Domino's :)


hari ni penat sikit sebab cuaca agaklah panas..dah dua tiga hari area rumah aku ni tak hujan.. kadang kadang panas kadang kadang mendung tapi tak hujan punn. :) dah hari ni sebab kemalasan aku tahap berganda ganda maka dengan tak sengajanya aku melangkah ke Domino's. wohaaaa.. tak senganja konon :p



dua pizza ni dalam rm49.90 gitulahh.tapi sebab ada kupon free dapat lah rm 39.90.. jimat lah sikit. dua pizza ni bukan aku sorang je hokayy. kau gila aku sorang je makan? lemang  ketupat rendang segala jenis makanan raya berkumpul lagi dalam perut ni woihh.. hahaha :p  






Pergi open house rayaaaa :)


rasanya raya ni baru ada dua bijik rumah yang buat open house. sekarang ni orang dekat kampung lagi kebanyakkannya, mana nak buat open housenya nani wehhhh .. hahahaha. betul jugak kan :P
memula semalam pergi open house ghumoh kawan ibu.. act kawan ibu ni cikgu tadika aku jugak masa aku kecik2, comel2 dulu.. hahahaha :p * muntah hijo orang baca. kahkah :p

masa sampai tu, suami cikgu tu tanya ibu " anak awak ni Ina?" Ibu angguk lah.. " Besar dah anak dara orang ni, timang menantu lah tak lama lagi." pfffftttttt.. aku rasa nak lari masuk kereta. dah start dah nak cakap pasal ni. hahahah.. aku macam biasa lah senyum senyum paksa gituuu.. dalam hati * kalau cikgu nak ambik saya jadi menantu pun bolehhhh.. bhahaha. :p




petang semalam pulak sempat lah pergi kejap open house rumah si Nazrul ni hah. tak habis2 dok mesej tanya bila nak datang. serba salah pulak kalau tak pergi. rumah kawan baik pulak tu kannn. aku pun semalam lepas je tetamu habis beraya dekat rumah terus gerak pergi  rumah Nazrul dengan si Haris.

sempat  lah borak2 sikit  banyak. miahahahaha. kalau dah namanya jumpa kawan tu memang ye lah sekejapnya kann. macam2 cerita keluar. hahaha. tapi cerita pasal nak nikah kahwin memang tak keluar. kahkahkah : p






Bantuan diperlukan untuk adik Zharif


adik zharif ni merupakan anak kepada senior aku. mohon sahabat sahabat blogger sama sama membantu adik ini setakat yang mampu :) in sha allah ganjarannya di akhirat kelak :) doakan yang terbaik untuk adik ini :)

asalnya mahu dibedah di Hospital Pantai Besar, Bangsar tetapi kos menelan hampit ridak kurang dari RM 80, 000. Jadi petang ini adk zharif telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM). Kos di sana sebanyak RM20, 000



" Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidupnya di dunia, maka Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat . Barangsiapa yang meringkankan penderitaan orang yang susah nescaya Allah akan meringkankan penderitaannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak. Allah akan menolong hambaNya selagi mana hambanya menolong saudaranya yang lain " ~ Hadis riwayat muslim, Arba'in Nawawiyah no.36 ~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page