Qaseh Zamri Collection Buat Wanita Rambang Mata

Assalamualaikum & Hello.
Tak lama lagi dah nak Raya kan, koleksi Raya pun banyak dah yang keluar ni, boleh lah kalau nak buat persiapan sikit sikit. Kalau tak tahu nak cuci cuci mata dekat mana lagi jom tengok koleksi Qaseh Zamri Collection. Banyak sangat koleksi yang cantik sampai boleh rambang mata bila tengok. Harga pun murah murah ok, shawl sehelai boleh dapat dalam hrag RM35.00 Kalau pada Nani tu memang dah ok sangat sebab Nani pernah jumpa shawl yang lagi mahal daripada tu. 
Macam macam pilihan warna ada, tinggal pilih aje mana yang berkenan dan sesuai dengan baju kita. Qaseh Zamri ini bukan sahaja menjual shawl atau tudung tetapi ada juga koleksi skirt dan blouse yang lawa dan menarik serta mengikut trend wanita zaman kini.
Qaseh Zamri Collection
Menariknya lagi shawl inidiletakkand alam kotak yang macam dalam gambar ini menjadikan ia lebih eksklusif. Nak dijadikan hadiah buat yang tersayang pun sesuai sebab dah diletakkan dalam kotak seperti ini. 
Qaseh Zamri Collection
Cantik kan dengan skirt yang bercorak batik tu. Cantik ! Nampak macam koleksi yang ada elemen tradisional dan moden. Gitu.
Qaseh Zamri Collection
Ini antara testimoni pelanggan yang mengayakan koleksi daripadaQaseh Zamri. Cantik kan? Dari shawl sampai lah ke skirt semuanya koleksi daripada Qaseh Zamri. Memang sesuai sangat pakaian seperti ini digayakan untuk ke pejabat atau pun bersiar siar. Nak jadikan salah satu koleksi masa Hari Raya nanti pun boleh juga. Untuk yang ingin walk in ke Kedai Qaseh Zamri Collection ini boleh Waze alamat di bawah.
Qaseh Zamri Collection
No.3a Jalan Desa 1/1
Bandar Country Homes
48000 Rawang

No Telefon : 0133240813
Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Resepi Puding Karamel

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Puding Karamel Mudah 

Baru ini masa kenduri kahwin Kak Diah, Nani, sepupu dengan mak cik mak cik kena buat bahagian hidangan makanan pengantin. Fuhh ! Tak pernah pernah ni sediakan hidangan untuk pengantin. Tak ada lah Nani ni nak sediakan makanan utama kan, setakat pencuci mulut tu lepas lah lagi. So, kita orang pun bahagi lah orang ni buat ayam panggang, buat dessert, gubah buah dan macam macam lagi lah. Untuk pencuci mulut, sepupu Nani cakap buat puding karamel. Nani memang sepanjang hayat tak pernah buat puding tu. Malam sebelum kenduri tu baru lah belajar lepas tu terus buat. Esoknya puding karamel yang Nani buat terus dihidangkan untuk makan beradab. Peh !
Resepi Puding Karamel
Taraaaa ! Hasil puding karamel air tangan Nani dan sepupunya. Alah tak ada lah susah mana pun nak buat puding karamel ni. Nani selalu makan aje tapi tak pernah pula cuba buat. Kalau tahu senang macam ni dah lama praktis buat. Hahaha ! Sedap ok puding karamel ni, makan pulak masa sejuk. Memang nikmat yang terucap. Ewah. Dekat bawah ni Nani kongsikan resepi puding karamel versi Inani Hazwani tapi tak ada lah step bergambar ye. Nani tak sempat nak ambil gambar masa tu, maklumlah amatur kan, kena fokus masa belajar.

Bahan - Bahan :

1) Telur
2) Gula
3) Susu Cair
4) Esen Vanila
5)Air

Cara - Cara :

1) Pukul telur (Nani guna 14 biji sebab nak buat banyak kan) sehingga kembang. Kemudian masukkan susu cair dua tin dan dua sudu kecil esen vanilla.
2) Pukul sampai sebati. Kalau nak senang guna lah hand mixer. Nanti cepat sikit telur tu kembang. Dah siap, ketepikan dahulu.
3) Untuk buat karamel tu, masukkan gula dua cawan ke dalam kuali dengan api yang kecil. Ini macam kita nak buat gula hangus. Bila nampak gula tu macam dah keperang perangan, masukkan air.
4) Kacau sehingga gula larut. Dah siap tunggu gula tersebut sejuk.
5) Bila gula dah sejuk, tuang ke dalam adunan kemudian diikuti dengan adunan telur kita tadi.
6) Kukus lah dalam masa 20 ke 30 minit macam tu. Kalau nak tahu puding kita tu dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi. 
7 ) Sejukkan dalam peti ais dan boleh makan beberapa jam selepas itu. 

Selamat Mencuba !


Fennelle I Serum Berasaskan Habbatussauda

Assalamualaikum & Hello.
Ini kali pertama Nani mencuba serum yang menggunakan habbatussauda. Selalunya habbatussauda ini dicampurkan dalam minuman dan sebagainya. Kali ini lain daripada yang lain pula. Teruja sangat masa mula mula nak mencuba serum Fennelle ni. Tipikal kan wanita mesti nak kulit cantik dan licin macam orang lain jugak, Produk Fennelle ini mendapat kelulusan daripada KPM dan rata rata memberikan feedback yang positif, jadi tak perlu lah kita risau nak menggunakan serum Fennelle ini.
Fennelle I Serum Berasaskan Habbatussauda
Fennelle serum ini diformulasikan daripada ekstrak tumbuh tumbuhan sahaja dan yang paaaaaling penting bahan bahan yang digunakan terbukti berkesan dalam kaedah rawatan penyembuhan kulit sejak beratus ratus tahun lampau serta tiada bahan terlarang dan bahaya yang digunakan.
Fennelle I Serum Berasaskan Habbatussauda
Fungsi Fennelle Serum ini ialah :
  • Merawat masalah kulit (Jerawat/Jeragat/Pori Terbuka)
  • Memberikan kesegaran dan keanjalan pada kulit
  • Meredaka bengkaka/kemerahan pada kulit
  • Dapat menyembuhkan luka dengan cepat
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Membaikpulih kerosakan sel kulit akibat sinaran matahari
  • Menyekatakan tona kulit
  • Mencerahkan kulit
Fennelle I Serum Berasaskan Habbatussauda
Kandungan Fennelle Serum ini :
  • Habbatussauda
  • Aqua
  • Hyaluronic Acid
  • Iris Forentine Extract
  • Root Extract
  • Fomes Officiant Alis Extract
  • Witch Hazel Extract
Harga sebotol Fennelle Serum ini RM 75 untuk Semenanjung dan RM 80 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk ketahui lebih lanjut boleh WhatsApp 0192950851 atau 0192805705 atau boleh terus ke Instagram dan Facebook mereka. 






Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page