama dia apa) dia orang terletak banyak sangat kot so rasa dia macam spoil sikit. Cheese tu pun ada campur dengan telur so bila makan ala ala telur dadar bersalut cheese. Hahaha! Tapi sedap lah jugak, portion pun banyak sangat sangat. Kalau perut tengah kosong rasanya boleh aje kot habiskan semua ni. Korang yang mana memang peminat Korean Food tu boleh lah try makan dekat Sopoong ni pulak. Banyak jugak menu yang ada dekat sini. Boleh check it out dekat mana cawangan dia orang okay. Nani hari tu pergi yang dekat Melawati Mall. Heheh. Next, rasa nak makan ayam goreng Korea pulak. Misi mencari ayam goreng Korea bermula. Eh? πŸ˜†

Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Memandangkan tak lama lagi kita akan berpuasa, so hari ni Nani nak kongsikan salah satu cadangan tempat berbuka untuk bulan Ramadhan nanti. Korang dah ready ke belum nak sambut bulan Ramadhan ni? Heheh. Untuk pengetahuan korang, Laman Kayangan Shah Alam yang terletak di Seksyen 7 ni menyediakan lebih kurang 88 jenis hidangan dengan menggunakan konsep Kembara Selera Memikat Jiwa. Dekat sini lah korang boleh jumpa dan makan macam macam jenis menu yang famous dekat negeri negeri lain seperti Kacang Pool Larkin, Mee Kari Nyonya dan banyaaak lagi lah. Paling best sekali dia orang punya Signature Dish lah iaitu Sup Tulang Merah dan jugak Nasi Arab Kambing Golek. Jaraaang sangat okay jumpa sup tulang merah dekat mana mana buffet Ramadhan dan itu lah antara kelainan yang diketengahkan oleh pihak Laman Kayangan. Kiranya memang berbaloi sangat lah berbuka dekat sini sebab macam macam menu ada. Jom tengok menu menu yang akan dihidangkan untuk bulan Ramadhan nanti. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam

Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Arab Kambing Golek. 
Menu ni memang akan sentiasa jadi pilihan utama. Betul takk? Dekat mana mana tempat pun, kambing golek ini lah yang dicari cari. Heheh. Serius korang memang wajib try Nasi Arab Kambing Golek dekat sini sebab nasi dan daging tu lembut sangat.  Sedap! 
Sup Tulang Merah.
Kalau tak silap Nani, Sup Tulang Merah ni famous dekat area Singapore & Johor. Tapi tak payah susah susah nak pergi sana dah sebab dekat Laman Kayangan pun ada. Makan pulak dengan roti tu memang ngam sangat. Hari tu first time Nani makan Sup Tulang Merah, sedap rupanya. Korang yang tak pernah cuba tu, boleh lah nanti berbuka dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Kabuli.
Selain daripada Nasi Putih, Nasi Arab, korang boleh jugak menikmati hidangan Nasi Kabuli dan jugak Nasi Daging. Senang cerita, rasa lah semua sebab nasi dia orang lembut sangat sangat. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Nasi Daging. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Dekat sini jugak terdapat pelbagai pilihan masakan melayu seperti Daging Masak Lemak, Ayam Kalio, Daging Masak Merah dan macam macam lagi lah. Mostly menu dekat sini macam menu yang selalu kita makan bila berbuka dekat kampung. Heheh. Mana yang rindu air tangan ibu tu, boleh lah masukkan Laman Kayangan ni dalam list korang siap siap. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Mee Kari Nyonya & Mee Wantan. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Mee Kari Nyonya. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Kacang Pool Larkin.
Bila sebut Kacang Pool Larkin ni, memang ramai lah yang tahu kesedapan dia macam mana. Korang yang rindu nak makan kacang pool tu, boleh lah datang sini. Rasa dia memang lebih kurang dengan yang dekat Larkin sana. Ini pun antara makanan yang agak 'rare' jugak pada Nani. Susah kot nak jumpa yang sedap kalau dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Pelbagai jenis hidangan buah buahan dan jugak kuah rojak. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Antara minuman istimewa di Laman Kayangan Shah Alam iaitu Teh Ais Kaw, Air Limau Asam Boi, Air Jagung dan Air Sirap. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Dessert. 
Dessert ni pun antara tarikan utama jugak dekat sini. Kuih muih tradisional, puding, roti, kek, semua lah ada. Paling Nani suka churros dia orang, lembut dan tak kedekut langsung coklat. Heheh. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Cream Puff. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Egg Tart, Cheese Tart & Kek Coklat. 
Selain daripada menyajikan pelbagai jenis hidangan yang sedap dan menarik, pihak Laman Kayangan jugak menyediakan pelbagai lagi kemudahan lain untuk para pengunjung. Antaranya tempat parking yang luas dan percuma, surau untuk bersolat dan jugak dewan makan yang berhawa dingin. Memang selesaa sangat lah untuk kita berbuka puasa dengan family dan kawan kawan dekat  Laman Kayangan Shah Alam ni. Paling syok, kita jugak akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal. Harga untuk Buffet Ramadhan pulak korang boleh check it out dekat bawah ni. Book lah awal awal okay untuk dapatkan harga yang lebih murah. Jangan lupa masukkan Laman Kayangan Shah Alam ni dalam list korang untuk berbuka puasa nanti. 
Harga Buffet Ramadhan di Laman Kayangan Shah Alam
Early bird (Pembelian sehingga 16 Mei 2018)
RM 50 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Harga Biasa
RM 65 (Dewasa)
RM 35 (Kanak Kanak & Warga Emas)
Pakej Korporat
πŸ’™Beli 50 Meja 
Percuma :
+ 500 Cenderahati Istimewa
+ PA System & Projector
+ 5 Hamper
πŸ’™Beli 10 Meja
Percuma :
+ 1 Meja
+ 100 Cenderahati Istimewa
Untuk membuat tempahan boleh hubungi:
En. Azahari : 019-233 1351
Pn. Hasmal : 019-250 3090/012-253 3973




Pulut Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Hujung minggu maksudnya hari bermalas malasan. Hahah! Kalau tak ada kerja bertimbun boleh lah nak bermalas malasan tapi kalau kerja banyak, memang cari penyakit lah cerita dia kan. Bila mood rajin datang, hari Sabtu pun gigih update entry. Jarang jarang okay berlaku. Hahah! Sementara ada banyak masa terluang ni boleh lah nak update entry sekejap. Hari tu Nani ada tertengok pulut kuning yang Zarina Zainuddin jual dekat Instagram. Kak Amy pun pernah jugak tulis entry pasal pulut kuning Zarina Zainuddin ni. Serius nampak sedap sangat korang nak nak time dia close up rendang tengah mendidih tu. Mula mula ingat nak beli jugak dengan dia tapi mengenangkan ada minimum order, terus jadi problem sikit. Hahah. Iye lah, kawan kawan Nani tak minat sangat pulut ni semua plus harga dia pun dalam RM 10 ke atas kalau tak silap. Even harga agak mahal tapi feedback semua cakap sedap. Nani pulak sejenis manusia yang tak berkira sangat bab makan. Dah kalau nak rasa, beli aje lah kan. Heheh. Makanya terpaksa lah daku pendamkan dulu niat hati nak makan pulut kuning Zarina Zainuddin. Next time lah kita try yang tu. 
Nasib baik baru ni dekat kafe ada jual pulut kuning & rendang ayam. Okay, dah ngam sangat ada dua ni buat makan pagi + lunch. Mula mula fikir dua tiga kali jugak nak beli sebab takut tak sedap. Pulut ni walaupun nampak senang nak buat tapi kadang kadang ada jugak yang tak berapa menjadi. Tak berapa masak lah, kurang santan lah. Heheh. Mujur yang ni sedap, boleh lah nak makan.
Rendang ayam pun sedap sebab mak cik tu ada letak hirisan daun kunyit. Portion pun banyak sampai boleh makan time lunch. Next time boleh lah makan lagi kalau teringin. Heheh. Kira berbaloi lah lima ringgit Nani beli pulut kuning dengan rendang ni hari tu. Hahah! Lima ringgit pun berkira kalau tak sedap (zaman serba serbi mahal ni terpaksa lah berkira sikit. Eheh). Korang dah breakfast ke tu? Apa plan nak buat weekend ni? 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page