Seharian di Dengkil - Putrajaya

Assalamualaikum & Hello.
Area Dengkil - Putrajaya ni bukanlah kawasan yang Nani selalu jejak sangat pun. Hari tu seharian habiskan masa ke sana untuk survey tempat program dengan orang asli. Ha plan asalnya memang nak survey tempat program aje tapi nya ada jugak lah sikit sikit melencong ke lain. Hahah ! Sikit ke masalahnya? Eheh. Dah sampai Putrajaya kan, kita jelajah lah mana mana tempat yang boleh pergi. Gitu. Dari Petaling Jaya nak ke Dengkil tu ada lah dalam 20 ke 30 minit macam tu sebab pagi tu jalan tak jammed maka seronok lah driver memandu kan. Perkampungan orang asli ni terletak di Bukit Jenuk, Dengkil. Nani pun tak pernah tahu selama ni ada perkampungan orang asli dekat situ. 
Masa mula mula sampai, terus Ustaz tu bawak kitorang melawat kawasan kampung dan jumpa dengan JKK dekat situ. Ini kira pengalaman kedua Nani pergi melawat perkampungan orang asli jadi tak ada lah rasa macam kekok sangat nak tanya apa apa. Dekat Bukit Jenuk ni, tak ramai mana penduduknya, ada lah dalam 20 buah keluarga macam tu. Dua buah keluarga Muslim dan selebihnya tak ada agama. Menariknya dekat sini, rumah diorang bukan lah jenis yang kayu kayu lagi semuanya dah rumah batu cuma itu lah kadang kadang bekalan elektrik tak ada. 
Gigih hokeh berdiri tepi jalan semata mata nak bergambar dengan board belakang kitorang tu walaupun dah dua tiga kali kena hon dengan orang yang lalu lalang. Hahah! Nak buat kenangan katanya sebagai tanda dah pernah datang Bukit Jenuk. Dekat sini jarang jarang ada yang memberikan sumbangan, kalau ada pun daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 
Muka muka yang tak berjaya menawan hati anak anak orang asli dekat situ. Hahah ! Banyak kali kot kitorang panggil nak ajak bergambar sama sama tapi diorang lari. Lepas tu dok terintai intai ikut tingkap. Malu tapi mahu kot. Heheh. Masa nak balik tu, baru lah diorang keluar sambil lambai lambai tangan. Hahah ! Ingatkan sebelum balik nak jumpa lagi sekali dengan JKK tapi abang Ali tu dah turun ke sungai. So nya kiterang decide pergi makan dulu lepas tu ke Bukit Jenuk semula. 
Dalam tercari cari nak lepak dekat mana terus datang idea nak pergi IOI City Mall. Mula mula nak pergi Shah Alam tapi macam jauh sangat pulak kan so pergi IOI jalan jalan. Dah masuk IOI tu bukan je takat pergi solat dengan makan, singgah District 21 lah, tengok orang main ice skate lah ha banyak sangat misinya kan. Hahah ! Ye lah nak tunggu abang Ali tu lambat lagi sebab janjinya pukul lima baru jumpa dengan dia. 
Sebab dalam mall tu sesak sangat dengan orang, kiterang melepak dekat tepi kolam bahagian luar tu sambil menikmati Aunty Anne's yang orang belanja. Kalau orang belanja memang semuanya sedap kan. Ahaha ! Ye lah daripada berjalan takdek arah tujuan dalam mall tu baiklah duduk dekat luar ni. Nak beli apa apa kewangan tak berapa mengizinkan.
All time favourite. Eheheh. 
Memang spesis suka ambik gambar lepas dah siap makan (baca : kekenyangan) Hahah ! Sanggup tunggu ada meja kosong sebab nak makan dekat chicken rice shop. Memasing lapar nasi maklumlah pagi tu cuma makan roti canai sekeping buat alas perut. Ehehe. Siap makan terus gerak pergi Bukit Jenuk semula nak jumpa dengan abang Ali tu. Dalam perjalanan nak pergi Bukit Jenuk balik tu memang rasa nak terlena gila sebab dah kenyang. Tapi kalau dah yang bawak kereta tu main ugut ugut nak ambik gambar kiterang tido kalau tinggal dia sorang je yang drive, memang tahan aje lah mata tu. Hahaha ! Sabar je lah aku.

Settle semua benda, solat asar jap lepas tu gerak ke Masjid Besi, Putrajaya. Ingatkan nak balik PJ terus tapi sebab awal lagi so pergi sana dulu. Nani lah yang teringin sangat nak pergi situ sebab tak pernah pergi. Hahah ! Selalu baca aje orang tulis pasal masjid tu kali ni pergi sendiri. Sementara nak tunggu maghrib, sempatlah bergambar sekeping dua dekat tepi tasik tu ha. Haha ! Bajet bajet orang luar sangat kan. 
Waktu senja di Putarajaya. 
kredit : Google
Akhirnya tertunailah hasrat hati nak solat maghrib berjemaah dekat sini. Masa mula mula masuk pun terus rasa macam bestnya masjid ni siap ada escalator dengan lift. Hehe. Solat dekat sini rasa sejuk dan nyaman sangat okeh sebab dapat angin daripada luar. Memang best sangat lah masjid ni, dekat level berapa entah ada macam kawasan taman sikit. Ha terus rasa macam nak jadi penduduk Putrajaya. Hahah ! Siap solat maghrib, lepak lepak jap makan durian beli dekat Tesco lepas tu baru gerak balik PJ. Memang seharian betul daripada pagi sampai ke malam habiskan masa dekat Dengkil - Putrajaya. Fuh ! 

Mee Calong Beserah Pak Mat Corner

Assalamualaikum & Hello.
Tak habis lagi cerita ke Kuantan baru ni. Ehehe. Dah sampai sana memang wajiblah cari mee calong. Kalau tak, rasa macam tak berapa lengkap trip ke Kuantan. Hahah ! Kemain sangat kan. Mula mula pergi dekat satu kedai yang selalu Nani pergi tu tapi tak buka pulak Raya Haji ni. So nya pergi gerai lain dekat dengan kawasan pantai sikit. Kedai yang dekat tepi jalan tu famous jugaklah sebab pernah masuk rancangan dekat tv tapi tak ingat pulak dah apa namanya. Mungkin kalau ada sesiapa orang Kuantan dekat sini boleh mention nama kedai tu dekat bawah. Gitu. Ha mee calong ni apa sebenarnya? Dia ala ala mee sup tapi ada tauhu, telur dengan bebola keropok. Kalau tak boleh nak bayangkan macam mana, nanti tengok gambar dekat bawah. 
Nani ni pun baru aje lagi terjebak dengan mee calong ni hah. Dulu dulu tak suka jugak bila sekali dah rasa, ha rasa nak makan selalu. Hahah ! Selalunya mee calong ni senang nak jumpa dekat area Beserah, banyak gerai gerai yang jual mee calong ni. Cumanya mungkin versi mee calong setiap gerai tu berbeza sikit lah. 
Mee Calong Beserah Pak Mat Corner
Ha ni la gerai yang Nani pergi tu. Kalau tak biasa area Beserah mungkin tak jumpa kot sebab gerai ni agak ke dalam sikit dan dekat dengan kawasan pantai. 
Mee Calong Beserah Pak Mat Corner
Mee Calong (RM5.00)
Ini lah rupa mee calong tu, dalam semangkuk ni ada tauhu, telur, bebola keropok. Nampak macam sikit tapi bila dah makan fuh puasa nak habiskan. Mee calong ni ada sambal dia sekali tapi tak ada lah pedas mana sambal tu. Nani ambik sambal dia lepas tu letak lagi cili jeruk. Ha berpeluh peluh menikmati mee calong lepas tu. Hahah ! Nak sangat pedas kan. Selain daripada mee calong, ada jugak masakan panas macam mee goreng, mee ladna dan lain lain. Apa yang bestnya, kita boleh tengok dia masak depan kita.
Mee Calong Beserah Pak Mat Corner
Ini pun wajib jugak makan bila ke Kuantan sebab susah kan nak jumpa. Suka sata dekat gerai ni sebab dia ada letak cili potong dekat dalam sata ni. Pergh ! Korang kalau ke area Beserah ni boleh lah menikmati mee calong dengan sata yang sedap macam ni. Nani memang dua benda ni kalau pergi ke Kuantan, memang tak boleh tak beli. Ehehe. So untuk yang ada plan nak bercuti ke Kuantan, jangan lupa singgah warung Pak Mat Corner ni ok. Harga pun berbaloi baloi sangat. 

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

Assalamualaikum & Hello.
Ha korang jom laju laju join Giveaway Mangkuk Tingkat kak El ni. Mana lah tahu ada rezeki nak dapat satu set mangkuk tingkat ni kan. Hari tu Nani dah pernah beli mangkuk tingkat daripada kak El. Memang rambang mata hokeh nak pilih dua set mangkuk tingkat ni hari tu. Boleh baca kisah Nani dan mangkuk tingkat tu dekat SINI. Ehehe. UntungUntung kalau dapat lagi satu set mangkuk tingkat ni, hakak lah akan jadi manusia paling bahagia. Hahah ! 
Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena
klik SINI untuk join

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page