Menyesal Tak Tengok Betul Betul !

Assalamualaikum & Hello.
Bukan main syok lagi memasing kan sebab esok cuti umum. Mana yang duduk dekat Selangor tu lagi berganda seronok sebab cuti bersambung sampai Selasa kan. Nani cuti ni habiskan masa dekat rumah aje, badan pun tak berapa nak sihat sangat. Bila selsema dan demam datang sekali gus, terus lemau badan jadinya. Otak ting tong, tajuk entry pun entah apa apa jadinya. Eheh πŸ˜†Nani ni plan awal bulan satu nanti nak ke Penang, so dari sekarang memang dah kena settlekan untuk booking hotel, tiket bas dengan ets apa semua. Teruja okeh nak jalan jalan Penang sebab dah lama sangat tak ke sana. Selagi bujang ni, baiklah kita pusing keliling Malaysia dulu kan. Nanti dah ada komitmen lain terbatas pulak. Ehem πŸ˜‚ 
Masa nak booking hotel tu, memang habis semua website lah Nani bukak, sebab nak bandingkan harga. Gituu. Lepas dah puas hati belek sana, belek sini, baca entry blogger lain, tengok review apa semua ada lah berkenan dengan satu hotel ni. Nani pun tak fikir panjang terus lah booking melalui website Expedia ni. Masa tu bila Nani comparekan harga, Expedia ada bagi less 10% so murahlah sikit daripada yang lain lain ni. Bila tengok dekat website hotel tu sendiri harga pun lebih kurang. Settle dah buat bayaran online, baru teringat yang ada satu website ni buat promosi less 25% untuk booking hotel. Ya Tuhaaaann, masa tu Nani rasa macam kenapalah aku tak tengok bebetul ni. Rugi dalam 30 hengget gitulah. Walaupun 30 ringgit tu nampak macam kecik je nilai dia tapi kalau jenjalan nanti lepas lah untuk sehari makan. Berhuhuhu je lah mampu 😐
Boleh je kalau nak cancel tempahan hotel tu melalui Expedia tapi nak tunggu diorang refund balik duit tu makan masa dua ke tiga minggu katanya. So sebab malas nak pening pening terus aje proceed walaupun hati meronta ronta nak booking melalui website yang satu lagi tu. Hahah! Tak apa lah, next time kalau nak booking hotel lagi kena double tripple check. Dah puas hati baru booking kan. Nani bukan apa, kalau nak tunggu diorang refund nanti takut kang hotel tu dah penuh pulak. Haa menangis tak berlagu lah jawab dia. Dari tak ada tempat nak menginap nanti kan, tak apa lah bayar mahal sikit. Ok lah tu je nak bebel harini, nanti Nani terjah blog korang.
p/s : Alhamdulillah petang tadi selamat timang sorang lagi anak buah. Yeayyy! Can't wait to see you little boy 😍

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum & Hello.
365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria
klik SINI untuk join 


Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Assalamualaikum & Hello.
Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page