Rezeki Berjiran


alhamdulillah semalam jiran sebelah ni bagi puding. ya allah sedapnya puding kakak sebelah ni buat. tetiba rasa nak pergi ketuk pintu dia nak tanya resipi. bhahahha :P kakak sebelah ni kerja dekat hotel sebenarnya. dekat situ lah kot dia belajar buat puding ni semuaa :)


#RezekiBerjiran


kalau aku yang buat gamaknya tak jadi puding macam  yang atas. agar agar sirap je yang aku reti setakat ni. hahahha. dashat betul kann. hari tu try buat puding roti. keras oihh. nanti ada masa aku cerita pasal puding roti yang tak menjadi tu. =,=  kau bayangkan aku buat puding roti tapi nya roti tu sebijik sedebuk dalam pinggan aku. dia tak tenggelam pun :(








Kisah Pizza yang Memalukan

disebabkan jari aku yang sakit ni makanya semalam aku keluar lah pergi pasar malam nak cari makanan sikit.dah lama sebenarnya aku tak pergi pasar malam tu sebab tak dek apa sangat pun nak cari. jalan punya jalan rupanya dah habis satu pasar malam aku pusing.. tapi satu makanan pun tak beli lagi. aiyoooo. buang masa betul Nani ni.. last sekali aku decide nak beli pizza je dua keping lima hengget. balik rumah tengok iklan Domino's boleh dapatkan pizza serendah RM5 jugak. aigoshh.. nyesal pulak tak pergi Domino's. T.T


mula mula aku tunjuk dekat orang jual tu yang dekat atas ni. lepas tu aku nampak ada pizza yang banyak gila cheese atas dia. OMG!! nampak sedap gilaaa. aku pun cakaplah aku nak yang banyak cheese tu. alik alik dia cakap gini dekat aku " yang tu tak bakar lagi, kalau awak nak tunggu bolehlah." muahahhaha :P malu bak hang. aku nampak dia tersengih pandang aku. cehh, tahulah nak gelakkan aku tu. nyampahh betul.aku pun buat tak tahu je bila dia cakap gitu. MALU tahap keronik doh aku masa tu.

lepas pergi pasar malam semalam aku singgah rumah mak cik aku kejap sebab nak cari aloevera. sebab datang pun malam maka mengagau lah aku cari aloevera dalam gelap tu. masa siang tak nak datang kann. erghhh =,= alhamdulillah hari ni jari dah tahan sikit peritnya lepas sapu lendir aloevera tu. terima kasih blogger Yaya Natsumi bagi tips suruh kita sapu lendir tu.. hari ni dah tak payah bungkus bungkus jari dah. weeeee ^__^




Tak Pernah Kena


semalam aku nak tutup tingkap dapur lepas tu tolak punya tolak ambik kau terbelah dua tingkap tu hoii. Allah. aku pandang tingkap silih berganti dengan jari aku. rupanya dua jari aku luka + terkoyak. peritnya lahaiii aku rasa. nak menangis tahuu  mengalir jugaklah akhirnya air mata aku.. ngeri betul. sebelum sebelum ni tak pernah pun aku nak tutup tingkap tu entah macam mana semalam boleh pulak aku nak tutup. nasib jari manis tak kena kalau tak kempunan bakal mak mentua aku nak sarung cincin esok lusa tak dapat. bhahahah :P



mujur kena tangan kiri kalau tak haru jugak nak buat kerja. memang diuji betul. tak pernah sepanjang hidup ni aku kena macam ni. alhamdulillah tak teruk. aku menangis tadi bukan apa sebab darah yang mengalir tu banyak. mula mula aku boleh buat cool lagi bila aku tengok dia makin banyak lama lama aku pun jadi cuak. makanya air mata pun mengalir lah sebanyak darah yang keluar. hahahha :P 

aku ambik minyak gamat dengan kapas taruk dekat jari. darah dah tak keluar tapi rasa perit tu masih ada. bukan apa perit sebab kulit tu terkoyakkan.. Allah uji aku tanda Dia sayang :) sakit itu kan kifarah dosa :)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page