Bukan Main Lagi Mintak

marilah mulakan hari ini dengan senyuman. aiwahhhh :P kenalah senyum pagi pagi barulah semangat nak buat kerja kannn. pagi semalam ada sorang junior call tanya rumah ibu dengan abah aku banjir ke tidak. prihatin betul budak ni dengan aku. terhaghuu kejap :D alhamdulillah rumah ibu dengan abah dekat pahang tak banjir tapi bekalan air terputus. tak lama lepas tu dia telefon aku mintak buatkan kek cokelat. pfttttttt. ada ayam di sebalik mee kari budak bertuah ni. hahahaha :P 

kemahen dok merayu dekat aku "akak buatkanlah kek cokelat untuk kitorang". aiwahhh. pepagi buta telepon nak suruh aku buatkan kek cokelat. hahahah. tak kuasa akak nak buatkan dik oiii. pagi pagi ahad akak nak berehat rehat meluruskan balik urat urat saraf yang dah berselirat macam hape ni. cehhhh kononnya kann akak ni :P padahal aku ada agenda lain semalam :D lain kali lahh akak buatkan kek cokelat untuk awak ye dikk. ye ye akak tahu kek akak memang sedap. ramai dah orang cakap kek akak setanding dengan Sikret Resepi tapi akak tak nak buat bisnes kek cokelat lagi. bhahahhaha :P ampunkanlahh entri aku yang memang perasantannn hari ni :D 

sumber pic yang tak dek kaitan ni di sini  :P

aku bukan orang yang berseni sangat. kek aku buat cincai cincai je tapi aku tak paham macam mana tekak budak ni boleh cakap sedap. mungkin sebab ada semangkuk kasih sayang & sesudu keikhlasan aku letak buat kek tu jadi sedap. bhahahahhaha :P 

#pray4pantaitimur #pray4mangsabanjir




Untungnya Wahai Si Isteri

amboi tajuk kemahen lagi kann. ekceli aku tengah baca satu buku ni aisyah humairah harumnya mawar merah kesayangan Rasulullah. dalam buku tu adeler cerita kelebihan seorang wanita menjadi isteri.wohaaaa. tips rumah tangga bahagia pun hadooo :p aku baca je tapi belum boleh praktis lagi. bhahahahahha :p

buku ni kawan aku yang sekelas dengan aku dulu bagi. superb best. wehuuu :D

tahu tak kalau seorang isteri yang memotong bawang untuk dimasak kepada ahli rumahnya sehingga mengalirkan air mata maka Allah akan memberikan ganjaran pahala sama seperti orang yang menangis kerana takutkan Allah. subhanallah. beruntungnya kalian yang bergelar isteri :D aku tak pernah lagi kalau potong bawang sorang sorang dekat dapur sampai mengalir air mata. heeeee. tapi kalau masa kenduri tu jangan cakap potong bawang tengok orang kupas bawang pun boleh mengalir air mata. bhahahahah :P deras je dia mengalir keluar kau. memang boleh buat drama. hahaha :P

lagi satau kelebihan menjadi isteri apabila dia melakukan empat perkara ini dia diberi jaminan masuk ke syurga iaitu menunaikan solat lima waktu , berpuasa di bulan ramadhan, menjaga maruah diri dan mentaati suami selagi tidak bercanggah dengan islam. cukup empat pakej ni in sha allah seorang isteri itu bakal penghuni syorga. untungkannn???berbahagialah wahai si isteri kerana syurga begitu hampir denganmu :D 

ada satu lagi fakta yang aku baca perempuan ni hatinya mudah tersentuhh. aherherher. so janganlah sakiti hati perempuan sebab jiwa kami ni halussss macam tepung. bhahahahhaha :P aku sebenarnya tak khatam lagi buku ni nanti dah habes baca aku kongsikan lagi okayy. bukan serius lagi dah tapi dua tiga rius buku ni best plus buat aku taksabarr nak dapat pangkat isteri. muahahahahah :P aku yakin Dia sedang merancang jodoh yang terbaik untuk aku. aiwahhhhhh :P 


selamat hujung minggu semuaaaa ^__^
#pray4pantaitimur #pray4magsamangsabanjir :(






Tabahlah Sahabat

semalam sempat berborak dengn sorang kawan yang rumahnya terlibat dengan banjir. allahuakbar. pertama kali ada kawan yang terlibat dengan banjir. rumahnya di pahang tapi dia duduk dekat tempat lain. balik pun bila cuti panjang dengan raya. masa dia balik tu memang air dah naik. tak dek satu barang pun yang dapat diselamatkan. 

ni masa hari dia sampai. rumah kawan tu jauh ke dalam lagi. memang tak lepas dah nak masuk. taman perumahan pun boleh banjir.

esoknya tuu air dah makin naik. allah allah allah.
sabarlah sahabat. Allah sedang mengujimu dan kita semua. in sha allah ada sesuatu yang allah nak bagi untuk kita. jangan berhenti berdoa. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page