Resipi : Kek Batik

wohaaa.. cik manis buat kek batikk.. alah, kek batik je ponn cik manis.. * aku ni dah lah jarang memasak so bila aku masak, kena lah bangga sikit.. mihmih..aku main campak2 aje sebenarnya tak sangka pulak jadi kan. try and error lah sebenarnya tadi tu.



aku buat dia tak kering sangat sebab aku suka yang moist2 gitu..kalau kering sangatt nanti tak sedap, tu tekak aku lah kan.korang aku tak tahu lah macam mana. nak buat kek batik macam dekat atas ni ? okay, jom scroll down tengok resipi.. walaupun korang cakap benda ni senag je tapi aku tetap nak jugak kongsi resipi. hihihi .=P

bahan2 yang korang perlukan:
~ milo
~ susu pekat
~ biskut marrie ( aku tak tahu lah boleh ke tak pakai biskut lain )
~ butter cup
~ gula sikit

mula2 korang cairkan butter tu tapi api jangan besar sangat . takut nanti dia hangus pulak..butter ni untuk pekatkan coklat tu nanti . lepas tu masukkan susu pekat + milo + gula sikit .. tapi kalau tak minat manis sangat tak payah dah letak gula tu..kacau lah korang punya coklat tu sampai dia mendididih. lepas dah siap tutuplah api tu.. patah- patahkan biskut marrie tu dan letak lah dalam coklat yang kita dah masak tadi. sebatikan biskut marrie tu (pastikan semua biskut tu kena coklat )& letak dalam acuan. siap. boleh lah simpan dalam peti :)


mudah kan? esok pakat2 lah pi pasaraya cari bahan2 nak buat..hihi.. ni lah resipi kek batik cik manis. fisrt time dan menjadi. suka betul hati kita... lalalalala . =)
p/s : kalau nak bagi masakan kita tu sedap adunkan sekali kasih sayang & cinta dalam makanan tu.
  in sha allah sedapp .. =D

Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei

jom join segmen ni..sampai akhir bulan disember ni aje tau . :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page