Air Kelapa Yummeh !

Assalamualaikum & Hello.

Baru ni ikut ibu jalan jalan cari kain pasang dekat bandar. Keluar masuk kedai tiga pat kali tak dak sepasang pun beli. Hahah. Buat penat kaki je jalan tapi ibu cakap "tak pe lah hari ni datang cuci mata sambil survey harga." Kah ! Padahal nak cakap tak dek yang beerkenan lettew. Aku syak ibu nak perabih duit dekat Jakel lagi ni. Hahah. Habis pusing pusing singgah dekat kedai nasi arab ni. Aku dalam kepala dah terbayang bayang mandy lamb yang tersangatlah sedap tu tapi rupanya ibu suruh turun pi beli air je. Makanya aku pasrah tak dapat makan nasi arab. Hahah :P
Aku masuk restoran nasi arab tu tengok dalam peti dia tak banyak air yang best best. So nya aku capai je lah air kelapa ni. Sekali minum pehh nyaman. Ihiksss. Aku tak pernah jumpa air kelapa yang macam ni. Kotak di pun unik, lain daripada yang lain. Gitu.
Tapi aku tak ingat pulak air kelapa ni keluaran dari syarikat mana. Hahah. Sebab sedap sangat kan lepas sedut, sedut air tu habis terus buang. Musim panas ni minum air macam ni memang nikmat ohoii :D




Nostalgia Dulu Dulu

Assalamualaikum & Hello.

Semalam sempat aku ke sekolah rendah sekejap, ziarah cikgu cikgu yang pernah menabur bakti dulu dulu. Orang cakap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain kan. Ziarah sambil kutip kata - kata semangat untuk dibawa bersama kelak. Ihikss. Sempat berborak dengan cikgu cikgu yang masih setia mengajar di bumi itu. Soalan yang paling KBAT semalam " dah ada pakwe ke ni?" Adoii cikgu terus saya rasa nak pitam. Hahaha. Nanti saya hantar kad ye cikgu. Kahkahkah :P
Ni bilik tayang rasanya nama dia. Hahaha. Dah lupa Nani ni, dulu selalu belajar bm dengan bi dekat sini. Tapi dulu nan hadoonyaa astro tu semua. Zaman dah canggih kan sekarang, astro pun ada dekat sekolah. Kalau tak berjaya lagi tak tahu lah nak cakap apa dik. Kalau ada rezeki nanti mana tau dapat mengajar dekat sini kan. Menabur bakti  pada sekolah lama lagi saya suka. Ihiksss :D
Gambar semalam acah acah pakai purdah kawan. Hahah. Dia beli shawl free purdah so Iolss pun saje lah nak try pakai. Aiwah :P 

p/s: In sha Allah lepas ni Nani akan sambung belajar lagi. Mungkin masa untuk blog akan terhad. Keep support on Cik Manis. Eheh !

Fakta Bukan Auta !

Assalamualaikum & Hello.

Sebab hari ni tak dek modal nak tulis pasal apa maka terjadi lah entri ni. Baru ni Amy J ada kongsi fakta menarik tentang orang yang lahir bulan Jun ni. Hari tu pun aku ada terbaca dekat blog Faris dia tulis pasal Rahsia Kelahiran Bulan Jun. Ada lah jugak sipi sipi yang kena dengan diri aku. Ihiksss :P
Tuan tanah ni lahir 12 Jun. Save the date. Kahkahkah !

1. Mudah selsema
Yang ni memang tak dapat dinafikan. Kalau aku kena je hujan memang esoknya terbersin banyak banyak kali sampai pening kepala. Walaupun hujan renyai renyai memang akan jadi macam tu. T_T Memang orang yang bernama Inani Hazwani ni tersangatlah sensitif dengan hujan. Sebab tu aku tengok kalau hari dah gelap ke tanda tanda nak hujan ke memang aku tak keluar. Mencegah lebih baik dari merawat. Gitu.

2.Suka kepada benda berjenama
Bukanlah nak cakap aku ni banyak sangat duitnya ke apa. Kadang kadang memang aku jenis yang pentingkan benda benda mahal gitu tapi tak lah semua benda. Amboi kalau semua benda tak sampai hujung bulan poket kering lah. Kah ! Sebab tu kawan kawan aku sokmo membebel cakap Nani nak makan benda benda mahal aje. Ohoii dekat kedai mamak pun boleh ok Nani nak makan.

3.Suka berkemas
Kalau yang ni tak kira lah lahir bulan berapa pun memang suka pada kekemasan kan. Ke ada yang tak minat tengok benda benda kemas? Hahaha. Kalau lelaki mungkin lah kot.Opsss. Sebab dulu dulu masa Nani duduk asrama budak lelaki kadang kadang kena balik semula asrama kemas bilik. Ihiksss. Mata Nani akan jadi rimas kalau tengok barang barang tak kemas lepas tu campak je merata rata. Huhi.

4.Sikap suka menangguh
Yang ni exactly right ! Hahah. Salah satu bad habit aku dulu kini dan selamanya. Kahkahkah :P Lepas tu bila rasa macam tak sempat ke tak cukup masa ke nak buat mula lah menggelabah tak tentu pasal. Haha. Mohon jangan ikut perangai ni. Ehek !

5.Cerewet dan terlalu memilih
Ada lah certain certain part kadang kadang aku memilih sikit. Macam baru ni aku nak beli kasut sukan, masuk dua tiga kedai tak jumpa jumpa lagi kasutnya. Masuk Al - Ikhsan pun tak jumpa jugak. Memang parah sangat aku ni.Sape yang kena teman aku masa tu muka memang pasrah habis. Hahaha. Tapi sebab dah disogokkan nak belanja itu ini maka dia ikut aje lah. Hahah.

6.Lambat untuk sembuh bila terluka
Yang ni aku rasa tak berapa tepat sangat. Kah ! Aku kalau sedih ke kecewa ke terluka sampai rasa ke lubuk hati yang paling dalam sekali pun senang aje terapinya. Makan. Hahaha. Tak pun aku sibukkan diri aku dengan benda yang aku suka. Masak ke tengok movie ke window shoppping ke. Buat apa nak sedih sedih kan, hidup kena move on. Ihikss :P Setakat ni aku tak pernah lagi rasa terluka sampai kering air mata. Mueheheh. 
Ada masanyaa kena jdi macam ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page