Mr Dakgalbi di Setapak

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas rasanya minggu yang paling banyak makan makanan Korea. Hahah! Dua hari hari berturut turut pulak tu. Nani bukan lah jenis peminat tegar makanan korea ni, tapi kalau orang dah ajak layan jugak lah. Heheh. Mula mula tu ingat tak nak pun join sebab risau tekak tak boleh nak terima. Tapi setelah berkali kali dia orang menghasut, Nani pun on jugak lah. Bila lagi kan nak cuba. Gigih sangat pergi Setapak malam tu semata mata nak makan dekat Mr. Dakgalbi. Mr. Dakgalbi ni ada banyak cawangan sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kalau tak silap Nani dekat Setia City Mall pun ada jugak. Heheh. Lain lain cawangan Nani tak ingat dekat mana ๐Ÿ˜
Mr Dakgalbi di Setapak
Tak ada lah susah sangat nak cari restoran ni. Kalau ada Waze lagi senang. Heheh. Oh ya, Dakgalbi tu maksud nya ayam. Eh Nani pun baru tahu. Selama ni dengar je diorang asyik cakap Dakgalbi, tapi tak tahu maksud nya apa ๐Ÿ˜†
Mr Dakgalbi di Setapak
Ini lah muka muka yang bertanggungjawab bawa Nani makan dekat Mr. Dakgalbi. Sebab dia orang dah selalu makan sini so Nani ikut je menu yang dia orang pilih. 
Mr Dakgalbi di Setapak
Dekat sini bila kita order memang dia orang akan masak dekat depan kita macam ni. Memang konsep dia gitu lah. Warna merah tu ayam lepas tu ada topoki, kobis dengan apa entah yang hijau tu. Hahah! 
Mr Dakgalbi di Setapak
Yang putih tu bukan bihun okay tapi kobis yang dipotong halus. Memang nampak macam bihun & Nani pun memula tu ingat bihun. Heheh. Lagi dua tu macam biasalah kimchi dengan plain soup. Tapi sup tu macam masin sikit, Nani tak boleh nak terima. 
Mr Dakgalbi di Setapak

Mr Dakgalbi di Setapak
Taraaa ini lah set yang dia orang pilih. Satu set ni dalam RM80++ boleh makan dalam lima orang. Memang banyak sangat. Kawan Nani pilih nasi dengan maggi. Kalau nak pilih nasi je pun boleh. Ada jugak side dish yang lain kalau nak add tapi malam tu kiterang berlima ambil set yang ni aje. Sedaap sangat, patutlah beria dia orang ajak datang makan dekat sini. Kiranya tak sia sia lah ikut. Hahah! Oh ya, dalam nasi dengan maggi tu ada cheese sekali sebab tu harga jadi mahal sikit. Tapi kalau datang ramai macam Nani hari tu, sorang dalam RM15 lepas tu makan lah sampai kenyang. Walaupun ada cheese tapi tak ada lah muak sangat pun. Just nice! Korang dah pernah cuba makan dekat Mr. Dakgalbi? 

Biobax Pilihan Utama

Assalamualaikum & Hello.
Dah dua hari memang tak sempat langsung nak update entry sebab busy sikit dengan komitmen yang ada sampai tak sempat nak buka laptop apatah lagi taip entry. Nanti Nani balas slow slow kunjungan korang okay ๐Ÿ˜Š Bila dah sibuk nak settle kan macam macam urusan memang kadang kadang sampai naik lenguh kaki berjalan. Kalau dekat rumah boleh lah mintak ibu tolong urutkan kaki tapi bila jauh dekat tempat orang ni, mana ada sesiapa nak tolong kan. Heheh. Nasib baik lah ada minyak biobax ni hah, memang membantu sangat di saat perlu. Nani start guna biobax ni dari tahun lepas lagi, memang best sangat sangat. Sejak dah mula guna biobax, memang dah tak cari minyak lain dah. Bukan setakat Nani aje guna sekarang, tapi satu family dah guna sebab best biobax ni.
Best sebab minyak ni macam cooling spray. Mula mula pakai panas sekejap lepas tu lama lama nanti sejuk aje. Best sangat lah sampai tak tahu nak describe dekat korang macam mana. Hahah! Sebotol minyak biobax ni boleh bertahan dalam masa dua ke tiga bulan dengan 500 kali semburan. Tapi kalau Nani dua bulan macam tu dah habis dah guna. Heheh. Memang boleh katakan hari hari guna, maklumlah setiap hari jauh berjalan. Selain dapat menghilangkan lenguh kaki, apa lagi kelebihan Biobax ni? Jom baca dekat bawah ni. 
Biobax Pilihan Utama
 KELEBIHAN BIOBAX 
๐Ÿ’™Menghilangkan lenguh, kebas kaki dan terseliuh
๐Ÿ’šMengatasi masalah sakit pinggang (terutama ibu mengandung)
๐Ÿ’›Mengurangkan sakit belakang dan tengkuk 
๐Ÿ’œMengatasi masalah sakit lutut 
๐Ÿ’™Melegakan selesema dan resdung
Biobax Pilihan Utama
HARGA SEBOTOL BIOBAX :
RM80 / SM
RM85 / SS
Alhamdulillah setakat Nani guna ni memang Biobax salah satu minyak yang boleh memberi kelegaan dengan pantas. Lagi best sebab dengan Biobax ni cuma spray aje dekat bahagian yang sakit. Dah lah bau wangi, tak melekit dan selesa sangat bila guna. Hari tu abah Nani sakit dekat bahagian pelipat kaki sampaikan nak solat pun susah. Setiap malam ibu Nani spray dan sapukan dekat bahagian pelipat tu alhamdulillah dalam masa dua hari macam tu dah okay dah. Sebab tu lah Biobax ni dah jadi pilihan Nani satu keluarga. Korang pun kalau ada mak ayah yang sakit lutut ke, Nani sarankan untuk guna minyak ni. Spray, sapu dan sembuh! InshaAllah ๐Ÿ˜Š
Macam mana nak beli? Hah boleh laju laju WhatsApp nombor telefon Nani dekat bawah ni okay. InshaAllah Nani akan cuba balas selaju mungkin. Hehehe. Cecepat WhatsApp, Nani tunggu ๐Ÿ˜‰
WhatsApp : 014-5439384 (Nani)

Surga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum & Hello.
Dekat seminggu asyik tengok trailer dekat Youtube, akhirnya dapat jugak tengok movie ni Jumaat lepas. Mula mula Nani tak nak pun layan since yang pertama pun tak tengok. Tapi lepas baca sana sini orang cakap cerita ni best, Nani pun terlayan lah jugak. Siap cari lagi okay dekat Internet yang pertama punya. Hahah! Punya lah gigih sangat kan. Hari tu ada jugak tayangan Surga Yang Tak Dirindukan dekat Astro Prima dengan Ria kalau tak silap tapi masa tu macam tak ada jiwa sangat nak layan ๐Ÿ˜†Bila dah tengok yang first lepas tu ada pulak sambungan, dah tentu lah nak tengok lagi kan. Heheh. Sebelum pergi tengok dah macam macam andaian buat, sekali ending jauh sangat tersasar dari apa yang dijangkakan.

Korang kalau tak tengok lagi yang first baik tengok dulu kalau tak nanti tak faham pulak bila terus tengok yang kedua. Heheh. Hari tu Nani tengok dekat web bioskop ke apa entah nama nya. Cerita ni bukanlah totally pasal percintaan, banyak jugak unsur unsur kekeluargaan, pengorbanan yang boleh belajar. Gitu. For me, memang best lah dari yang pertama sampai lah yang kedua ni dan tak rasa rugi langsung tengok. Rasa nak pergi tengok lagi pun hado. Nani bukan jenis minat gila gila dengan movie Indon ni, tapi kalau cerita tu best memang sanggup layan. 
Surga Yang Tak Dirindukan 2
Untuk permulaan cerita ni, memang mula mula tu banyak sangat scene yang kelakar. Gelak aje memanjang dengan watak kawan kawan baik si Pras (Amran dengan apa entah namanya. I is dah lupa) Seronok tengok diorang punya friendship. Rasa macam real sangat dan mana mana pun Pras tu pergi mesti ada dia orang berdua. Hahah! Tapi bila dah sampai dekat tengah dah mula scene yang sedih bila Arini disahkan ada kanser stage empat dan ending dia meninggal. Nani tak expect pun yang jalan cerita dia macam ni. Ingatkan Pras akan ceraikan Meirose dan Meirose kahwin dengan Dr. Syarief tu, sekali lain betul dari sangkaan. Kawan Nani lagi lah tak boleh terima ending dia macam tu. Mula mula movie banyak sangat scene kelakar, sekali ending mengalir air mata. 
Even ending sedih tapi still jugak suka dengan setiap watak dalam cerita ni. Dengan watak budak kecik Nadya tu yang comel sangat, pandai pulak tu berlakon. Memang best lah. Lepas dah tengok movie ni, Nani rasa macam nak masukkan Budapest dalam wishlist tempat nak pergi. Cantik sangat sangat. Masa tengok trailer tu lagi dah tertanya tanya dia orang berlakon dekat mana sebab lawa sangat, rupanya dekat Budapest. Ayuhlah menabung untuk ke Budapest. Eh ๐Ÿ˜† Korang dah tengok movie ni?


Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas gigih Nani dengan kawan ke Wangsa Walk semata mata nak tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Nani lagi suka keluar time weekdays sebab tak ramai orang. Sebab movie start pukul 12.15 tengah hari so tak sempat lah nak lunch dulu. Breakfast pun tak ambik sebab pagi tu settle kan a few things. So habis je movie dalam pukul 2.30 petang macam tu terus pergi solat dan makan. Macam macam lagu dah keluar masa tu. Hahaha! Faham faham sendiri lah kan macam mana bila tak makan dari pagi. Setakat makan popcorn TGV tu mana lah kenyang sangat. Pusing punya pusing cari tempat makan, sudahnya kiterang ke Campur Campur Kitchen. Sebelum ni asyik baca review orang aje, kali ni kita try pulak sendiri ๐Ÿ˜‰
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Nani baru pertama kali sampai sini so macam blur blur sikit nak makan apa. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai kan mula mula nak makan menu A lepas tu bertukar pulak yang lain. Hahah! Masalah betul ๐Ÿ˜‚ Nani suka lah konsep restoran ni sebab santai aje. Next time boleh lah pergi sini lagi. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Tea in Thai Style ( RM5.57)
Masa Nani order air ni, tengok dalam menu dia letak dalam gelas biasa tu je sekali sampai big cup. Tapi bukan big cup yang biasa tu, ini lagi besar. Nani dengan kawan terus pandang sesama sendiri. Hahaha! Siapa nak habiskan air banyak macam ni. Ibaratnya satu air tu boleh kongsi dua orang okay. Murah lah air dalam lima ringgit dan tersangatlah banyak. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Campur Belacan Chicken Fried (RM11.23)
Dekat sini memang style diorang semua menu dalam portion yang besar kot. Nasi goreng ni pun banyak sangat. Side dish dekat tepi tu ayam masak sambal,udang kering, telur dadar dengan hirisan mangga. Sedap, bila makan tu ada rasa pedas pedas sikit + masam masam manis dari hirisan mangga.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Flying Fish With Hot & Spicy Herbs Rice (RM15.94)
Ini pulak pilihan Nani. Sekali lagi kiterang berdua macam tercenggang. Hahah! Apehal banyak sangat ni. Kalau tahu portion memang banyak dan ikan besar macam ni, memang order satu set aje lepas tu add on nasi lagi semangkuk. Take time jugak lah makan sebab nak habiskan semua ni. Menu yang Nani ambil ni, ada dua side dish yang kita boleh pilih sendiri. Nani ambil chicken wing dengan telur tu. Lagi dua side dish diorang kalau tak silap tomyam dengan salad rasanya. Heheh.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Lembut sangat ikan ni walaupun digoreng rangup. Sedap sangat, memang fefeeling makan dekat rumah sendiri. Heheh. Ada pulak sambal kicap dengan sambal belacan, memang layan lah. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Free salad of the day. Yang ni korang boleh ambil sendiri, ikut suka nak banyak mana. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Muka kekenyangan memang macam ni. Hahah! Sebab lunch pun dah dekat pukul tiga, portion makanan pulak banyak, malam tu memang tak makan apa apa dah. Puas hati betul makan dekat sini, patutlah ramai yang rekemen makan dekat Campur Campur Kitchen. Kalau cawangan di Wangsa Walk ni memang dari tempat parking kereta tu dah boleh nampak restoran. Dekat bahagian luar tu aje, tak payah masuk sampai dalam. Selamat mencuba! 

Popia Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Bila baca tajuk entry ni mesti ada yang ingat Nani dalam cubaan buat makanan jadi hipster. Hahah ๐Ÿ˜† Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. Eheh. Ini bukanlah spring roll lepas tu letak cheese dalam tu. Apa yang Nani nak kongsikan ni, ala ala kerepek popia cheese. Gasaklah nak letak nama apa pun yang pasti sedap dan nak buat pun tersangatlah senang. Dapur bujang katakan, semua resepi haruslah yang paling simple. Tak gitu? So bahan yang wajib ada mestilah kulit popia dengan serbuk cheese (alah yang selalu makan dengan wedges tu) Heheh. Serbuk cheese tu kalau rasa tak ada jual dekat tempat korang, boleh lah beli online. Dah ramai orang jual sekarang. 
Popia Cheese
Mula mula gunting kulit popia tu ikut saiz yang korang nak dan goreng dalam minyak panas. Nani hari tu sebab nak cepat main gunting aje ikut suka. Ehehe. Mana tak nya, bas pukul 12 tengah hari, pukul 10.30 pagi baru nak buat benda ni. Nasib baik ibu sudi tolong gorengkan, dapatlah jugak bawa balik sebalang popia cheese bagi kawan kawan rasa. Heheh. 
Popia Cheese
Agak agak kulit popia tu macam dah sejuk sikit, taburlah serbuk cheese tu dan gaul sampai sebati. Siap! Sedap tau korang, boleh lah try buat dekat rumah sebab tersangatlah senang. Kalau beli online orang jual RM30 sebalang rasanya. Sebelum ni ada jugak niat nak beli dekat Instagram tu tapi sebab macam mahal sikit, terus datang idea nak buat sendiri. Makan masa tengah layan movie, memang syok. Sedar sedar balang dah kosong. Hahah ๐Ÿ˜† Nani hari tu guna satu paket kulit popia tu dapatlah jugak dalam empat ke lima balang. Abah siap cakap nanti Raya buat aje ni hidang dekat tetamu. Hahah! Kemain sangat abah, puasa pun belum, dia dah cerita pasal Raya. Korang pun jangan lupa tau buat dekat rumah. Heheh. Selamat mencuba!

Asasi Atau Diploma?

Assalamuaalaikum & Hello.
Memandangkan ada dua tiga orang yang pm tanyakan pasal ni, jadi hari ni Nani nak kongsikan sikit pendapat. Macam Nani sendiri dulu ambil asasi bahasa inggeris & kalau tanya pendapat Nani, ofcourse Nani cadangkan untuk masuk asasi. Tapi sebelum buat apa apa keputusan korang sendiri kena ukur kemampuan korang takat mana. Kalau korang jenis yang cepat pick up dalam kelas, tak kisah jadual pack dari pagi sampai petang dan kadang kadang ada jugak kelas malam, boleh lah pilih untuk ambil asasi. Kenapa saya cakap macam ni sebab nya bila masuk asasi, tempoh belajar tak lama. Selalu nya mana mana asasi dan matrikulasi akan habis dalam tempoh setahun. Tapi ada jugak program asasi dan matrikulasi yang sampai dua tahun. Contohnya macam asasi UIA, ada yang extend sampai dua tahun. 
Apa kelebihan masuk asasi? Bila masuk asasi, korang akan dapat elaun setiap sem. So dekat situ macam boleh ringankan sikitlah beban family sebab dah ada elaun. Elaun tu pulak kalau pandai berjimat memang cukuplah untuk satu sem. Kadang kadang boleh simpan sikit bawak ke sem depan. Dah dapat duit tu, jangan lah fikir nak berseronok aje eh. Ingat niat utama datang situ nak belajar. Gitu. Satu lagi bila masuk asasi ni, korang dah memang kena ready fizikal dan mental. Lagi lagi bila dah hujung sem tu. Memang busy gila. Hahah! Mana mana tempat belajar pun, kalau hujung sem memang jadual akan jadi tak menentu. Biasa nya minggu akhir tu lah baru sibuk sibuk lecturer nak buat presentation, nak kena submit assignment, eh macam macam lah lagi. 
Asasi Atau Diploma?
Tapi pada Nani, ok aje ambil asasi. Tak ada lah macam pressure sangat, as long as pandai nak susun masa sendiri. Satu aje pesanan, jangan ikut orang atau kawan. Ikut kemampuan kita sendiri. Kalau rasa boleh bawak, then ambil asasi. Sebab apa Nani cakap jangan ikut orang, takut nanti orang tu memang yakin dia boleh buat tapi tetiba kau give up separuh jalan. Ha dah rugi sikit masa belajar dekat situ. Macam Nani ambil asasi bahasa inggeris dulu, jadi subjek subjek masa asasi tu tak ada lah berat sangat compare to those yang ambil aliran sains. Alhamdulillah boleh score setiap subjek. Kalau kita letak effort sungguh sungguh, niat nak belajar betul betul, Allah akan bukakan jalan ๐Ÿ˜Š
Ini macam sikitlah gambaran macam mana kehidupan masa zaman asasi. Tapi kalau rasa macam tak boleh nak buat asasi atau matrikulasi, korang boleh lah buat diploma. Memang tempoh masa belajar agak lama dan tak ada elaun tapi sekurang kurangnya kau boleh follow apa yang lecturer tu ajar. Memang ada sesetengah orang tak boleh nak catch up belajar laju laju ni, dia nak kena slow slow baru boleh masuk. Ambil asasi kalau tak score tak bagus jugak. Biarlah orang nak cakap ambil diploma nanti lambat habis lah apa lah, tapi yang penting kita boleh dapat ilmu tu. 
Hidup ni jangan terlalu dengar cakap orang. Memang bagus untuk ambil pendapat orang lain and so on tapi biarlah kita yang decide sesuatu keputusan tu. Dengar pendapat dia, then awak decide lah sendiri hala tuju tu. Kalau masih samar samar lagi, doa dan minta petunjuk dari Allah sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa apa pun, tak kisah lah asasi ke diploma ke matrik ke, asalkan nak belajar. Lambat atau cepat tamat belajar bukan itu ukurannya. Yang penting boleh follow the flow. Okay ๐Ÿ‘Œ Harap membantu buat yang bertanya tu, kalau ada soalan boleh drop dekat bawah ๐Ÿ˜Š

Pertama Kali ke KLIA 2

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa buat trip ke Penang, memang itu lah pertama kalinya Nani jejakkan kaki ke KLIA 2. Sebelum ni tak pernah sampai pun sana sebab tak ada keperluan sangat kan. Heheh. Bila first time ni faham faham sendiri aje lah kan macam mana perasaan tu tambah pulak bila sensorang diri aje. Nani memang jenis yang suka explore semua benda sendiri tapi still lah ada jugak rasa takut tu sikit. Bila sorang diri, semua benda lah kena tahu. Memang Nani manfaatkan google sepenuhnya dan tanya macam macam soalan dekat kawan kawan. Hahah! Iya lah, kang tersilap ke apa ke satu hal pulak. Tapi hari tu alhamdulillah I'm survived walaupun sorang sorang diri travel dari Pahang ke Penang ๐Ÿ˜Š
Pertama Kali ke KLIA 2
Cara Mudah ke KLIA/ KLIA 2 
1. KLIA Express
Hari tu Nani ambil KLIA Express nak ke KLIA 2. RM55 untuk seorang dan perjalanan mengambil masa dalam 30 minit macam tu. Tapi Nani rasa haritu macam tak sampai setengah jam pun. Heheh. Memang express lah, kalau korang dah terlewat boleh lah guna KLIA Express. Mahal sikit tapi selesa. Depends lah pada korang sendiri dan bajet yang korang ada untuk ke KLIA atau KLIA 2 ni.
2. KLIA Transit
Selain dari KLIA Express, boleh jugak menggunakan KLIA Transit tapi KLIA Transit ni akan berhenti dekat beberapa stesen dulu sebelum ke KLIA/ KLIA 2. Kalau untuk student boleh dapat less dalam 10% kalau tak silap Nani tapi dengan syarat kena tunjuk kad siswa. 
3. Bas Shuttle
Nak yang paling murah boleh ambil bas, cuma RM10 per person. Bas ni boleh naik sama ada di KL Sentral atau pun TBS. Tapi pastikan korang awal lah sebab risau pulak kalau nanti traffic jam ke apa. Who knows kan? 
Pertama Kali ke KLIA 2
Board macam ni memang ada merata rata jadi jangan risau. Korang boleh lah check dekat sini flight korang dan gate dah bukak atau pun belum. Nani hari tu flight pukul 3.15 petang tapi pukul 12.30 macam tu dah ada dekat sana. Hahahah! Memang awal sebab Nani tak check in lagi masa tu plus nak jalan jalan dalam KLIA 2. Bila lagi kan nak meronda ronda. Eheheh. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Cara Check In Tiket Flight
1. Self Check In Kiosk 
Ada banyak cara yang boleh kita guna untuk check in tiket flight ni. Macam Nani hari tu Nani buat self check in kiosk aje. Sekejap aje nak buatnya. Korang pergi aje dekat mesin yang ada dalam KLIA 2 tu kemudian korang klik dekat Check In. Lepas tu ikut aje step by step dan settle. Nanti keluarlah tiket flight macam dekat atas tu. Jangan risau, kalau tak tahu nanti akan ada pekerja dekat situ yang akan tolong. Memang diorang ada sepanjang masa dekat area kiosk ni dan kiosk ni tersangatlah banyak. Heheh. 
2. Web Check In 
Untuk web check in ni kalau Air Asia boleh buat dua minggu sebelum tarikh penerbangan. Yang ni lagi mudah, korang boleh print out sesiap dekat rumah. Nanti tak ada lah terkejar kejar sangat. Kalau tak ada printer, korang boleh check in dulu dan nanti mintak bar code. Bila dah sampai dekat KLIA 2, korang boleh pergi scan bar code tersebut dekat kiosk dan print. 
3. Counter Check In 
Untuk kaunter check in ni, korang kena check in paling lewat sejam sebelum penerbangan untuk flght domestik. Tapi yang Nani baca kalau kaunter check in ni akan dikenakan caj sebanyak RM10. Heheh. So kalau nak jimat boleh guna self check in dekat kiosk. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Ini gate perlepasan dalam negeri. Sebelum masuk nanti, akan ada kastam yang check kita punya tiket flight dengan kad pengenalan. Untuk Air Asia cuma dibenarkan dua bag aje yang boleh bawak masuk dalam flight. Kalau lebih memang kena bayar lah. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Kalau malas nak jalan boleh gunakan khidmat buggy ni tapi tengoklah priority tu untuk siapa kan. Heheh. Dekat sini semua kemudahan disediakan, memang selesa lah. Surau dengan toilet pun ada banyak dekat bahagian dalam ni. 
Pertama Kali ke KLIA 2
Nani haritu dapat J14, ingatkan depan depan aje sekali jauh ke belakang. So nya nasihat Nani korang masuklah awal untuk elakkan drama berlari lari nak kejar gate. Hahaha! Betul ni tak main main, kalau dapat gate yang jauh letih woo nak jalan.
Pertama Kali ke KLIA 2
Ready to fly! Heheh. Nani hari tu beli tiket hot seat dapatlah masuk awal. Actually tak ada beza pun rasanya tiket hot seat dengan yang biasa. Sama aje sempit ruangnya. Hahah! Kelebihan hot seat dapat masuk awal je lah. Yang lain lain semua sama. Kalau korang jenis yang travel sorang, tak payah pilih seat sendiri pun tak apa, nanti diorang akan bagi random seat. Tapi kalau jenis yang nak duduk tepi tingkap korang pilih lah seat sendiri. Kalau Air Asia, seat yang paling murah dalam RM6 berapa sen entah. Sorry tak ingat dah. Itu aje lah yang Nani nak kongsikan. Kalau ada apa soalan, boleh drop dekat bawah. Mana yang Nani tahu, Nani akan jawab kan ๐Ÿ˜Š

Hujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu yang panjang baru ni sebab bersambung dengan cuti Thaipusam. Kalau ikutkan, Khamis sehari tu aje cuti nya tapi Nani terus aje cuti berderet sampai hari Ahad. Rabu petang terus ambil bas gerak balik Pahang. Alang alang dah tiga minggu tak balik Pahang so kali ni balik lah lama sikit. Heheh. Kalau duduk sana pun bukan ada apa sangat nak buat, roomate Nani pun habis semua balik. Biasalah kan kalau dah ada cuti yang bersambung sambung macam tu rugi kalau tak manfaatkan. Eh? Tapi balik Pahang krik krik jugaklah sorang sorang dekat rumah sebab Pahang tak ambil cuti Thaipusam. Tapi kisah apa kan, there is no place like a home. Even orang lain tak cuti, banyak jugak benda boleh buat. Heheh ๐Ÿ˜
Kalau balik Pahang memang tak akan jumpa istilah lapar ke diet ke. Hahah! Macam macam makanan ada. Pagi Jumaat kawan Nani ajak cari nasi kerabu, apa lagi laju aje setuju. Nasi kerabu dengan ayam percik untuk breakfast. Tapi kalau dah portion macam ni, memang kenyang sampai ke petang lah. Tambah pulak breakfast kiterang tu dah pukul sepuluh lebih. Biasalah breakfast orang bujang ๐Ÿ˜†
Sabtu tengah hari pulak abah dengan ibu pergi kenduri kahwin, memang dah tak masak lah kan dekat rumah. Nani ni kadang kadang malas jugak nak pergi kenduri. Heheh. Nani pun geledahlah  peti ais tengok apa yang boleh dimakan. Bila nampak ada kuey teow terus lah buat kuey teow goreng. Jangan tanya mana sayur, memang nan hado. Tambah pulak kalau hari ibu Nani tak masak, memang kosong aje peti ais tu. Kuey teow goreng simple simple je ni, campak fish cake dengan udang tiga ekor. Korang punya weekend pulak macam mana? 

Lunch di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello.
Rabu baru ni dari pagi sampai ke tengah hari memang busy sangat sampaikan tak sempat nak makan. Settle semua benda, terus siap siap nak balik Pahang pulak. Dah lah masa tu tiket pun tak beli lagi untuk balik. Ehehe. Suka sangat beli on the spot. Lagi pun cuti Thaipusam semalam aje, hari ni orang still kerja tu yang tak risau sangat kalau beli on the spot. Sampai Titiwangsa dah pukul tiga, siap beli tiket apa semua terus patah balik pergi Sunway Putra Mall. Gigih okeh demi perut yang kosong. Hahaha! Masa pun dah suntuk masa tu, terus aje ke Chicken Rice Shop. Tak makan dari pagi kan, haruslah nak kena cari nasi jugak. Nasib baik servis dekat sini laju hari tu. I loikee ๐Ÿ˜
The Chicken Rice Shop
Sorang aje pun tapi menggedik nak duduk dekat meja yang enam orang. Hahah! Percayalah masa ni Nani setiap minit tengok jam sebab risau tertinggal bas. Dah pukul tiga lebih masa ni, bas pulak pukul empat petang. Tipu kalau cakap tak rasa menggelabah ๐Ÿ˜†
The Chicken Rice Shop
Menu macam biasa lah tiap kali datang makan dekat sini. Sebab sensorang aje, tak ada add on menu lain pun dan tak sempat nak menikmati setiap suapan sangat. Keh keh. Faham aje lah kalau dah tengah lapar tu plus bas pun bukan tunggu kita. Siap makan terus ke Titiwangsa semula. Elok Nani naik bas, duduk sekejap, bas pun jalan. Fuhhhh! Kalau lambat sikit hari tu memang bye bye lah jawabnya ๐Ÿ˜† Tobat lepas ni taknak buat macam tu lagi dah. Hahah! Nasib baik lah PWTC dengan Titiwangsa tu beza satu stesen aje. Heheh. Ok lah, have a nice weekend! 

Cheesy Wedges

Assalamualaikum & Hello.
Cheezy Wedges
p/s : Esok cuti Thaipusam, apa plan korang? 

Hujung Minggu di Subang

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya CNY hari tu tak balik Pahang lepas tu kawan kawan pulak ramai yang balik, memang krik krik lah jawabnya sorang diri kan. Lagi pun kalau nak balik Pahang time tu memang tak lepas jugak sebab banjir. So terus decide nak lepak rumah makcik Nani dekat Subang. Sebab CNY ramai yang nak balik kampung kan, panjang jugaklah beratur semata mata nak beli tiket KTM dekat KL Sentral. Machine pulak time time tu jugaklah rosak, stress betul. Kalau tahu macam tu lah punya ramai, Sabtu baru gerak pergi Subang. Bila lepak rumah mak cik ni memang boleh fefeeling macam duduk rumah sendiri lah. Macam macam pulak tu lauk feveret yang dimasak. Nikmat! Terubat lah rindu dekat rumah tu kan. Hahaha! Macam lah dah lama sangat tak balik ๐Ÿ˜†
Gulai lemak pucuk ubi campur terung pipit. Sedap nya lahai. Heheh. Kalau dekat cafe sini memang takkan jump lah gulai lemak yang macam ni. Selalunya cair sangat gulai lemaknya sampai kadang kadang tak rasa macam makan gulai lemak. Huhu. Tak baik tau masak macam tu.
Siakap tiga rasa ni Nani yang masak. Ehem, nak jugak bagitahu dia yang masak. Hahahah! Haruslah, kalau nak resepi boleh pm tepi. Tapi rasanya siakap tiga rasa macam ni semua orang pro kan nak buat. Campak campak aje dah siap! Hehehe. Nani kalau ikan siakap memang suka buat masa tiga rasa macam ni tak pun masak stim. Ohmai kecur air liur pulak. Minggu ni nak balik Pahang nak buatlah. Sebab Khamis cuti Thaipusam, terus aku lajakkan cuti sampai ahad. Esok petang dah gerak balik sana kalau takdek hal. Tiga minggu dah tak balik, semua yang dekat rumah tu dah memanggil manggil nampaknya. Eh ๐Ÿ˜‰

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA
klik SINI untuk join 

Peria Goreng Berlada

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu abah ada suruh Nani masak peria goreng berlada and Nani yang tak pernah masak apatah lagi makan ni macam blur blur sikit. Hahah! Tak ada lah susah mana pun nak masak peria goreng berlada tu, sama aje macam biasa tapi biasalah Nani kan. Kalau tak pernah masak, memang blur habis. Nani ni pun tak pandai nak agak peria tu dah masak ke belum. Sudahnya ambik gambar hantar dalam WhatsApp family tanya. Kah! Baiklah tanya kan sebelum abah makan peria yang tak cukup masak. Nasib baik bila abah makan peria tu abah tak cakap apa apa. Tak tahu lah sedap ke tidak ke. Tapi kalau dah abah makan elok tu, sedap lah kan? Eh? ๐Ÿ˜‚ Dekat bawah ni ada Nani kongsikan resepi peria goreng berlada, mana lah tahu kot kot ada yang nak mencuba. 
Peria Goreng Berlada
Bahan - Bahan :
- Cili padi
- Bawang besar & bawang putih
- Udang
- Peria
- Garam 
Cara - Caranya : 
1) Tumbuk atau kisarkan sekali cili padi, bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumiskan bahan bahan ni tadi dalam minyak panas.
2) Lepas tu masukkan peria dan kacau sebati. Masukkan air sikit sebab nak bagi peria tu cepat masak.
3) Last sekali baru masukkan udang dan garam secukup rasa. Udang masukkan last sebab udang cepat masak. 
4) Siap!
Ha mudah sangat kan. Hahaha! Dah pro kan boleh lah cakap gitu. Hari tu gelabah gelabah ayam jugak lah bila abah suruh masak memula tu. Heheh. Mana yang dah tak tahu nak masak peria macam mana, boleh lah try resepi Nani yang tak seberapa. Korang suka makan peria? 

Nasi Kandar Deen Maju di Penang

Assalamualaikum & Hello.
Masa dalam perjalanan balik dari padang kota ke hotel, Nani dapat sorang driver grab car yang ramah sangat. Suka tau dapat yang jenis peramah dan suka berborak ni. Lepas tu pak cik driver tu lah yang bagi tahu pasal Nasi Kandar Deen Maju ni paling sedap bagi dia. Nani pun ada jugak baca dekat blog orang lain pasal restoran ni. Nani ingatkan yang dekat Jelutong tu rupanyanya lain. Heheh. Mana lah saya tahu ๐Ÿ˜† Nani pernah baca ada yang cakap sampai dua jam kena beratur semata mata nak makan dekat sini. Fuhh gigihnya kan. Nani bila tahu macam tu, apa lagi siap je solat maghrib terus keluar. Ingat nak naik rapid ke komtar lepas tu jalan kaki je, sekali ada akak blogger tu cakap jauh kalau nak jalan kaki. Sebab risau ramai orang, terus ambil grab car. Heheh. 
Nasi Kandar Deen Maju di Penang
Masa Nani sampai orang memang dah start beratur tapi tak ada lah panjang sangat. Ada lah dalam sepuluh orang macam tu depan Nani. Heheh. Legaaa. Perut pun dah lapar masa tu, memang tak boleh nak berkompromi langsung. Nampak kedai ni macam kecik je kan tapi sebenarya luas jugak.
Nasi Kandar Deen Maju di Penang
Nani pilih ayam goreng dengan sayur kobis. Ikutkan minta telur masin sekali tapi mungkin dia tak dengar kot. Heheh, Sepinggan ni cuma RM6.50 aje. Banyaklah nasi dia, tak habis pun makan. Terlupa nak mintak separuh. Hahah! Selain dari nasi putih, ada jugak nasi tomato dengan nasi apa entah yang warna kuning. Nani tengok hari tu orang meja sebelah makan. Dia siap makan dua pinggan woo. Terperanjat tengok. Hahah! Iya lah, Nani yang sepinggan ni pun puas nak habiskan. Memang betul lah cakap pak cik grab car tu, sedaaap! Ayam goreng dia tu paling Nani suka. Korang yang nak makan nasi kandar sedap, boleh lah ke sini. Selamat mencuba! 

Wordless Wednesday : Domino'sCake

Assalamualaikum & Hello.
Peanut Lava Cake vs Chocolate Lava Cake. Which one do you prefer?
Me both! Hahaha! ๐Ÿ˜†

Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang

Assalamualaikum & Hello.
Last day dekat Penang, wajiblah cari ikan bakar kan. Lepas dah google sana sini, cari restoran mana yang sedap, sudahnya Sham Hammer Ikan Bakar Special ni jadi pilihan. Nak cari pun mudah. Restoran Sham Hammer ni tersangatlah dekat dengan Queensbay Mall dan menghadap ke laut. Memang layaan habislah. Heheh. Dari restoran ni jugak boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Nani mula mula ambil bas rapid ke Queensbay Mall lepas tu naik grab car ke restoran ni. Dekat aje, nak jalan kaki pun boleh. Tapi sebab dah banyak hari asyik jalan kaki, memang dah tak larat nak menapak. Hahah! Letih jugak weh, rasa macam nak angkat kaki pun tak larat ๐Ÿ˜†
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Restoran ni sangatlah luas. Nani pergi dalam pukul enam lebih macam tu, tak ramai sangat orang. Servis pun lajuu. Tapi start lepas maghrib tu dah mula lah ramai. Biasalah kan.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Taraaa! Ini lah menu pilihan lepas dah puas baca menu berkali kali. Hahah! Ikan siakap bakar, tomyam campur dengan paprik sotong. Rasa macam kenyang gila malam tu, nak balik pun tak larat dah nak tunggu bas, terus je ambik grab car ke hotel. Tak ada lah mahal sangat pun naik grab car, dalam RM16 aje. Okay lah harga tu, sebab jarak dari hotel nak ke restoran ni jauh jugak hah. 
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Nani hari tu tersilap sebab pergi order untuk dua orang makan. Banyak woo, puas nak habiskan berdua. Suka lah restoran yang tak kedekut macam ni. Tomyam diapun cukup lah semua rasa.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Nampak kan banyak sangat sotong tu. Patutnya mintak paprik sayur je hari tu, ini dalam paprik ada sotong, tomyam ada sotong. Hahah! Paprik pun sedaaap. Alaa semua lah sedap dekat sini.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Hari tu kiterang order je nak ikan bakar (tak pergi pilih sendiri pun ikan) sekali sampai ambik besar kemain untuk dua orang makan. Nani dengan kawan pun kenapa entah hari tu boleh blur blur sangat. Hahah! Mungkin sebab badan dah terlampau penat sampai lupa nak pergi pilih ikan sendiri. Ikan ni dalam berapa puluh ringgit entah. Nani dah lah dengan tak bawak cash banyaknya, kawan pulak tak withdraw duit lagi, hah gelabah jugaklah masa nak bayar tu. Hahah! Risau lah jugak kalau duit tak cukup kan. Ikan bakar dekat sini sedap, makan gitu je pun dah okay. Ada pulak air asam kan, memang ngam lah. Terbaaaaik!

Cuti Panjang

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dah last day bekerja sebelum cuti panjang, mesti semangat tu lain macam sikit kan. Betul tak? Heheh. Budak budak sekolah lagi lah seronok kan, start cuti dari hari semalam bersambung terus ke hari Selasa depan. Fuhh lama tu duduk rumah. Sekarang memang dah selaras cuti bila tiba musim perayaan macam ni. Baru lah adil, tak ada lah nanti ada yang complain cuti Raya lama, cuti lain sekejap and so on. Semalam WhatsApp dengan ibu Nani, katanya dekat Pahang still lagi hujan lebat dan berterusan. Harapnya tak banjir lah macam dulu dulu. Risau jugak kalau air naik, nanti mula lah bekalan air terputus lah, elektrik tak ada lah. Huhu. 
Korang plan ke mana cuti raya cina ni? Mesti ramai yang ambil peluang balik ke kampung kan. Nani kali ni menghabiskan cuti di Selangor aje. Lagi pun dengan musim hujan tak menentu ni, kang kalau banjir tak lepas pulak nak balik. Satu hal pulak kan. Ha mana yang ada dekat Kl atau Selangor tu, meh lah pm tepi kot kot boleh jumpa. Hahah! Tengah terfikir jugak ni nak buat apa cuti tiga hari ni. Apa pun, mana yang nak pergi bercuti ke, balik kampung ke, hati hati memandu dan semoga korang selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ehehe. Selamat bercuti! 

p/s : Kalau dah namanya pun cuti, blog pun bercuti jugaklah. Eh? ๐Ÿ˜†

Street Art Penang

Assalamualaikum & Hello.
Mula mula tu Nani dah cancel niat nak bergambar dekat Street Art ni sebab macam tak berapa nak ada masa dah. Biasalah kan pergi nya empat hari aje tapi merata tempat nak pergi, memang lah tak cukup masa. Hahah! Itu yang Nani fikir tak payah dah pergi Street Art. Sekali masa turun dekat bas dekat area Container Hotel tu ternampak ada Street Art. Ha apa lagi, berhenti dulu lah ambil gambar. Konon je memula tu dah tak nak pergi kan. Lepas tu masa tengah jalan nak cari Wonderfood Museum, ada lagi jumpa tiga ke empat Street Art. Heheh. Memang cun lah hari tu ambil keputusan turun dekat Container Hotel sebab dapat lah jugak jumpa Street Art. Kalau tengok dalam peta tu, Street Art ni ada berbelas jugak dekat sekitar lorong lorong dekat sini.
Ini Street Art yang pertama kalau tak silap yang Nani jumpa. Hahah! Lupa dah. Hari tu Nani bayangkan Street Art dekat Pulau Pinang ni ada dekat satu lorong je rupanya dekat banyak lorong. Kalau nak cari semua Street Art yang ada, memang kena gigih sikitlah berjalan. Hahah! Nani hari tu pergi mana yang nampak aje lagi pun cuaca dah tengah hari. Panas woo! 
Street Art Penang
Street Art yang ni macam femes jugak sebab selalu nampak orang bergambar dekat sini. Hahah! 
Street Art Penang
Mencabar jugaklah nak ambil sekeping gambar sebab nya dekat lorong ni jugak ada kenderaan lalu lalang. Tambah pulak hari tu hari Jumaat, lagi lah sibuk sikit. Masa dekat sini, tengah sibuk nak ambik gambar tu tetiba ada jodoh  mat salleh datang. Siap offer diri nak ambilkan gambar Nani dengan kawan Nani. Hahah! Ingatkan nak suruh ambilkan gambar dia mula nya tu. Dah dia offer nak ambil gambar, posing je lah elok elok. Ehehehe ๐Ÿ˜†
Street Art Penang
Ini aje lah Street Art yang sempat Nani bergambar. Ada jugak jumpa yang lain tapi penuh tourist berkerumun. Tak kuasa nak tunggu. Lagi pun misi utama nak cari Wonderfood Museum, Street Art ni kira sambil lalu je. Heheh. Korang kalau nak cari semua Street Art yang ada boleh refer peta free yang diorang letak dalam basikal (basikal tu refer dekat SINI) Memang membantu sangat peta tu sebab dia dah list siap siap semua Street Art yang ada siap tunjuk dekat lorong mana. Mudaah sangat!
Ais Kepal
Dalam sibuk mencari Wonderfood Musuem dengan Street Art tu, terjumpa lah ais kepal ni hah. Tengah panas terik tu kan, memang elok sangat lah bila jumpa ais kepal. Ada banyak perisa, pilih lah mana yang berkenan dek tekak. Heheh. Sedaap! Jangan tanya ais kepal ni dekat belah mana sebab Nani memang dah tak ingat tu jalan apa. Kebetulan aje hari tu jumpa, terus beli. Itu lah 'untungnya' jalan kaki, banyak benda yang boleh jumpa secara tak sengaja. Heheh ๐Ÿ˜‰

Georgetown Herittage Chocolate Penang

Assalamualaikum & Hello.
Nani ni memang sejenis peminat coklat, tak boleh tidak mesti pergi jugak kedai ni. Heheh. Kalau ikut plan asal Nani nak pergi The Chocolate Boutique tapi sebab tak berapa tahu dekat mana, kiterang pun ke sini. Nani tahu pasal kedai ni sebab ada orang bagi pamplet masa Nani tengah berjalan nak ke Padang kota Lama. Kedai coklat ni baru aje dibuka awal Disember hari tu kalau tak silap dan masa Nani pergi hari tu ada less sebanyak 15%. Dah nampak ada less tu lagi lah tak sabar nak pergi kan. Heheh. Georgetown Herritage Chocolate ni sangatlah senang nak cari. sebab kedainya sangat dekat dengan Mahkamah Civil & Dewan Sri Pinang. Hari tu tak sesat pun lah nak cari. Ehehe ๐Ÿ˜‰
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Suka lah datang sini sebab pekerja diorang sangat friendly, senyum aje. Yang paling best banyak sangaaat pilihan coklat sedap sedap yang ada. I likeee ๐Ÿ˜
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Rambang mata jugaklah hari tu tengok macam macam coklat ni hah. Nani diberitahu yang semua coklat ni datang dari Belgium. Patutlah sedap sangat coklat coklat dekat sini.

Georgetown Herittage Chocolate Penang
Sebelum korang beli, boleh rasa dulu semua coklat yang adaa. Untung sangaat kan. Heheh. So nya nanti beli aje lah coklat mana yang korang rasa sedap. Nani hari tu rasa semua lah sedap sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Hahah! Nak beli semua memang tak mampu lah awak ๐Ÿ˜†
Ini antara coklat yang Nani beli. Yang strawberry tu sedaaap sangat dan tak cukup. Hahah! Menyesal beli sekotak aje. Tiramisu tu pun sedap jugak sebab ada rasa pahit pahit sikit. Eh semua lah sedap. Sekotak ni dalam RM17.40 kalau tak silap Nani. Sorry lah macam dah lupa lupa sikit harga coklat dekat sini. Maklumlah dah lama sangat kan balik dari Penang. Heheh. 
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Dah ada beca depan kedai coklat ni, haruslah bergambar kan. Merasa jugaklah Nani naik beca tak bergerak dekat Penang. Hahah! Walaupun masa ni banyak kereta yang lalu lalang tapi ku buat tak kisah je. Kahkah! Fefeeling tourist gitchew ๐Ÿ˜†
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Untuk yang peminat coklat macam Nani, memang Nani syorkan korang pergi sini. Macam macam jenis coklat ada. Yang home made coklat pun ada tapi mahal lah. Kalau tak silap Nani 10 biji dalam RM50 lebih kot. Tak ingat dah. Heheh. Yang tu tak ada lah taster, kalau nak kena beli. Nani hari tu habis jugak lah dalam enam puluh lebih dekat sini. Haa nampak tak berapa banyak borong coklat tu kan. Lagipun keluarga besar, beli sikit sikit kang tak cukup pulak hah. Korang yang nak ke Georgetown Herittage Chocolate Penang ni boleh Waze aje alamat dekat bawah okeh ๐Ÿ˜‰
30 Lebuh Light
10200 Georgetown Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10.00 pagi sehingga 8.00 malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page