Assalamualaikum & Hello.
Memang setiap tahun tak pernah lepaskan peluang pergi Pesta Buku Antarabangsa. Cuma baru ni aku macam 50-50 nak pergi ke tidak. Sebabnya banyak lagi buku yang dah beli hari tu tak sempat nak baca, satu lagi sebab tak ada geng nak ajak teman. Hahah! Gedik pulak nak berteman bagai. Sebenarnya mengenangkan nak ke PWTC dari Gombak tu tersangatlah jauh tu yang ingat nak ajak kawan teman. Paling tidak, ada lah jugak orang yang boleh bawa borak dalam LRT tu kan. Memang masa tu dah habis nekad tak nak pergi tiba tiba kawan WhatsApp cakap banyak sangat novel best & dia dah habis dua ratus dekat booth Karya Seni. Dah dia cakap macam tu, mana mampu nak tahan diri ni hah. Dari niat tak nak pergi, terus jadi wajib pergi no matter what! Seorang diri pun boleh aje sampai setakat PWTC tu 😆 Dalam kepala nak beli satu buku aje (KONON) sekali dah sampai sana terus lupakan niat yang suci murni tu. Grrrr.
Dah lama nak beli buku Budak Tomato ni tapi tak ada masa nak pergi beli. Hari tu pulak dah baca review Siqah pasal buku ni, lagi lah tak sabar sabar nak baca. Memang satu buku ni aje mula mula tu yang masuk dalam list, sekali dah sampai sana jadi lain pulak. Bila fikir fikir balik, takkan pergi jauh jauh, nak beli satu buku aje. Rugi! So kita grab lah dua buah novel. Eh?
Total hari tu ada lah dekat seratus jugaklah habis. Tahun ni rajin sikit lah berjalan sampai setip level aku pergi. Hahah! Nani pergi hari Sabtu, memang ramai sungguh lah orang. Tambah pulak time tu ada majlis perasmian pesta buku ni, ada artis lagi. Fuhhh! Sampaikan hari tu Nani dengar announcement parents yang kehilangan anak. Bila dah ramai ramai macam tu memang macam macam boleh jadi so kena alert lah masing masing lagi lagi kalau yang bawa anak anak tu.
Ini pun tak habis baca lagi, dia dah pergi tambah lagi tiga buah buku. Haa, jangan tanya novel mana yang best sebab semua tak baca lagi. Hahah! Cuti sem nanti lah kot, kita baca satu per satu kan. Apa hal entah suka sangat baca novel macam ni. Dah try nak tinggal dulu tapi tak menjadi. Bila nampak aje novel best, kemain laju nak beli. Kalau dah minat kan, susah nak tinggal. Oh ya, pesta buku ni sampai 7hb kalau tak silap Nani. Sempat lagi kalau nak pergi ke PWTC, ke korang dah pergi?