October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang pencinta buku tak dekat sini? Nahh, ini lah masanya nak tambah lagi koleksi buku yang ada. Cecepat terjah blog Siqah tau sebab Siqah ada buat October Book Giveaway sekarang ni. Mana lah tahu kan terpilih sebagai salah seorang pemenang. Syarat penyertaan pun mudah sangat. Giveaway ni berlangsung sehingga 12 November 2017 nanti, jangan lepas peluang keemasan hoi. Dua pemenang yang dicari, tunggu apa lagi tu, join sana cepat. Walaupun banyak lagi buku yang pending nak baca, tapi tetap jugak join sebab ada buku yang menarik perhatian daku. Eheh. 
October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
Cecepat join tau korang!

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
Buku Hati Ini Milik Mu tu yang paling menarik minat Nani. Hahah! Mana lah tahu terpilih sebagai salah seorang pemenang. Eh? Hahah! Siapa lah yang bertuah dapat dua dua buah buku ni kan. Korang pun jemput join jugak tau. Heheh. Have a nice day everyone! 

Pengalaman Menginap di Tune Hotel, Danga Bay

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tak habis lagi cerita dekat Johor hari tu. Hahah! Plan asal nak menginap rumah kawan Nani aje dekat Skudai. Tapi memandangkan Skudai tu agak jauh dan esoknya nak naik bas dekat Larkin, so kita orang decide bermalam dekat hotel area Danga Bay. Sebenarnya ada niat nak jalan jalan malam tu, tu yang sengaja pilih area Danga Bay. Hahah! Cari punya cari, Tune Hotel aje yang macam familiar sikit. Heheh. Dari Legoland nak ke Tune Hotel ni tak ada lah jauh mana pun, dalam 10 ke 15 minit macam tu aje Nani rasa. Nani book Tune Hotel ni melalui Traveloka tau, so dapatlah harga murah sangat sangat. Semalaman RM 105 untuk dua bilik (empat orang). Pada Nani serius murah sebab sorang bayar dalam RM 25 aje. Macam mana nak dapat harga murah macam ni? Korang kena book melalui App Traveloka. Download siap siap dekat phone korang okay. Memang jauh sangat beza harga dekat website dengan app ni. Kalau tak silap website dalam RM 173 untuk satu malam. Hari tu Nani guna sekali voucher yang available dekat web Traveloka so dapat lah RM 105 aje. Bilik pun selesaaaa sangat! 
Tune Hotel, Danga Bay
Nani check in dah petang, dalam pukul enam lebih macam tu. Dia punya staff pun peramah sangat. Memang tip top layanan dia orang. Dekat sini jugak ada 7Eleven, so senang kalau tetiba lapar ke tengah malam. Hahaha! Kedai makan pun banyak aje area sini.
Tune Hotel, Danga Bay
Dua katil single.
Ini lah bilik kita orang. Mula mula Nani ingat satu bilik tu muat untuk empat orang terus. Lol 😆 Rupanya dia bagi quad room untuk kita orang. Dua bilik tapi dipisahkan oleh pintu, macam biasa lah kan. So dapat dua single bed dan satu katil queen. Bilik air pulak dua. Berbaloi baloi okayy!
Tune Hotel, Danga Bay
Katil queen. 
Dalam satu bilik ni bukan setakat ada aircond aje, kipas pun ada. Jaraang Nani jumpa hotel yang provide macam ni. Selalunya air cond aje tau yang dia orang letak. 
Tune Hotel, Danga Bay
Tv pun berfungsi dengan elok, tak ada lah gambar kelabu asap ke apa. Hahah! Siap ada astro lagi. Tapi tak sempat layan sangat pun, malam tu balik aje dari jalan jalan terus tidur. 
Tune Hotel, Danga Bay
Toiletries, towel pun disediakan jugak. Lengkap lah semua benda dekat dalam bilik ni. Puas hati Nani dapat bilik yang macam ni. Walaupun untuk berehat aje, tapi kena lah jugak kan cari bilik yang okay dan selesa. 
Tune Hotel, Danga Bay
Hair dryer pun ada jugak disediakan. 
Tune Hotel, Danga Bay
Shower pun berfungsi dengan elok. Overall, Nani tak ada nak komen apa apa pun tentang Tune Hotel dekat Danga Bay ni. Daripada layanan staff sampai lah ke bilik semuanya Nani suka. Bilik pun bersih sangat, tak ada habuk sikit pun. Arah kiblat pun dia ada tunjuk, memang terbaik. Lepas ni kalau nak menginap, Nani akan pilih Tune Hotel dulu. Actually ni first time Nani menginap dekat Tune Hotel. Walaupun dia orang ada banyak cawangan, tapi baru ni Nani pilih Tune Hotel. Waktu check in Tune Hotel ni bermula dari pukul dua petang dan check out selewat lewatnya 11 pagi. Nani check out awal sebab lepas tu pergi makan Kacang Pool Haji, Larkin dulu sebeblum balik. Hahah! Korang pernah menginap dekat Tune Hotel? 

IIUM Writers & Literary Festival 2017

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak followers blog Nani ni yang duduk di sekitar Gombak? Ha Nani ada benda best nak kongsikan dengan korang ni terutamanya bagi peminat teater. Untuk pengetahun korang pada 10 & 11 November nanti, akan diadakan teater yang bertemakan Unity in Diversity di UIA Gombak. Korang yang free tu jom lah datang dan tonton teater ni. Macam mana nak beli tiket ni Nani? Mahal tak harga tiket untuk tengok teater ni? Orang luar boleh jugak ke pergi tengok? Hei kalau tak boleh tengok, tak ada lah Nani ajak korang ni hah 😆 Korang jangan risau, tiket yang dijual sangatlah murah dan korang boleh dapat free voucher lagi tau. Tiket dah murah, dapat voucher, memang untung sangat lah. Apa kelebihan voucher ni pulak? Untuk setiap pembelian air B&G, korang akan dapat potongan harga sebanyak seringgit. Selain daripada teater ni, terdapat jugak pameran buku, talk dan macam macam lagi aktiviti lain sepanjang event ni berlangsung. 
IIUM Writers & Literary Festival 2017
 Harga tiket untuk teater I, Me and You : 
RM 6 (IIUM Student)
RM 10 (Public)
Untuk pembelian tiket ni, korang boleh contact number yang tertera dalam poster dekat atas tu okay! Book tiket korang laju laju tau sebab voucher B&G ni hanya akan diberikan kepada yang terawal sahaja. Kalau lambat, memang melepas lah peluang korang nak dapat free voucher ni. 
IIUM Writers & Literary Festival 2017
Tak payah nak tunggu lagi dah, lepas ni terus aje tau korang book tiket untuk teater I, Me and You. Ajak kawan kawan sekali okay harga tiket ni pun murah aje. Dekat tempat lain memang korang tak akan dapat harga tiket semurah ini untuk tengok teater. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang  teater I, Me and You dan jugak aktiviti aktiviti lain yang akan berlangsung nanti, korang boleh follow media sosial dia orang dekat bawah okay! Jom lah ajak kawan kawan pergi tengok teater ni. Dijamin korang akan berpuas hati 😊 See you there!
Instagram : IWLFestival 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page