Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Assalamualaikum & Hello.
KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk  membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 
Apa itu Shopee?
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.
Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my
Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut seperti Pakaian Wanita, Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.
No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini. 
No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas
 Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.
Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai  tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
#WangWithShopee

Beef Prosperity Burger

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Still bekerja ke atau pun dah start cuti Chinese New Year hari ni? Semalam sempat jalan jalan sekejap dekat KLCC. Actually bukan nak berjalan sangat pun, tujuannya nak ke Kinokuniya sebab ada buku yang nak cari. Habis lah dalam sejam dekat Kinokuniya, lepas tu rasa macam awal sangat lagi nak balik. Plus, harga grab car time tu kemain lagi melambung tinggi sebab high demand. Pergi dalam lima ringgit aje (lepas guna promo code) tiba tiba nak balik harga dalam RM45. Pheww! Tak kuasa nak bazirkan duit RM45 tu begitu saja. Hahah! Makanya Nani ajak kawan masuk BATA, konon nak cuci cuci mata aje. Sebenarnya dah lama niat nak beli sandal baru, tapi tak sempat sempat nak beli. Dah alang alang semalam masuk BATA, cari lah terus sepasang. Ingatkan ada banyak sales sempena CNY ni, tapi biasa biasa aje. Banyak jugak sandal yang lawa lawa sampai rambang mata daku dibuatnya. Hahah! Sekejap nak sandal A, sekejap nak yang B, sampai sales boy yang duduk ikut Nani tu pun naik pening. Kalau dah namanya perempuan, macam tu lah. Sudahnya dapat jugaklah rembat sepasang. Hahaha! Konon nak tengok tengok aje, tapi tak ada nya kalau dah masuk dalam tu. Mesti beli jugak sepasang 😆 Siap beli, zasss turun pergi McDonald's pulak untuk makan malam (padahal time tu baru pukul enam). 
Beef Prosperity Burger
 Since sekarang ni famous dengan Prosperity Burger, so kita pun order lah jugak benda yang sama. Iya lah, setahun sekali aje kan. Heheh. Tapi tu lah salah timing pulak pergi lepas office hour ni. Dia punya ramai orang tu mashaAllah. Nak tunggu meja kosong pun dah sekian. Hahah! Menyesal pulak rasa pergi time tu, KLCC pulak kan. Nasib baik time order Nani dah siap, orang dah berkurang sikit. Kalau tak, satu kerja pulak nak tunggu meja kosong. Satu set Beef Properity ni dalam RM 15 macam tu kalau tak silap Nani. Ada lagi satu, Golden Prosperity tapi Nani ambil yang biasa ni aje. 
Beef Prosperity Burger
Gambar Prosperity Burger tak ada sebab burger comot. Hahah! Sedaap lah jugak, ada rasa pedas sos lada hitam tu dan kepingan daging tu pun lembut aje. Yang bestnya bila order set Prosperity Burger ni sebab ada twister fries. Nani lagi suka twister fries yang ni, sebab ada rasa pedas pedas sikit. Heheh. Hari tu pun ada jugak sekali Nani order set ayam goreng & minta upgrade dari fries biasa tu kepada twister fries ni hah. Tapi bukanlah upgrade for free okay, kena tambah dalam seringgit macam tu. Nani tak sure semua outlet available ke tak untuk upgrade fries ni. Heheh. Korang dah try ke belum Prosperity Burger? Haa kalau belum try lagi, boleh lah membawa diri ke McDonald's lepas ni. Kalau tak sempat rasa tahun ni, kena tunggu tahun depan lah pulak jawabnya. Hahah! InshaAllah petang ni bergerak balik ke Pahang, doakan saya selamat sampai okay. Korang pun hati hati di jalan raya! 

Mr. Dakgalbi di Setapak

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend lepas lepak dekat Mr. Dakgalbi dekat Setapak dengan girlfriends. Ini kali kedua Nani makan dekat sini, lagipun harga agak mahal sekali sekala nak makan boleh lah. Heheh. Bila pergi weekend memang full house lah tempat ni, kita orang pun hari tu keluar lewat. Lepas tu grab car pulak ikut jalan jauh, nasib lah. Apa yang best sangat dekat Mr. Dakgalbi ni? Macam macam yang best sebenarnya. Cuma Nani sarankan kalau nak pergi, lagi seronok kalau ramai ramai. Sebabnya boleh share duit sikit sorang. Memang lah harga agak mahal, tapi portion makanan pun besar okay. Itu pun kalau korang nak order yang set lah macam yang kawan kawan Nani order hari tu. Ada jugak set yang biasa untuk sorang makan, tapi selalunya dekat sini Nani tengok orang order yang set punya. Konsep dekat sini, dia orang akan masak dekat depan kita. Sementara nak tunggu dia siap masak tu, fuhhh! Dah lah masing masing tengah lapar, memang tunggu aje bila dia nak siap masak. Hahah! Ada banyak jugak cawangan Mr. Dakgalbi ni, korang boleh check it out dekat Facebook dia orang okay. Nani selalu pergi yang dekat Setapak ni lah, sebab paling dekat kannn. Heheh. 
Mr. Dakgalbi di Setapak
Mr. Dakgalbi ni berdepan dengan Maju Home Concept tu dan dekat sangat dengan Ssetapak Central. Tak susah sangat pun nak cari. Heheh. Kalau nak tahu menu menu yang ada dekat Mr. Dakgalbi ni, korang boleh tengok dekat bawah ni. 
Mr. Dakgalbi di Setapak
Mr. Dakgalbi di Setapak
Hari tu kita orang order pan fried rice (seafood) dengan satu set Fried Rice yang boleh makan 4 ke 5 orang (actually lebih lagi). Satu set ni dalam RM 92. Bukan ada nasi aje tapi ada ramen jugak lepas tu dapat jugak side dish coleslow, kimchi dengan sup. Free air kosong, tapi kalau korang nak air lain pun ada jugak. Selalunya Nani ambil air kosong aje, jimaaat! Hahaha! 
Mr. Dakgalbi di Setapak
Banyak okay, ni pun sampai dah paksa sikit sorang untuk habiskan. Nasi tu ada jugak dia orang letak cheese. Dulu dulu Nani pun macam tak berapa minat jugak sebab rasa tak kena aje kan nasi goreng lepas tu ada cheese pulak. Tapi once dah rasa, serius sedap ya amat. Hahah! Kalau tak nak order set yang ada nasi ni, boleh jugak ambil set yang ayam tu aje. Mr. Dakgalbi ni famous jugak dia orang punya Cheese Ring, tapi agak mahal jugaklah. Heheh. 
Mr. Dakgalbi di Setapak
Sedap jugaklah makanan dekat sini, ikut citarasa Nani. Ada rasa pedas pedas tu dan tak muak sangat pun even ada cheese. Just nicee gitu. Ayam dia pun banyak jugak dia orang letak dalam ni. Walaupun daku sejenis yang tak layan drama Korea ni semua, tapi makanan dia boleh lah jugak Nani makan. Cuma kalau yang dekat Dubuyo tu Nani kurang sikit, mungkin sebab nasi dia jenis yang macam tu kot. Hahah! Cukuplah sekali hari tu aje makan Dubuyo, lepas ni tak masuk dah rasanya.Korean fried chicken dia aje yang Nani suka, lain lain tu boleh lah. Heheh. Korang pernah tak makan dekat Mr. Dakgalbi ni? Heheh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page