Hello Penang!

Assalamualaikum & Hello.
Rasanya dah ada kot yang tahu Nani ke Pulau Pinang baru baru ni. Actually dah lama gila Nani plan nak ke Pulau Mutiara ni tapi selalunya terbatas. Boleh katakan tahun lepas memang masa Nani pack sangat, mana nak struggle untuk habiskan study lagi, lepas tu ramai pulak sepupu sepapat kahwin so nya mostly cuti Nani dihabiskan untuk attend wedding diorang. Alang - alang dah tahun baru ni macam free sikit kan, terus kosongkan jadual untuk pergi bercuti. Abah dengan ibu pun izinkan aku pergi bercuti since tak ada apa apa nak buat dekat rumah ni hah. Both of them pun dah mula sibuk dengan kerja memasing. Lepas dah dapat green light, terus book tiket hotel dengan flight ke Penang. Ikut plan asal nak duduk seminggu (Hahah! Memang macam nak duduk terus kan 😆) last last jadi empat hari tiga malam aje. Itu pun dah puas sangat.

Alhamdulillah memang rezeki nak pergi bercuti, tiket flight masa tu cuma RM47 (Air Asia) Pada Nani memang murah lah. Mula mula decide nak naik bas tapi lepas kawan Nani cakap perjalanan dari Kl ke Penang tu lebih kurang enam ke tujuh jam kalau naik bas, terus Nani cancel. Nangis kalau naik bas lama - lama ni. Bukan apa, sakit pinggang kot nanti. Lagipun kalau naik bas harga tiket dah RM40 so macam lebih kurang naik flight aje kan, terus tukar plan. Naik flight baru sejam aje compare kalau naik bas enam ke tujuh jam tu. Heheh 😊 Nani suka Penang ni sebab banyak sanga transport awam untuk pergi mana mana jadi tak risau sangat lah.
Teruja gila bila nampak ada basikal ni hah. Yang paling best tu cuma RM2 untuk dua jam dan 30 minit pertama free aje. Oi murahnyaaaa! Kalau dekat mana mana taman area Kuala Lumpur ni mahu sejam dah RM10. Nani ingat nak bawa jugak basikal ni pusing pusing area Georgetown tapi jalan dekat sini mashaAllah sibuk dia. Seram pulak kalau nak bawak. Hahahah! Terus batalkan niat suci murni nak bawa basikal dekat Gerogetown. Sudahnya berjalan guna kenderaan berkaki dua aje (tapi penat dia boleh tahan) 😃
Gani Famous Pasembur
Sampai Penang pun dah petang, Nani tak ada jalan mana mana sangat pun hari first tu. Lepas check in hotel, keluar pergi makan pasemboq aje dekat Padang Kota. Dah sampai Penang kan, macam tak lengkap pulak tak makan pasemboq. Kawan Nani cakap Gani Famous Pasembur ni boleh tahan jugaklah famous dekat sini. Masa Nani pergi tu time weekdays jadinya tak ramai sangat orang. Banyak sangat pilihan yang ada, tinggal pilih aje nak yang mana. Nani haritu ambik tak banyak mana pun tapi sepinggan ni kena RM15. Ehehe. Boleh tahan jugak harga dia tapi sedap sangat okeh. Kuah pekat & pedas pedas sikit. Memang umphhh lah! 😊😊

Mood Vacation Is Turning On!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang, walaupun dah empat hari masuk tahun baru tapi blog ni nan hado lagi entry tahun 2017. Hahah  ðŸ˜† Orang lain kemain semangat menulis entry tahun baru, Nani pulak terbalik. Maklumlah dalam kepala ni dah elok setting nak pergi berjalan minggu jadi automatik mood nak menulis tu terus kelaut dalam hilang. Heheh. Nak pergi bawa diri sekejap, pulihkan hati yang dah retak. Eh? Tak adalah sebenarnya Nani nak bagi otak ni relax sikit sebelum memulakan semula tugasan hakiki lagi dua minggu. Nak ke manaa? Masih lagi dalam Malaysia, tak jauh mana pun. Just nak pergi santaikan diri dan nak have fun! Ibu cakap orang lain tengah sibuk sibuk nak kerja awal tahun, Nani dah sibuk nak berjalan. Hahah! Rasanya time macam ni tak ramai sangat kot orang bercuti but who knows kan. Mana lah tahu tetiba ramai jugak. 
kredit : Tumblr
Memang sengaja pilih awal tahun ni hah sebab nak bagi bersemangat sikit lepas ni. Gituu. Lagipun bercuti masa orang lain tengah berkerja macam menyeronokkan aje. Hehe. Mungkin dalam dua tiga hari ni Nani tak sempat singgah blog korang. Minta maaf  mana yang singgah sini tapi Nani tak balas kunjungan semula, inshaAllah minggu depan balik dari bercuti Nani terjah blog korang ye. Doakan penerbangan Nani petang ni selamat sampai ke destinasi 😉

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue
klik SINI untuk join 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page