Cornflakes Madu Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Syawal dah habis lama dah tapi Nani gigih lagi buat cornflakes madu berbalang balang. Alah, bukan Hari Raya pun boleh aje kan nak makan cornflakes madu. Heheh. Kisahnya, kawan Nani lah dok ulang sampai tiga empat kali cakap tahun ni Nani tak bagi biskut raya pun dekat dia. Haih tak boleh betul tau orang cakap macam tu, serba salah pulak kita jadinya. Kebetulan baru ni dah balik Pahang, cari jugak lah masa nak buat cornflakes madu (sebab ini yang paling senang, kalau nak buat cookies lagi lama ambik masa) Petang Sabtu tu pergi cari bahan nak buat cornflakes madu, boleh pulak dekat pasaraya tu cornflakes habis. Eh pelik, takkan dah habis raya stok pun dah habis? Pusing punya pusing, ibu suruh tengok dekat 7 Eleven. Ha nasib baiklah ada dekat situ.
Walaupun mahal sikit, beli jugaklah sebab dah malas nak pergi tempat lain. Nani beli tiga kotak cornflakes ni, mula mula rasa macam banyak sangat so tinggal sikit dalam balang kot kot nanti nak makan untuk sarapan. Hahah. Kononnya lah kan. Lepas tu dia siap bakar apa semua, ibu Nani cakap buat lah lebih sikit, boleh bagi dekat makcik Nani sama. Nani pun ambiklah balik yang dalam balang tu, habiskan semua tiga kotak cornflakes tu. Ha buat lepas maghrib dekat pukul 11 malam baru siap semua. Gigil jugaklah kaki dengan tangan lepas tu bila dah dapat rehat. Hahaha ! Letih memang letih tapi rasa berbaloi sangat sebab dapat jugak penuhi hajat orang yang nak makan tu. 
Abah cakap dekat Nani lain kali ambik order lah cornflakes madu ni. Hahah ! Buat untuk kawan Nani yang nak makan ni pun dah gigil gigil kaki tangan, kalau open order terus pengsan gamaknya. Haha! Nani ni saja aje nak berkongsi kebetulan ada rezeki lebih sikit bulan ni. Malam tu dapatlah tiga balang cornflakes madu yang Nani buat. Bawak balik PJ dapatlah merasa sikit sorang yang mana nak sangat makan cornflakes madu ni hah. Itu pun suruh Nani buat lagi nanti. Amboi sangat tau ! Entah bila pulaknya baru balik Pahang, Nani pun tak pasti lagi. Seronok sangat tau tengok orang makan dan puji sedap apa yang kita masak sendiri. Rasa hilang terus penat dan letih masa buat cornflakes madu ni hah.
Ada yang sorang tu bagi tahu Nani pukul 12 dah habis sebalang cornflakes madu dia padahal Nani baru bagi pagi tu. Haha ! Nani ni kalau benda benda mudah yang orang request nak makan, boleh lah usaha sikit sikit buat. Tapi kalau benda benda payah kena fikir banyak kali jugak. Tambah pulak nak bawak balik dari KL ke PJ tu kan, lagi lah nya. Baru ni sebab balik naik kereta, boleh lah hangkut sampai berbalang balang cornflakes madu ni hah. Kalau Nani naik bas, jangan mimpi lah nak tengok bawak balik banyak barang. Kadang kadang bawak balik beg laptop aje, lain lain tinggal semua. Heheh. 

Musim Durian

Assalamualaikum & Hello.
Tak habis lagi cerita balik Pahang hari tu, memang kalau balik sana boleh buat sampai tiga ke empat entry. Hahaha ! Sekarang ni kan memang musim durian, Nani ni pun dalam kepala memang dah terfikir balik Pahang nak makan durian. Masa nak balik sana pun dah bagi tahu siap siap cakap nak makan durian. Ha kau punyalah teringin nak makan durian kan sampai tak sabar sabar lagi dah nak tunggu sampai Pahang dulu. Walaupun dekat SS2 ada orang jual durian dan boleh sangat kalau Nani ni nak pergi tapi tetap jugak nak makan durian kampung. Sampai aje Pahang tengok berlonggok durian yang ada dekat depan rumah nenek Nani. Fuhh ! 
Tak boleh tunggu lama, masuk dalam mandi apa semua terus bersila tunggu pakcik belah buah durian. Ini durian yang nenek Nani beli, kiterang memang dah lama tak ada pokok durian sendiri. Kalau belah abah Nani ada lagi lah pokok durian, pokok langsat segala bagai tapi tak masak lagi masa Nani balik hari tu. Heheh. Sebab cucu cucu nya ramai balik nak makan durian, nenek Nani beli lah dekat 140 ringgit kalau tak silap Nani. Ha memang belonggok longgok lah dapat kan. Nenek Nani pun beli bukan untuk makan aje semata mata tapi sebab nak buat stok tempoyak sekali. Gitu.
Nikmat apakah yang mahu kau dustakan?
Ini baru durian untuk makan aje tak termasuk lagi untuk buat tempoyak. Hambik, makan sampai puas semua durian durian ni. Lepas makan nasi, sekali lagi hadap durian. Sebab syok sangat makan durian takdek sorang pun yang teringat nak ambik gambar isi dalam durian ni. Hahah ! Masing masing lepas gian sebab dah lama sangat tak jumpa durian. Puas hati kot dapat makan buah durian sedap macam ni. Abah cakap nanti kalau nak makan durian, balik lah lagi. Hahah. Saje je kan pancing nak suruh balik Pahang selalu. Nani ni kalau ikutkan hati memang nak je balik selalu tapi sebab ada komitmen lain jugak nak kena bagi tak boleh lah nak buat macam tu. 
Rasanya lepas dah makan berbiji biji durian hari tu, dah tak ada sangat keinginan nak makan durian. Puas hati dah bila dapat makan. Tunggu musim buah rambutan nanti kita balik pulak. Eheheh. Baru ni tengok dah banyak dah buah yang warna hijau hijau tu. Mana tahu nanti balik dah bertukar jadi merah. Hari tu pun masa nak balik dari Pahang ke Kl ni banyak aje orang jual durian dekat area Bentong tu tapi tak pasti lah berapa hargaya. Kalau dekat SS2 tu dalam 25 ringgit ke 35 ringgit sorang kot lepas tu makan sampai puas. Heheh. Tempat korang banyak dah buah durian? 

Tiffin Warna Warni

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang merata rata orang bercerita tentang tiffin warna warni ni kan. Nani pun sama lah tak nak jugak terlepas jadikan koleksi dekat rumah. Tambah pulak Nani memang tak pernah ada pun mangkuk tingkat sebelum ni so teruja dia lain macam sikit bila tengok ada yang warna warni pulak. Meriah kan, mesti lagi bersemangat nak guna. Hahaha ! Hari tu Nani tengok kak El letak gambar tiffin ni dekat Instagram dengan Facebook dia, tak boleh tahan tengok Nani tunjuk dekat ibu dengan harapan ibu nak beli jugak. Eh ! Sekali dah tunjuk ibu cakap dia nak jugak tiffin yang warna warni macam ni. Hahaha ! I dengan ibu memang geng kalau benda benda yang comel, kalerful macam ni.
Laju laju pilih dua set tiffin besar, satu untuk ibu satu untuk Nani. Ibu ambik yang ada empat bekas, Nani nak yang dua bekas aje. Cukuplah satu untuk letak nasi, satu untuk letak lauk kan. Alah orang bujang kan. Hahah ! Masa Nani beli hari tu siap dapat free gift lagi tau, memang seronok sangat lah kan. Dapat satu set sudu dan garfu dengan cawan sekali. Ibu cakap sudu dengan cawan tu antik so tak boleh guna. Sampai sekarang tak tahu ibu letak dekat mana, mungkin dalam amari pinggan mangkuk kot. Hahah ! Sayang sangat tau ibu nak guna :p
Tiffin Warna Warni
Haa yang ni lah yang jadi pilihan ibu dengan Nani. Sepanjang Raya biar aje mangkuk tingkat ni duduk dekat ruang tamu depan. Kahkah. Setiap kali orang datang, mesti ada yang tanya beli dekat mana mangkuk tingkat ni. Sambil sambil tu boleh lah I promote sekali kan. Tapi, baru minggu lepas kiterang rasmikan mangkuk tingkat ni. Hahaha !
Tiffin Warna Warni
Tiffin ni besar tau, boleh lah letak lauk untuk tiga ke empat orang makan. Nani ni letak lauk untuk sorang aje makan tu yang sayup sayup je lauk tu duduk dalam mangkuk tingkat. Haha ! Dah sebulan baru boleh rasmikan mangkuk tingkat ni. Bila sekali dah guna, mesti lepas ni nak guna lagi dan lagi. 
Tiffin Warna Warni
Rasa macam zaman dulu dulu pulak sebab guna mangkuk tingkat balik semula. Nostalgia gitu. Senang sikit bila ada mangkuk tingkat ni, sekali bawak aje semua makanan kan. Warna pulak kalerful sangat kan lagi lah rasa sepanjang waktu nak guna mangkuk tingkat. Hahah ! Nak bawak pergi picnic, nak balik kampung semua boleh ! Ibu Nani siap cakap lagi nanti kalau nak pergi beli makanan dekat restoran bawak je mangkuk tingkat ni hah. Amboi sangat tau ibu ! 
Korang kalau ada yang berkenan nak beli mangkuk tingkat warna warni macam ni, boleh contact dengan Kak El untuk beli. Macam macam warna dan bentuk yang ada, boleh buat sampai rambang mata tau nak pilih yang mana satu. Ehehe. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page