Giveaway Duit Saku Dari BBL



Giveaway Duit Saku Dari BBL

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Resepi : Kek Butter 10 Minit !

Resepi Kek Butter Mudah 


Nani jumpa resepi ni dekat blog Namee Roslan, tengok bahan nak buat semua dah ada dekat rumah, apa lagi petang semalam masuk dapur membaking lah kita. Heheh. Dalam masa 10 minit dah siap semua tinggal nak bakar dalam oven aje. Haaa, memang mudah sangat kan nak buat kek butter ni. Nanti bila bila teringin nak makan, boleh lah try, test , cuba. Kohkoh :p

Bahan - Bahan :

  • Gula Kastor
  • Esen Vanilla
  • Tepung Gandum
  • Butter
  • Telur
  • Coklat Cardburry
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
Bahan bahan ni untuk anggaran dalam tiga biji cupcake. Nani buat dalam cuppies sebab rumah ni tak dek loyang. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
1) Masukkan sebiji telur, tiga sudu butter dan gula kastor dalam lima sudu(kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan lagi) Gaulkan semua sekali sampai sebati. Nani kacau guna senduk je sebab malas nak bawa keluar mixer. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
2) Kemudian masukkan tepung gandum dalam setengah gelas & sikit esen vanilla. Gaulkan semua sekali sampai sebati. Dah siap bancuhan kek butter !
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
3) Sebelum masukkan bancuhan tu, sapu minyak masak pada loyang atau cuppies supaya nanti kek tu senang nak dikeluarkan. Mula mula letaklah bancuhan tadi sedikit & dua ketul coklat cardburry. Lepas tu ambil lagi bancuhan kek tuang atas coklat cardburry. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
4) Last sekali, bakar lah kek ni dalam oven dalam 170 darjah 30 ke 40 minit macam tu. 
Resepi : Kek Butter 10 Minit !
5) Ini lah hasil kek butter 10 minit air tangan daku. Hahaha. Buka aje oven semerbak bau kek. Nasib baik menjadi cubaan membuat kek semalam. Haaa memang kejap je kan nak buatnya, cuma nak bakar aje lah makan masa sikit. Kalau yang dah pro tu rasanya tak sampai 10 minit pun dah siap. 
6) Ini lah rupa kek butter ni dekat bahagian dalam. Selamat mencuba resepi yang mudah sangat ni :p Boleh jadikan minum petang juga. 







Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum & Hello.
Ini memang gulai paling feveret lah rasanya, tiap kali balik Pahang mesti ibu masak gulai ikan patin masak tempoyak. Kalau ibu tak masak pun Nani akan suruh ibu masak. Hehehe :p Duduk dekat KL jarang nak jumpa gulai macam ni yang betul betul sedap melainkan masak sendiri. Tapi sebab Nani ni geng geng bujang, duduk pulak hostel mana ada dapur, periuk semua nak masak. Lain lah kalau bawa secara harom. Hahaha ! Nak makan, cafe je lah yang ada dik non :p
Ikan Patin Masak Tempoyak
Phew ! Nani yang tengah buat entri ni pun kecur air liur tengok. Hahaha ! Makan dengan nasi panas panas tambah pulak ada ikan masin goreng, makan berpinggan pinggan rasanya. Nani suka hirup kuah gulai ni kalau makan. Masak lagi pedas lagi sedap. Anak jati Pahang kan, mesti lah makan pedas pedas. Bila dah lama tak balik Pahang, mesti mengidam nak makan gulai ni sangat sangat. Kahkah ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page