Short Vacay Langkawi : Laksa Kaw Ikan Sekoq

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu sebelum ke Langkawi lagi Nani dah set dalam kepala siap siap nak makan laksa kaw ikan sekoq tepi airport ni hah. Dari tahun lepas kot teringin nak makan lepas baca entry laksa ni dekat blog kak Juju. Heheh. I is dah lah peminat tegar laksa ni hah, tak boleh tidak mesti jugak pergi. Bukan selalu kan jejak Langkawi, so tempat tempat yang memang orang aim ni wajib lah pergi. Gitu. Memang dekat tepi airport ni majoriti meniaga laksa, banyak gila food truck dekat sini. Pilih aje nak makan apa. Best okeh lepak dekat sini sebab dekat dengan pantai, memang layan habis lah makan laksa. Tapi masa Nani pergi tu hari dah nak dekat hujan, angin kuat gila sampai kan pinggan laksa pun nak terbang. Angin dekat dengan pantai ni memang kuat. Makan pun terpaksa laju laju sebab takut hujan turun. Hahah ! 
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Masa dalam kereta sewa lagi Nani cakap dekat pakcik tu nak makan laksa dekat food truck yang ada banner warna merah. Hahah ! Sebab teringat ingat ayat kak Juju cari yang banner warna merah. Kuat betul penangan entry kak Juju yang Nani baca hari tu. Hahah ! Ha macam macam kan ada. TAPI....
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Nani sampai sampai aje abang tu cakap laksa ikan sekoq habis, laksa sotong pun habis. Nangis dalam hati. Hahah ! Siap cakap dekat abang tu saya datang jauh jauh dari Pahang semata mata nak makan laksa dekat sini tau. Kehkeh. Tak menahan betul buat ayat sedih. Dia suruh Nani datang esoknya tu pulak tapi sebab dah nak balik Pahang, tak boleh lah kan. 
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Laksa poweeeeer. Abang tu cakap laksa biasa ni pun lebih kurang aje dengan laksa kaw ikan sekoq. Kuah dia sama yang lainnya ada ikan sekoq dekat dalam laksa tu. Kuah laksa pekat, pedas, cili boleh letak sendiri nak banyak mana. Ya tuhan, tengah menaip ni pun kecur air liur. Hahahah !
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
 Pasemboq pun sedap awok wehh. Aaaa semua lah sedap dekat sini, kalau dekat memang hari hari Nani pergi makan. Ehehe. 
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Memang syok lah kan kalau makan boleh menghadap pantai macam ni. Masa ni berangin kuat gila so Nani duduk belah atas sebab takut pasir masuk dalam laksa. Hahah ! Overall, I kasi 5/5 bintang makanan dekat sini. Dekat sini semua self - service, order lepas tu bawak sendiri ke meja engkorang. Bayar lepas dah siap makan. Nani nak bayar awal awal, lepas tu akak tu cakap pergi makan dulu nanti baru bayar. Korang kalau ke Langkawi, wajib singgah sini okeh, rugi kalau tak singgah sebab sedap gila laksa dekat sini. 

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 

Kenapaa Nani patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin?
Ha walaupun Nani belum lagi ada anak sendiri tapi I is ada anak anak buah. Hahah ! Jadi suka lah kiranya Nani ni dipilih sebagai pemenang dan boleh bagi anak anak buah Nani main Play-Doh ni kan. Tak ada lah nanti dua ploh pat jam mata diorang melekat aje dekat Youtube, Game tak pun cerita kartun dekat Astro Ceria tu. Main Play-Doh ni Nani rasa boleh menjadikan otak diorang kreatif jugak sebab boleh reka macam macam bentuk. Gitchew ! Hopefully ada lah rezeki my anak anak buah untuk main Play-Doh ni. Heheh :) 



Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha
Bila mana ternampak giveaway Shade Dough By Hanis Zalikha ni lelaju Nani join. Gilaaa tak nak kan, untung untung jadi yang bertuah boleh dapat satu free. Hehehe. Korang kalau nak join jugak boleh klik SINI. Syarat pun mudah sangat okeh. Warna rose taffy tu tu cantik, berkenan pulak hati ni tengok. Hahah !

RANDOM KINDNESS :
Ini sekadar perkongsian daripada Nani, takdek niat langsung nak menunjuk ke apa. Hari tu pernah sekali kawan Nani minta belikan maggi yang dalam paket biasa tu. Harga maggi tu RM 1.30 so Nani pun belanja dia yang 0.30 tu dan pulangkan balik duit dia since dia bagi dua ringgit. Tiba tiba esoknya tu Allah gantikan dengan rezeki yang lain untuk Nani bila mana dapat job dengan bayaran RM300. Allahu memang masa tu rasa sayang sangat Allah dekat diri ni. Iye lah kita melabur 0.30 sen tapi Allah pulangkan balik dengan RM300. Sikit ke banyak, yakin lah Allah akan gantikan dengan pulangan yang lebih lagi di kemudian hari. Moga kita sentiasa dilapangkan rezeki oleh Nya. 

Instagram : inanihazwani

Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page