Alahai Abang Poslaju

hari tu aku dah pernah cakap pasal abang pos laju ni. kali ni versi lain sikit. Ehek ! minggu ni tiga hari hari hari berturut turut abang pos laju tu datang hantar barang aku. kalau termasuk yang dulu dulu cukup lima kali abang tu pernah hantar barang ke rumah aku. dushhhh. aku rasa dia pun dah jemu hari hari singgah rumah aku hantar barang. Ekekeke :P 
isnin hari tu dia hantar produk ni. hari selasa pulak dia hantar barang mak cik aku kirim dari bangsar. aku memang dah agak dah hari semalam dia akan hantar lagi buku yang aku order. tak sangka pulak betul tekaan aku. kuat jugak instict kali ni rupanyaa. Wahaaa :P

semalam dia hantar buku ni. memula aku keluar biasa je buat buat cool gitu padahal dah segan tahap nak mampus sebab hari hari dia hantar barang ke rumah. nampak sangat sokmo beli online kann. tetiba masa aku nak sign borang pos laju tu dia tanya " nama awak ehh inani hazwani." Gulp. "taklah bang tu nenek saya." Phewwww ! terus aku bukak langkah sebesar besarnya masuk rumah. Hahaha. dah kenapa nak tahu nama aku. mahaplah bang saya tak layan stranger. peaceee ^^ aku rasa tak nak beli online untuk sebulan dua ni. Eheh. mampu ke ngko nak buat gituu Nani ? Lalalala :P


Wordless Wednesday

Ehemmm :P

CNY PART II

ni entri bersambung dari yang semalam. tak baca lagi? boleh lah jenguk dekat SINI  kalau rajin nak baca. sebab hari tu aku 'rajin' sangat masak spaghetti lepas tu post dekat instagram ramai pulak kaum kerabat belah ibu ni yang terliur rupanya. Cewahh ! sudahnya malam hari tu aku 'dibuli' untuk masak spaghetti. Pehh ! aku ni jenis tak boleh masak depan  ramai orang sebab takut tak menjadi. hahahah. aku kalau nak memasak biarlah aku sensorang je dekat dapur tu. Ewahh ^^

mujur kuah spaghetti aku menjadi. tak cair jauh sekali tak sedap.omputeh sangat makan malam hari tu. nenek aku cakap pelik pelik tekak kitorang ni makan. Hahahha. ^^

spaghetti versi cikmanis. Gituu :D

Haruslahh bukan aku yang buat ni. aku sign kontrak masak spaghetti aje.Hahah. ni mak cik aku yang buat cuma kentang putar tak dek sebab tak dek sorang pun yang ingat nak beli ubi kentang. Lulzz :P

                            
kek butterscoatch yang mak cik aku buat. sedap sangat kek ni aihh. kemain seronok adik aku orang celebrate birthday dia malam tu. Haipp bulan enam nanti kalau tak celebrate macam ni jugak masa hari lahir aku merajuk sampai tahun depan. Hahahah :P *punyakejampermintaan*

                                         
sebelum balik hari tu nenek aku buat kuih tepung talam. sedap sangat oihh sampai tiga empat kali makan. dah ada yang sedapkan haruslah makan puas puas nanti dah balik susah nak cari kuih tradisional yang sedap & kena dengan tekak ^^

nenek aku buat kuih tepung talam guna dapur kayu. gigih dia buat sorang sorang. mampu tengok aje sebab nak tolong tak reti. dushhh ! tak dek pengalaman guna dapur kayu gini hah kang terbakor pulak kalau dapat dekat aku. Ehek ! rinduu nak balik kampung kumpul ramai ramai lagi, masak sama sama yang paling penting borak tak ingat dunia. tak sabar nak tunggu raya pulak :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page