Drama Andainya Takdir

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Alhamdulillah hari ni dah genap 19 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar, dah hampir ke 10 malam terakhir kita ni. Sekejap je kan korang masa berlalu. Awal puasa hari tu bertenaga lah jugak Nani, dah nak dekat hujung ni mashaAllah dia punya letih tu. Kadang lepas maghrib rasa nak tidur terus pun ada. Hahah! Tapi nan hadonya eh nak buat macam tu. Dua tiga hari ni cuaca panas kemain (dugaan bulan Ramadhan). Siap mandi pun boleh berpeluh lagi. Duduk dalam rumah pun berbahang aje rasa tambah pulak rumah Nani ni bila petang menghadap cahaya matahari. Ibu dengan abah Nani pun berbuka, air bergelas gelas minum. Heheh. Sebab cuaca panas terik, tekak pun dahaga sangat. Cikgu pulak kan. dekat sekolah memang sah lah banyak bercakap sebab nak mengajar. 
Macam dah terlari sangat pulak dengan tajuk dekat atas tu ๐Ÿ˜† Sepanjang bulan Ramadhan ni, rajin pulak Nani layan drama Andainya Takdir. Selalu kalau dulu dulu habis aje terawih, memang balik terus tidur. Hahah! Kali ni siap terawih, terus duduk depan tv nak tunggu drama Andainya Takdir. Shukri Yahya kot berlakon, gila tak tengok. Fav actor lah katakan. Kalau sebelum ni watak dia selalunya sweet tahap potong kaki & baik baik aje kan, macam dalam drama 7 Hari Mencintaiku tu dulu. Masa drama tu dulu aku pulak yang stress tengok dia kemain sabar isteri buat jahat dekat dia. Kali ni lain daripada yang lain sangat watak yang Shukri Yahya ni bawa. Tiap kali tengok Andainya Takdir, tak pernah komen yang murni murni aku bagi. Mesti sumpah seranah dengan watak dia. Hahah! 
Drama Andainya Takdir
Dah macam mana tak bengang bila watak dia asyik asyik cemburu dengan isteri dia yang berbual dengan lelaki lain. Masalahnya bukanlah berbual kosong pun tapi sebab tuntutan kerja. Lepas tu boleh pulak engko pukul dia macam tak ada perasaan. Heiii, walaupun dalam drama aje tapi aku ni sejenis yang menghayati tau. Hahah! Lagi lagi pulak bila watak dia tu berkesan sungguh. Rasa nak hempuk hempuk aje dia. Belum lagi watak mak dengan adik dia. Peh boleh urut dada tengok. Sekarang ni jadi tak sabar pulak nak tahu ending drama ni macam mana. Dah layan kan, kena lah tengok sampai habis. 
Tapi tu lah, agak agaknya dalam realiti kehidupan ni ada ke lelaki macam si Airil ni? Asyik dengar cakap emak dia lepas tu sejenis yang cepat naik tangan dekat isteri. Huwaa, minta simpang lah dapat suami macam ni nanti. Scary pulak membayangkan kalau dapat suami yang baran. Awak, awak tak baran kan? Eh eh eh ๐Ÿ˜† Korang layan tak drama ni? Kalau tak tengok lagi, boleh lah start layan. Hahah! Walaupun sakit hati, tapi best lah jugak sebab lakonan dia padu dan menjadi. 

Happy Birthday!

Assalamualaikum & Hello. 
Alhamdulillah bertambah lagi satu umur hari ni. Happy Birthday to dear self! Sebenarnya hampir hampir terlupa hari jadi sendiri sampai lah ibu yang ingatkan. Hahah! Makin bertambah usia, makin dekat dengan kematian. Macam biasa, tak ada apa apa celebration pun, lagi lagi bulan puasa ni kan. Mungkin Raya pertama nanti boleh celebrate dekat kampung. Nak jugaaaak! Hahah! Tak ada lah, selalunya kiterang bila Raya pertama, mesti ada edisi sambut birthday. Ramai yang nak tahu berapa lah umur Nani ni berapa sebenarnya. Teka sendiri lah berapa tapi yang pasti dua lah dekat depan tu ๐Ÿ˜† Cuma satu satu nya harapan aku setiap tahun, nak bahagiakan abah dengan ibu dulu. Nak balas balik setiap jasa yang abah dengan ibu dah pernah bagi. Tiap kali fikir kan pasal ni, mesti rasa sebak sikit sebab selalu terfikir sempat ke tak. Mudah mudahan Tuhan pinjamkan abah & ibu untuk aku lebih lama.
Masih banyak yang Nani nak belajar dari hari ke hari. Kalau nak listkan semua sekali, satu entry pun tak cukup. Kadang kadang bila datang ujian dalam kehidupan pun, kena jugak belajar dari ujian tu. Melalui ujian baru lah dapat tahu diri kita di tahap yang mana. Tahun ni ramai betul yang wish suruh masak sedap sedap. Alahai korang, hakikatnya Nani sendiri pun tengah belajar lagi nak memasak. Tak ada lah pro sangat pun, tapi lepas lah kalau nak makan untuk tekak sendiri. Hahah! Kalau tengok Instagram tu memang lah nampak semua sedap sangat tapi nya tu pun setelah 342658 kali cubaan memasak resepi tu. Hahah! Mana yang berkelapangan Raya nanti, jemput ke rumah okay, inshaAllah ada rezeki boleh rasa air tangan saya yang tak seberapa tu ๐Ÿ˜Š
Apa pun terima kasih untuk setiap kiriman doa & ucapan yang baik baik dari kalian. Dari malam tadi ada yang WhatsApp tapi baru sempat baca time sahur tadi. Hahah! Bulan puasa ni awal kita tido hah๐Ÿ˜†Terharu sebenarnya dengan ucapan daripada kalian. Alhamdulillah diberi rezeki dikelilingi kawan kawan dan family yang sangat baik. Berkat bulan Ramadhan ni, dapatlah Nani tumpang sikit doa kalian. Mudah mudahan ada antara doa kita dimakbulkan oleh Dia. Semoga kalian juga dilapangkan pintu rezeki seluas luasnya, diberi kesihatan yang baik dan semoga apa yang korang doakan untuk Nani akan terpantul semula buat korang ye. Amin ya Rabb. Semoga hari ni akan jadi lebih baik dari semalam. 

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Assaalamualaikum & Hello.
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!

Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page