Uswah Islamic Clothing

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang satu lagi koleksi pakaian dan tudung muslimah keluaran Uswah Islamic Clothing yang mengikut syariat Islam. Zaman sekarang ni memang banyak sangat pilihan yang ada depan mata kita tetapi kita kena pandai pilih yang mana sesuai untuk dipakai kan. Dalam bergaya pun kena patuh dengan tuntutan dan syariat Islam, tak boleh lah nak ikut suka hati sahaja kan. Apa yang menariknya Uswah Islamic Clothing ini, mereka mengeluarkan bukan pelbagai jenis kolesi yang mengikut citarasa dan style wanita zaman kini.
Uswah Islamic Clothing

Latar Belakang USWAH 
USWAH adalah sebuah syarikat yang beroperasi di atas talian sejak 2013 dan membawa konsep pakaian patuh syariat. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun di dunia. Bermula di laman sosial Facebook dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 123,000 orang dan Instagram sebanyak 32,000 followers.
Uswah Islamic Clothing
Setakat hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan koleksi Tudung Bawal Bidang 60 & Shawl Labuh, juga enam Koleksi Pakaian (Tunik Labuh) Kalau korang semua nak tahu koleksi keluaran USWAH ini semuanya laku keras. Setiap kali koleksi baru keluar memang tak menang tangan pihak mereka nak uruskan order. Jom cuci cuci mata tengok koleksi keluaran USWAH, mana tahu ada yang berkenan boleh lah terus order kan. 
Uswah Islamic Clothing

Uswah Islamic Clothing
Antara koleksi Instant Shawl USWAH yang paling laris dan mendapat sambutan. 
 Uswah Islamic Clothing
Cantik sangat sangat kan koleksi USWAH ini, Nani tengok pun terus rasa macam nak borong banyak koleksi USWAH. Tunic keluaran USWAH pun mengancam kan, warna pun semua ceria dan cantik. Ingat nak jadikan salah satu Tunic keluaran USWAH ini sebagai koleksi baj Raya nanti. Tapi kalau lawa sangat macam ini ada juga yang tak sempat tunggu Raya ni nanti.  
Uswah Islamic Clothing

Peluang Jana Pendapatan dengan Program Dropship & Stokis USWAH 
Istimewa buat yang ingin mencari pendapatan sampingan boleh lah join Program Dropship & Stokis USWAH. Nak tahu apa kelebihan join Program Dropship & Stokis USWAH ini jom baca di bawah. 
  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak perlu mengeluarkan modal untuk pembelian produk di samping itu boleh membeli koleksi USWAH dengan harga yang lebih rendah.
  • Peluang mempromosi pelbagai koleksi hijab yang patuh syariat.
  • Tiada tempahan minimum
  • Tiada kos tersembunyi
  • Tidak menanggung kerugian jika produk tidak laku.
  • Komisen 10 sehingga 20%
Haaa menarik ke tidak tu? Sehingga ke hari ini USWAH telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia ! Nampak tak tu sehingga ke luar negara produk keluaran USWAH ini dipasarkan. Apa tunggu lagi, jom jadi sebahagian keluarga USWAH. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Instagram : @uswahislamicclothing

Atau anda boleh terus "walk in" di :
Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark : Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

No telefon : +601110742198/ 0108153562





Nizar Faez l Photographer Muda Berbakat

Assalamualaikum & Hello.
Pertama kali mendapatkan khidmat fotografi dengan Nizar Faez terus buat Nani kagum dengan hasil seni yang dihasilkan olehnya. Walaupun usianya masih muda tetapi hasil seni yang dihasilkan oleh Nizar Faez memang macam fotografer profesional. Memang awesome habislah setiap gambar yang beliau ambil. Orangnya pun ceria buat kita tak rasa kekok untuk berurusan dan bergambar. Jom scroll bawah tengok hasil kerja yang pernah Nizar Faez buat.
Nizar Faez Studio

Nizar Faez Studio

Nizar Faez Studio
Macam mana tak kagum tengok hasil gambar yang cantik macam ni?
Buat bakal raja sehari yang tak jumpa lagi photographer terbaik dan sesuai, korang boleh lah gunakan khidmat Nizar Faez. Memang ini lah orangnya yang terbaik. Tengok hasil seni yang cantik macam ni pun, dah tak payah ragu ragu nak ambil kan. Nani yang tak berapa pandai bab bab fotografi ni memang kagum lah dengan orang macam Nizar Faez. Bakat muda yang berjiwa besar.
Nizar Faez Studio
Masing masing terhibur bila disuruh bergambar sambil sebut perkataan CERIA. Memang ceria sungguh lah hasilnya gambar ni. Cantik sangat ! Memang Nani cadangkan korang guna khidmat Nizar Faez ni, hasilnya memang tip top dan terbaik ! Bila kita bayar dengan harga berpatutan mesti lah kita nak hasil nya pun mengagumkan. Betul tak?

Nizar Faez Studio
Untuk bakal pengantin, bakal melansungkan sebarang majlis memang Nizar Faez ini boleh letak dalam list paling atas ok. Korang boleh hubungi Nizar Faez menggunakan nombor yang tertera dekat bawah ni atau pun emel beliau. 
Nizar Faez Studio
Jangan lupa follow Instagram Nizar Faez untuk tengok hasil seni yang beliau buat. Memang nanti korang akan rasa nak buat photoshoot walaupun photoshoot saje saje. Bukan apa, sebab itu yang Nani rasa masa pertama kali buka Instagram Nizar Faez ni. 

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

Wow Balloon & Clown Entertainment Penyeri Majlis

Assalamualaikum & Hello.
Inginkan kelainan dan tambah lagi seri untuk majlis yang korang buat memang Nani nak cadangkan korang guna khidmat Wow Balloon & Clown Entertainment. Haih tengok banner dekat bawah ni pun dah tahu kan memang hasilnya akan Wow nanti. Cakap aje konsep apa yang kita nak memang semuanya mereka boleh sediakan. Nani tengok pun memang teruja sangat.
Wow Balloon & Clown Entertainment
Selalu kita bila buat majlis cuma gantungkan belon ala kadar aje kan. Kali ini apa kata kita tampilkan kelainan sikit, mesti lagi ohsem dan meriah kan. Jom tengok dekat bawah ni hasil yang Wow Balloon & Clown pernah sediakan.
Wow Balloon & Clown Entertainment

Wow Balloon & Clown Entertainment
Haaa Wow ke tak Wow kalau dah macam ni hasilnya kan? Kalau kita nak buat sendiri rasanya tak mampu lah. Baik tempah dengan Wow Balloon ni kan, memang dah sah sah hasilnya pun meletop gitu. Memang kagum dengan hasil kerja mereka. Sekejap sahaja dan boleh jadi deko belon yang lawa macam dekat bawah ni.
Wow Balloon & Clown Entertainment
Guna belon aje pun boleh terhasil pokok macam ni haa dengan hasil kreativiti Wow Balloon and Clown Entertainment. Memang Nani respect lah dengan mereka semua. Bukan setakat budak budak aje suka bila ada deko belon macam ni, orang dewasa pun suka. 
Wow Balloon & Clown Entertainment

Wow Balloon & Clown Entertainment
Deko belon macam ini sangat sesuai untuk semua majlis. Memang boleh jadikan majlis lebih berseri dan menarik terutama bila meraikan majlis hari lahir. Memang berganda ganda meria bila ada deko belon dari Wow Balloon and Clown Entertainment ni. Untuk yang ingin dapatkan khidmat daripadaWow Balloon and Clown Entertainment boleh berhubung di facebook mereka. 



Balloon Decoration
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page