dia cinta hati saya ^_______^

amboii tejuk entri kemainn lagik dia. hahaha..sape cinta hati tu?? ngeh ngeh ngeh. mesti lah abah dengan ibu den. aku kan masih bawah jagaan mereka :)
sebenarnya semalam masa otw nak balik kampung , tetiba ibu pesan macam ni dekat aku..

ibu dah bahagi bahagi dah duit ibu dalam bank sikit2. dekat abah sikit, dekat awak sikit. nanti kalau ibu dah tak dek pandai - pandai lah guna duit tu. ibu tak dek harta yang banyak nak tinggal dekat awak, sikit2 tu adalah . mati ni bila - bila masa boleh

serius masa ni aku nak rasa nangis laju laju. tetiba ibu cakap pasal mati. tersentap aku sebenarnya. tapi aku tahan air mata aku dari gugur. aku cuba berlagak tenang tapi dalam hati allah je yang tahu.. sebak gila rasa. yes , sejujurnya aku belum bersedia kalau ibu dan abah pergi. tapi kematian itu pasti :)
ibu & abah :)
ibu dapat anugerah guru cemerlang baru ni :)
Dear ibu dan abah :
walaupun ibu dengan abah tak mampu nak bagi harta yang banyak macam orang lain tapi cukuplah dengan kasih sayang , kebahgaiaan & kesenangan mampu menghiburkan hati ni. . kalian adalah permata yang paling berharga..
Ibu dan abah bukan berjuta tapi cuma satu,
bukan untuk diguna tapi untuk dijaga,
bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi,
bukan untuk sementara tapi untuk selamanya,
bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati,
bukan untuk untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui,
bukan hanya di sini tapi di mana - mana ,
bukan setakat ini tapi hingga ke syurga - Nya :)
sayang ibu & abah ketat ketat.. kalian adalah penawar setiap kedukaanku. tanpa kalian lelahlah jiwaku.kalian adalah pendorong kejayaanku. terima kasih atas segalanya. :)
pesanan penaja : kematian itu pasti sama ada ada cepat atau lambat.. :)

segala :)

apa yang segala? hihi. tajuk lagu sebenarnya. tetiba jadi minat dengan lagu ni. mula mula dengar dulu rasa macam biasa je tapi bila dh lama sukaa pulak. haha. tetiba time tengah selsema ni boleh layan lagu ni .hahaha..  :D
takdir kita dua bersama
mekar cinta bertaut mesra
riang tawa menghangat segala
hadirnya mu mengikis sepi
dan yakin ku cinta ini pasti

namun resah tiada mampu ku sembunyi 
dia hadir mengukir senyummu kembali
dan ku perhati di sudut kecewa
lena mu di pangkuannya
rebah ku kehilangan segala

bersama janji ku bermimpi
bintang terang malapnya dimamah sepi
namun di kala diriku kan kecewa
harap ku dikau bahagia mengejar suratan sempurna 
dirimu bersama dia

walau ku berilusi
mengharap dirimu pastinya kembali
di kala rindu dan resah bersengketa
sekadar dihambat duka
senyum indahmu padanya
redha ku melepaskan segala


bestt kann.. lalalala.. layannnnnnn. :P

pesanan penaja : kadang2 tak semua yang kita nak tu kita akan dapat & tak semua yang kita dapat akan jadi milik kita selamanya :)

#throwback # ulu bendul , negeri sembilan

malam ni den nak share sikit banyak pengalaman den pi nogori sembilan..hihihi.. * macam tak jadi je cakap nogori* hahaha. sebenarnya hari tu den ikut kawan den balik rumah dia. naik keratapi woo.. tapi paling tak syokk masa tu air cond keretapi rosak.. berpanas lah den dengan kawan den selama beberapa jam.. erghhh..
orang cakap jauh perjalanan , luas pemandangan. tak gituu? sekali sekala nak jugak tengok keindahan kampung orang kan.. hihi..rasalah pengalaman bertandang ke rumah orang tiga hari dua malam. dah lama bonar rasonya tak pi nogori sembilan.. paling den tak boleh lupa masa gi ulu bendul.. memang nyaman tempat tu :)
see. jernih gila air sungai dekat sini :)
serius cakap, kalau tengah stress datang tempat nni memang boleh tenang. sangat cantik & indah ciptaan Allah . masa sampai sini mula2 memang teuja. haha. 1st time sampai sini , memang gitu.

sejuk gilosss air sungai ni. den pun pergi sini pagi time tu.hihi.


seronok tengok budak kecik ni main air.kalau ikut hati nak main sekali. tapi maluuu lah den.. hahaha.. dah besau nak main2 air.. tidakk lahh rasanya.. 


ehhhh ehhh . nak jugak menyelit gambar kita :P

hanya mampu duduk atas batu je.. hahaha.. ok lah kann .. even tak mandi tapi dapat jugak rasa air sungai tuu..bukan selalu dapat pergi negeri orang .. dah datang baik kutip sebanyak banyaknya pengalaman kan.hihi . ekcelli kita teman budak kecik tu main air.. =P


yang ni paling den sukaaaa.. padiii.. sepanjang perjalanan nak pi ulu bendul , kiri kanan den semua padi. cantikk sangat.. masa ni ada satu pasangan pengantin tengah photoshoot dekat tengah2 bendang. #aku pulak  masa tu boleh berangan nak bergambar macam tu jugak time kawen nanti .. hahaha. masalahnya dekat pahang tak dok padi . jadi , abaikan angan2 mat jenin tu.. hihi. :D

memang best merantau ke negeri orang ni.. macam2 kita dapat belajar benda baru.. ada rezeki nanti den nak pergi lagi sanaaaa.. nak bergambar kat tengah2 bendang.. ahaksssss ..  :D







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page