Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu nak ke Pulau Ketam, Nani dengan dua orang lagi kawan gerak ke sana pagi Sabtu lepas habis program universiti. Konon nya kali ni tak nak naik KTM dekat KL Sentral untuk ke Pelabuhan Klang, nak naik dekat Subang Jaya terus. Kita orang bertiga pun direct lah naik LRT dari Gombak terus ke Subang Jaya dan dekat sana tukar naik KTM. Naik LRT terus ke Subang Jaya sebab masing - masing cakap LRT laju sikit, kalau KTM nanti lambat. Sampai dekat Subang Jaya, tengok platform tu macam dah betul so turun lah dengan rileks rileks aje, sebab masa tu tak sedar lagi yang KTM dah ada. Bila dah separuh anak tangga, baru nampak ada ramai orang keluar dari KTM. Kita orang pun apa lagi, berlari lari lah nak kejar KTM tu. Faham aje lah kan, kalau dah terlepas satu train, next train tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Fuh, lama kot kalau nak kena tunggu.
Sumpah masa tu malu gila sebab ramai orang tengok kita orang berlari lari semata mata nak kejar train. Gigih gila kan sebab nak kejar train. Lepas tu elok aje kawan Nani dua orang tu dah masuk dalam KTM, terus pintu train tu tertutup. Nani pulak tak sempat nak masuk lagi weh time tu. Dalam kepala satu aje "aku nak kena tunggu train lain." Sekali ada makcik tu dia jerit "dik, cepat tekan butang tu!" Hahahah! Kalau ingat balik benda ni memang gelak sakan. Memang buat drama betul lah 😆 Dan mujurlah pintu tu terbuka, terus laju laju masuk lepas tu guess what?! Ramai gila orang pandang. Pffft! Elok train dah gerak, terus jalan cari coach wanita. Tak sanggup nak jadi perhatian orang. Kah!
Lepas tu dah masuk coach wanita still lagi gelak gelak sebab teringat drama sebabak yang kita orang bertiga buat. Dengan dia orang berdua masa tu gigih nak halang pintu train tu tertutup. Lol 😆 Pintu tu automatik memang tak lah nak halang pulak kan. Hahahhaha! Adoi. Dah lama train bergerak, tiba tiba kawan Nani cakap "apesal train ni ke belakang balik?" Masa tu dah lepas dua stesen baru sedar yang kita orang tersalah platform. Bayangkan, dah lah buat drama sebabak sebelum tu tiba tiba tersalah naik train pulak. Kita orang pun tukar lah platform dekat mana entah masa tu. Dah turun, sekali lagi berlari lari nak kejar train yang dah sampai dekat platform sebelah sana. Kali ni tak ada lah dah buat drama sebabak sebab masing - masing sempat masuk dalam train. Hahah!
Rasa macam 'mencabar' betul naik KTM kali ni. Hahah! Dengan berlari lari lagi dekat Stesen KTM, memang dah macam pergi merentas desa pulak 😆 Tak pernah pernah buat kerja macam ni hah, tapi gara gara tersilap platform terus jadi entah apa - apa. Nasib baik tak drag banyak sangat masa sebab tiap kali sampai Stesen KTM tu, terus ada train (cumanya tersilap naik aje. Lol). Tak tahu lah apa masalah hari tu, tak nampak platform ke apa entah tiba tiba aje pergi salah naik. Nasib baik sedar awal tersalah naik KTM, kalau tak sia - sia oi patah balik ke belakang. Hahah! Alhamdulillah selamat jugak sampai ke Pulau Ketam tengah hari tu walaupun macam macam hal jadi. Korang pernah ke tersilap naik KTM atau LRT? 😀