Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue
klik SINI untuk join 

Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Assalamualaikum & Hello.
Sejujurnya ni kali pertama Nani singgah blog LZ ni dan baru Nani tahu rupanya blog ni ada banyak entry DIY & Craft. Untuk orang yang KERASTANGAN macam Nani ni boleh lah refer blog LZ lepas ni tambah pulak bila ada presentation yang melibatkan seni macm dulu tu kan. Hahah! Bila tak berapa nak berseni nak kena fikir idea untuk DIY, phew boleh tahan jugak susah dia tu πŸ˜ƒ Paling Nani suka dekat blog LZ ada jugak resepi yang Nani tak pernah masak pun sebelum ni. Ha lepas ni boleh lah terjah blog LZ selalu bila dah tak ada idea nak masak apa. 
Sekarang ni LZ ada buat giveaway tau korang, so lelaju terjah blog beliau. Boleh klik link dekat bawah tu, mana lah tahu ada rezeki boleh dapat planner sebuah. Heheh. Untuk giveaway ni, Nani tag insan insan bertuah dekat bawah ni hah 😊
klik SINI untuk join 

Warna Warni 2016

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki lagi sehari sebelum kita akan melangkah ke tahun baru. Sekejap sangat rasa masa berlalu, sedar sedar dah nak masuk tahun 2017. Teruja tak korang? Heheh. Kalau ikutkan kalendar Islam, memang kita ni dah dalam tahun baru pun kan. Hm tahun depan umur pun dah makin meningkat dan harapnya perangai pun makin matang lah Nani ni hah. Eheh πŸ˜† Nani tengok memasing dah buat macam macam wishlist nak masuk tahun 2017 ni kan. Ada yang nak menabung, ada yang nak mendirikan rumah tangga (opss I is tak termasuk dalam kategori ni πŸ˜‚) dan macam macam macam lagi lah. Nani doakan apa yang korang impikan tu akan menjadi kenyataan nanti.

Kalau nak throwback dari awal tahun sampai ke hujung tahun semua yang berlaku sepanjang tahun 2016 ni memang tak cukup satu entry. Hahaha! Terlalu banyak benda yang jadi dalam tahun ni. Ada masa nya jatuh, rebah, tersungkur, eh semua lah ada tapi tetap jugak bangun melangkah sebab nak capai satu impian Nani. Alhamdulillah tahun ni banyak benda benda yang buat Nani tersenyum dan harapnya tahun mendatang pun akan sama macam tahun ni. Tapi bukanlah sepanjang masa gembira kan, ada juga masa masa yang kita diuji dan kadang kadang ujian ujian yang datang ini lah yang akan menguatkan dan mematangkan kita. 
Warna Warni 2016
Tahun ni jugak dikelilingi dengan orang orang yang sangat positif dan sentiasa bagi moral support bila mana jauh dari keluarga. Alhamdulillah, rasanya dalam banyak banyak perkara, ini antara anugerah yang paling tak ternilai. Syukur kerana Dia pinjamkan insan insan ini untuk Nani dan rasanya jalinan persahabatan itu akan sentiasa terikat kemas. Nani pernah baca tau ada satu quote ni dia cakap setiap yang datang dalam hidup kita ni mesti akan meninggalkan satu benda dalam diri kita sama ada baik atau sebaliknya. Dan sekarang Nani rasa Nani setuju sangat dengan kata kata tu. 
Apa pun yang berlaku tahun ni, mana yang baik tu kita teruskan lagi dan yang tak berapa nak baik tu kita perbaiki untuk jadi lebih cantik. Mana yang tak elok kita tinggalkan jauh jauh. Buka lembaran baru dengan azam dan semangat yang baru jugak. Pasang niat dan letak dalam kepala kemas kemas insha Allah satu hari nanti akan tercapai jugak dengan izin Dia. 
Dulu dulu Nani selalu lah macam tetapkan dalam kepala aku nak tu, aku nak ni tapi bila tak dapat Nani jadi down gila. Masa tu biasalah banyak ikut kata hati sampai kan lupa yang perancangan kita ni mana mampu setanding dengan perancangan Dia. Walau macam mana pun hebat kita merancang, kena ingat satu perkara aje Dia punya perancangan lebih baik daripada kita. Dalam ayat Al - Quran pun ada cakap, Dia lebih mengetahui tentang apa yang kamu tidak ketahui. Redha dan sentiasa sangka baik dengan setiap yang kita dapat dan inshaAllah satu hari nanti kita akan dapat jugak apa yang kita nak tu. Nani dah pernah lalui banyaaak sangat benda - benda macam ni. Dulu macam selalu rasa kenapa Tuhan tak makbulkan apa yang aku nak, kenapa itu, kenapa ini, lama lama baru lah Nani faham. 
Andainya ada hajat yang korang inginkan tak tercapai lagi tahun ni, barangkali korang akan dapat di tahun mendatang. Siapa tahu kan. Doa lah yang baik baik moga kita dikurniakan yang terbaik di sepanjang perjalanan ini. Selamat melangkah ke tahun baru korang. Jumpa tahun depan okeh. Heheh 😊

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.
Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Gulai Lemak Daging

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang, dah lunch ke belum tu? Alhamdulillah Nani baru aje siap makan tengah hari. Sementara Cikgu Roslina masih lagi bercuti daripada mengajar dan mendidik anak bangsa, meriah lagi lah makan tengah hari ni kan. Next weeek dah start bukak sekolah, ibu dah mula sibuk mengajar memang jarang jarang lah dapat makan tengah hari macam ni. Nani pun dah nak balik ke Kl lagi dua minggu, entah bila pulak akan balik. Hehe. Ada masa dekat rumah ni, boleh lah menikmati masakan dari air tangan ibu. Dah balik sana nanti hah makanlah nasi beli hari hari. Eheh πŸ˜†
Gulai Lemak Daging
Gulai lemak daging campur ubi kentang. Biasa kalau ibu ada dekat rumah, emmang ibu lah yang masak. Nani tolong kupas ubi kentang, kacau kacau gulai sikit, itu aje. Heheh. Lagi pun tak berapa nak mahir sangat bila bab bab masak gulai ni, nanti kang tak sedap habis satu rumah kecam pulak kan. Hahaha! 
Ada pulak sambal tempoyak fuh peluh peluh makan. Memang selalunya kalau masak lemak ibu selalu ngam kan dengan sambal tempoyak takpun sambal belacan.
Taugeh goreng kicap campur tauhu
Taugeh goreng kicap campur tauhu
Kailan goreng belacan
Kailan goreng belacan
Memang banyak sikit masak sayur hari ni sebab A nak makan taugeh goreng, B nak makan kailan goreng. Hahaha! Jadinya masak dua dua baru lah senyum masing masing. Alhamdulillah kenyang makan tengah hari macam ni. Ini dah minggu last dapat makan tengah hari cukup satu family, lepas ni masing - masing akan bertebaran dengan tugasan yang hakiki. Korang lunch apa harini? Meh kongsikan sikit 😊


Resepi Gulai Belimbing

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Nani tak sure lah korang tahu atau pun tak gulai belimbing ni. Hehe. Dalam family Nani selalu jugaklah masak gulai belimbing ikan sungai ke, ayam ke. Sedap sangat sebab gulai ni macam asam rebus, masam masam pedas. Ha kalau korang pernah makan gulai asam rebus mungki boleh bayangkan rasa dia macam mana. Tapi pada ni gulai belimbing ni lagi sedap sebab pekat. Kalau asam rebus tu ala ala singgang ikan kan. Heheh. Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang resepi yang paling mudah ni hah. Kawan Nani ada jugak dulu suruh masukkan resepi ni dalam blog tapi selalu terlupa. Hari ni baru sempat nak tulis resepi semudah ABC ni hah. πŸ˜†
Resepi Gulai Belimbing

Bahan - Bahan :

- Ayam/ Ikan sungai
- Cili padi
- Kunyit hidup
- Belimbing buluh yang sudah direbus
- Daun kesom
- Garam
 
Tak banyak pun bahan yang diperlukan. Bahan yang paling penting sekali haruslah belimbing buluh rebus kan. Dekat rumah Nani ni memang sentiasa ada stok belimbing buluh rebus sebab Nani jual. Heheh. Selalu orang guna belimbing ni untuk buat sambal hitam Pahang tapi sebenarnya boleh jugak untu buat gulai. Dah cukup semua bahan bahan dekat atas ni korang bolehlah ikut step dekat bawah.

Cara - Cara : 

1) Mula mula sekali tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Kalau malas nak guna lesung batu, boleh blender aje dua bahan ni. Heheh. 
2) Siap kisar dua bahan tu, masukkan dalam periuk lepas tu tambah belimbing buluh yang sudah direbus. Masukkan air dan kacau bagi sebati.
3) Kemudian masukkan ayam atau pun ikan sungai dan masaklah dengan api yang sederhana.
4) Last sekali baru lah letak garam dan daun kesom.

Siap! Senang sangatkan nak masak gulai ni. Kalau balik kerja petang pun sempat lagi nak masak. Siapkan semua bahan dan campak semua sekali dalam periuk lepas tu tunggu aje gulai tu masak. Selamat mencuba 😊

Wordless Wednesday : Bersyukur

Assalamaualaikum & Hello.

Alahai Gdex

Assalamualaikum & Hello.
Nani tak tahu lah kenapa lately ni servis Gdex dekat sini macam tak berapa ok sangat. Dulu dulu tak ada masalah apa pun, sekarang ni macam macam pulak terkena. Baru ni adik beradik Nani ada lah order barang dekat Lazada since Lazada ada buat sales hari tu. Sebab Nani ada akaun Lazada so order barang guna nama Nani. Bila beli barang dekat Lazada memang Gdex yang akan hantar ke rumah. Dah dua kali Nani tak berapa nak puas hati dengan servis Gdex ni dan rasanya pihak diorang kena baiki untuk bagi servis yang lebih baik. Nani tengok ramai jugak yang mengadu dengan servis Gdex ni. 
Ini kes yang memula hari tu. Barang dah sampai tapi dia minta Nani pick up sendiri. Bukannya sebab Nani tak ada dekat rumah ke atau pun diorang tak jumpa rumah tapi sebab ada banyak lagi barang lain yang dia nak hantar. Whaaat?! Dah tu buat apa jadi servis courier kalau tak boleh nak deliver barang sampai ke rumah kan. Nani pun malas nak panjangkan cerita, minta ibu ambilkan sebab kebetulan ibu ada dekat bandar. Baru ni Nani baca ada jugak sorang blogger kena pergi pick up berkotak kotak barang dia dekat Gdex. Haih, tak tahu lah nak cakap apa. 
Kali kedua pulak petang tadi diorang hantar barang ke rumah. Nani pun keluar nak ambil lepas tu terus dia hulur kertas yang ada alamat dekat Nani tanya sambil marah marah "betul ke ni alamat rumah, cuba tengok betul betul." Tekedu sekejap sebab kena serang macam tu. Nani pun cakaplah betul lah ni alamat rumah sebab dah lama duduk sini memang guna alamat tu pun. Lepas tu dia bebel cakap "lain kali tulis jalan utama bukan lorong bla bla bla." Panas je hati masa tu tapi sabar sebab malas nak gaduh gaduh. Sebelum sebelum ni tak pernah pun ada masalah alamat kenapa tetiba dia nak marah marah sebab tak jumpa rumah Nani.  Nani memang guna alamat tu kot. 
Haih entahlah nak cakap apa. Geram betul tadi sebab tiba tiba kena marah padahal bukan salah kita pun. Dah tulis betul betul kan. Harap lepas ni pihak Gdex akan baiki servis diorang jadi lebih baik. 

PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com

Assalamualaikum & Hello.
PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com
klik SINI untuk join 

Lunch Date

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Syok tak cuti hujung minggu baru ni panjang sikit? Heheh. Kemain tengok masing masing ada yang balik kampung, berjalan ke sana sini. Memang memanfaatkan waktu cuti betul nampaknya kan. Nani tak ke mana mana pun, duduk rumah merehatkan diri aje. Next week orang orang dah mula sibuk anak anak nak sekolah baru nak pergi berjalan. Hahaha. Time cuti sekolah ni duduk je rumah, kalau berjalan pun sah ramai orang kan. Sebab tak ada plan pergi mana mana hujung minggu baru ni, terus set date nak lunch dengan girlfriends. Lama sangat tak jumpa tambah pulak bila memasing sibuk dengan komitmen yang ada. 
Mula mula plan nak makan dekat cafe baru dekat tempat Nani ni sekali ke Dominos jugak. Haha. Dah elok makan dekat Dominos, tetiba kawan Nani cakap nak makan Secret Recipe pulak. Eheh. Macam kaya sangat kan memasing nak makan dekat sana sini. Tapi mengenangkan susah nak jumpa memasing, pergi lah jugak SR lepas tu sambung borak dekat sana. 
Antara tiga orang kawan Nani ni yang paaaaling susah sangat sangat nak jumpa, haruslah Cikgu Bella tu hah. Maklumlah, time kita orang cuti, dia pulak tak cuti. So bila semua dah ada ni, wajib open table sekali. Heheh. Berkawan dari darjah satu dan sampai sekarang masih lagi berbaik. Tak pernah lah gaduh sampai tarik tarik muka. Hahaha! Apa rahsia berkawan lebih dari 10 tahun ni? Ha apa yang penting hormat dan selalu keep in touch. Simpleee πŸ˜„
Even dah kenyang makan Dominos, gedik jugak nak order kek. Hahah. Raspberry cheesecake tu fav Nani, gila tak nak order. Eheh. Ada lagi satu kawan Nani order, viatnamese glass noodle ke apa entah namanya. Ha semangkuk mee tu kongsi empat orang. Tahu tahu je lah kan portion dekat Secret Recipe ni besar mana. Heheh. Apa pun memang enjoy dapat jumpa kesayangan saya ni. Ini pun ada lagi sorang tak dapat datang. Kalau tak dah perfecto! Korang ke mana weekend baru ni? Kongsi lah sikit 😁

Bayar Zakat Melalui Kaunter Van Bergerak

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua cara yang lebih mudah untuk kita membuat bayaran zakat yang mana in sha Allah dapat memudahkan kita semua. Apa itu zakat? Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat - syarat yang ditetapkan oleh syarak. Sebenarnya dekat negara kita ini, setiap negeri akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal hal yang melibatkan pengurusan dan agihan zakat. Seperti di Wilayah Persektuan, kita mempunyai Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh MAIWP untuk mengutip semua jenis zakat harta.
Pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah diberikan tanggungjawab bagi mengutip semua jenis zakat harta di tiga kawasan iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Rasanya semua dah sedia maklum kawasan kawan yang terlibat ni memang selalu lah terlibat dengan kesesakan lalu lintas dan menyebabkan ada sesetengah daripada mereka yang memilih untuk tidak menunaikan zakat.
 
Selain daripada itu, ada juga yang memberikan alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk ke kaunter zakat. Bila nak pergi selepas waktu bekerja pulak, kaunter zakat juga dah tutup. Rasanya setiap dari kita dah sedia maklum yang zakat ni merupakan amanah dan tanggungjawab kita untuk tunaikannya. Pada pendapat Nani sendiri, tak wajarlah alasan alasan yang macam ni dijadikan sebagai sebab untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.
Disebabkan itu, PPZ-MAIWP telah menyediakan beberapa kemudahan untuk membuat pembayaran zakat. Antaranya pembayaran melalui portal zakat sendiri, melalui Perbankan Internet dan juga Kaunter Zakat Van Bergerak. Nani yakin yang pertama dan kedua tu korang dah memang selalu dengar kan? Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang cara pembayaran zakat melalui Van Bergerak. Pada Nani PPZ-MAIWP memang mengambil inisiatif yang sangat bagus demi memudahkan masyarakat Muslim menjalankan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat.
Sebab apa Nani cakap bagus? Kalau korang nak tahu, Kaunter Zakat Van Bergerak ini dilengkapi dengan kemudahan KIRAAN, BAYARAN dan juga SEMAKAN. Pembayaran pula boleh dilakukan melalui TUNAI, KAD KREDIT ISLAMIK, KAD DEBIT DAN CEK. Ha dah banyak sangat kemudahan yang diberikan ni, takkan masih lagi nak berdalih dan lari dari tanggungjawab kita? Di Kaunter Zakat Van Bergerak ini juga turut menawarkan perkhidmatan khas kepada individu yang ingin membuat pembayaran RM10,000 ke atas. Korang boleh tengok gambar dekat atas tu antara lokasi Kaunter Zakat Van Bergerak ini.

Mudah sangat kan bila ada Kaunter Zakat Van Bergerak macam ni. Memang sesuai lah dengan tagline mereka “Kami Bersedia Ke Tempat Anda.” Korang boleh hubungi 1 300 88 5757 untuk menempah van ini dan berada di syarikat syarikat, badan kerajaan, majlis, program dan sebagainya. Ha jadi selepas ni dah tak ada lagi yang bagi alasan untuk tidak membayar zakat. Ingat setiap amanah kita di atas bumi ini akan dipersoal di akhirat kelak. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Kaunter Zakat Van Bergerak ini korang boleh layari mana - mana link yang tertera di bawah ni.
Website : www.zakat.com.my
                                                 Facebook : Pusat Pungutan Zakat
Youtube : https://www.youtube.com/user/ppztv

10 Barangan Yang Perlu Anda Dapatkan di Website ezbuy

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Kalau bercakap tentang shopping secara atas talian ni memang semua orang suka lah kan. Cepat dan mudah sangat sebab tak payah nak bersesak sesak dekat tempat tu untuk pilih barang. Kalau shopping atas talian ni sambil sambil menonton televisyen pun sempat lagikan nak buat pilihan barang yang berkenan dekat hati. Baru baru ni Nani buka laman web ezbuy, niat nk tengok tengok aje sebab tak pernah pun bukak website ezbuy sebelum ni, sekali hah macam macam barang rasa nak beli. Banyak sangat pilihan yang ada dekat ezbuy ni tau dan diskaun pun lebih daripada 50% untuk sesetengah barang. Masa Nani tengok tengok website ezbuy baru ni ada banyaklah jugak barang barang yang dah masuk dalam wishlist. Lajuuu aje kan kalau bab bab shopping ni. Biasalah perempuan dan shopping berpisah tiada.

Masuk dalam wishlist dulu nanti dah ada duit baru boleh beli kan. Heheh. Dekat website ezbuy ni, korang boleh tengok macam macam barang ikut kategori yang ada. Contohnya dekorasi rumah, pakaian wanita, beg tangan dan banyak lagi lah. Setiap kategori tu pulak ada je barang barang dia yang cantik dan ikut citarasa Nani. Ini kalau tengah ada duit memang macam macam dah beli dekat ezbuy. Eh πŸ˜† Nak tahu tak barang apa yang dah masuk dalam wishlist Nani? Ha jom tengok dekat bawah ni, manalah tahu kot kot korang pun ada nak beli barang tu, boleh lah terjah website ezbuy lelaju lepas ni hah.
Nani suka tengok rumah makcik Nani ni tau, dia pandai sangat design dinding rumah dia. Lawaa sangat dan tak nampak pun kosong. Nani ni spesis manusia yang sangatlah tak kreatif, bila tengok dekat ezbuy ada hiasan dinding terus rasa nak beli. Sambil sambil tu boleh lah jugak tengok idea diorang deko dinding tu macam mana. Nampak kemas dan tersusun aje. I likeee. Paling berkenan dengan yang berharag RM37.79 tu, murah dan lawa. Ok lah kan harga nya.
Dah nak masuk tahun 2017 ni, planner pun Nani tak beli lagi. Memang tiap tiap tahun akan beli planner sebab senang nak refer bila ada planner ni. Kalau tengok dekat website ezbuy banyak sangat pilihan yang ada. Boleh tengok nak beli yang mahal ke yang murah ke ikut suka. Tengok tu, yang harga RM6.76 tu pun dah ok sangat. Korang pilih aje nak planner yang pattern macam mana. Nani biasalah pilih yang simple, asalkan ada planner.
Nani bukanlah jenis pengumpul beg tangan sangat pun. Selalunya Nani akan guna beg tangan tu sampai lunyai dulu baru lah beli baru. Ini dah hujung tahun, beg tangan pun dah naik lusuh kata orang. Hehe. Tengok dekat ezbuy, macam macam jenis beg tangan ada. Nani suka yang besar sebab senang boleh letak semua benda dalam tu, tak ada lah nanti yang tercicir. Suka handbag yang warna hitam tu. Nampak simple tapi sesuai lah nak bawa berjalan. Harga pun cuma RM39.10. Pada Nani bila bawah lima puluh ringgit tu dah ok sangat.
Haritu masa pergi Langkawi dah ada beli luggage tapi saiz yang besar sekali. Kalau pergi travel untuk tiga hari ataupun semalaman macam tak sesuai sangat nak bawak yang tu. Iya lah kan, dah besar sangat takkan nak bawak jugak. Hahah! So luggage ni masuk dalam wishlist Nani lagi sekali sebab nak beli yang saiz kecik tu sikit. So kalau nak travel nanti senang lah. Kalau korang tengok tu diskaun sampai 70%. Fuhh memang syoklah kan. Rate harga pun dalam RM70 ke RM200. Kalau beli dekat kedai kadang lebih mahal dari ni.
Sekarang ni memang dah jadi trend pakai seluar palazo. Nani pun sekarang nak pergi mana mana, sarung aje palazo sebab senang. Kalau yang warna hitam tu tak payah iron pun. Heheh. Lagi satu Nani suka palazo sebab tak ikut bentuk kaki. Nani tengok dekat ezbuy banyak gila palazo yang lawa. Murah gila weh palazzo dekat sini. Tengok tu RM40 pun dah boleh dapat sehelai palazo. Kalau dekat sini selalu dalam 60 ke 70 harga dia. Lepas ni senanglah nak beli seluar palazo, boleh tengok aje dekat website diorang.
Meja laptop ni memang dah lama sangat Nani cari. Actually bukan boleh setakat guna untuk letak laptop tapi boleh jugak guna untuk menulis. Meja ala ala meja Jepun gitu. Hehe. Bila tengok boleh dapat dengan harga RM12 terus bercahaya mata ni hah. Murahnya oi. Dekat ezbuy meja macam ni dalam puluh ringgit aje. Kalau dekat area tempat Nani ni sampai ratus ratus, rasa macam tak berbaloi pulak nak beli padahal meja kecik aje. Memang jimatlah kalau beli dekat ezbuy.
Eh jam dinding pun ada jual dekat ezbuy? Ha kan dah cakap dekat ezbuy ni macam macam yang korang boleh beli. Best sangat kan website ezbuy. Jam dinding pun murah aje kalau nak beli. Sesuai lah kalau nak beli untuk bagi dekat kawan ke, orang tersayang ke. Jam semua lawa lawa dan boleh dapatkan dengan harga serendah RM9 aje hah. Oi siapa taknak kalau harga murah macam tu kan.
Nani ni kalau dengan sandal mampu bertahan dalam tiga bulan aje paling lama. Hahah! Lepas tu memang confirm putuslah. Dah lah jenis yang cerewet bab bab nak pilih sandal ni. Tapi melalui ezbuy dah tak payah nak risau lagi sebab banyak sangat pilihan yang ada sampaikan naik rambang mata dibuatnya. Heheh. Sandal dekat ezbuy ni boleh dapatkan dengan harga RM25 dan ke atas. Lawa kan koleksi sandal dekat sini?
Nani ni bukan jenis yang suka sangat guna casing phone tapi bila tengok dekat azbuy terus rasa nak beli casing phone. Aha, cantik sangat casing phone dekat ezbuy dengan macam macam warna yang ada. Nani paling suka yang warna soft denga nude tu. Lawaa gila okeh, rasa nak borong bebanyak terus buat koleksi. Bebila rasa dah bosan tukar pulak dengan casing lain. Dekat mana lagi kan boleh dapat harga casing RM10? Ha nak cari casing yang murah dan berbaloi tengok dekat ezbuy okay.
Baru ni travel, bingkai sunglasses Nani terpatah sebab tu sunglasses pun termasuk dalam wishlist nak kena beli dekat ezbuy ni. Hah boleh lah pilih nak sunglasses jenis yang macam mana. Harga pun mampu milik jadi engkorang janganlah risau sangat. Hehe. Sunglasses dekat ezbuy ni semua up to date, dah lah harga RM13 ringgit aje. Kalau macam ni, makin banyaklah yang Nani nak beli. Eh. 
Kalau ikutkan memang banyak lagi yang nak masuk dalam wishlist Nani ni hah tapi tak mampu lah nak list semua sekali dekat sini. Heheh. Tapi Nani bila beli banyak ni mesti postage pun mahal kan? Ha meh sini Nani nak bagitahu korang apa yang menariknya dekat ezbuy ni. Setiap pembelian website ezbuy ni postage yang dikenakan hanyalah RM8.80 sahajaaaa! Yay or nay? Murahkan korang. Apa yang lagi syoknya tak kiralah berapa banyak pun barang yang korang beli tetap postage dia cuma berharga RM8.80. Ha memang jimat berganda ganda lah kan.

Nak tahu tak macam mana nak dapatkan postage dengan harga RM8.80 walau sebanyak mana pun barang yang kita beli? Mudah aje cara dia, korang masuk ke website ezbuy dan cari barang yang ada code Prime. Dengan code ini korang cuma akan dikenakan postage sebanyak RM8.80, tak kira lah banyak mana pun korang beli. Memang best kan, biasanya kalau kita beli barang secara atas talian dengan kuantiti yang banyak, postage yang dikenakan pun mesti tinggi jugak. Tapi jangan risau melalui ezbuy, korang boleh dapatkan postage serendah RM8.80 aje.
Intimewa untuk korang semua (terutama yang minat shopping tu) Nani nak bagi korang shopping voucher sebanyak RM15 secara percuma. Ha teruja ke tidak? Heheh. Caranya mudah sahaja, apa yang korang perlu buat cuma sign up sahaja di website ezbuy dan automatik akan dapat shopping voucher percuma tu. Ha laju laju klik SINI untuk sign up.
Bukan setakat itu aje tau, korang jugak boleh dapatkan barangan dengan harga diskaun sebanyak 50% Nak tahu barangan apa yang murah dan berkualiti tu korang boleh tengok dekat SINI Dekat ezbuy ni jugak ada barangan yang bawah daripada RM19.90 tau. Kalau tak percaya, laju laju korang terjah SINI. Memang syok sangatlah kalau nak shopping dan confirm rambang mata.Tunggu apa lagi, jom shopping dekat ezbuy sekarang jugak! 

Wordless Wednesday : Secret Recipe

Assalamualaikum & Hello.

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY

Assalamualaikum & Hello.
SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY
klik SINI untuk join 

New Year Giveaway by MF

Assalamualaikum & Hello.


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.

New Year Giveaway by MF

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Koleksi Novel

Assalamualaikum & Hello.
Haritu ada yang tanya parcel banyak banyak tu shopping online ke. Ehehe. Shopping novel online gitu. Mula mula beli sebuah aje novelnya tetiba tengok ada sales beli terus sampai lima buah. Beli dekat seller lain lain sebab tu sampai tiga parcel jadinya. Sampai hari hari abam pos laju singgah rumah hantar barang. Hahah. Nani pulak yang naik segan nak pergi ambik parcel dekat abang tu hah, dah lah tiap kali hantar orang yang sama πŸ˜‰ Tiga parcel berbeza tapi isi yang sama. Dulu masa tengah sibuk, memang tak ada masa pun nak baca novel apa semua. Bila dah free sekarang, hah semua novel rasa nak dibeli. Heheh. Ada orang tanya, tak rasa membazir ke beli novel banyak banyak? Kalau dah minat kan, semua sanggup ku korbankan πŸ˜†
Novel yang nipis tu dalam masa sehari aje dah boleh habiskan. Hahaha. Kalau cerita tu best lagi lah rasa tak sabar nak habiskan. Selalunya kalau sebelum beli Nani akan baca dulu review orang, kalau ramai yang cakap best baru lah beli. Kalau novel tu biasa biasa aje, Nani tak layan sangat. 
Koleksi novel dari dulu sampai sekarang. Ini pun dah ada orang pinjam tapi tak pandai pandai nak pulang. Huhu. Dulu Nani bagi je kalau orang nak pinjam novel, iya lah dengan harapan dia akan pulangkan balik. Ofcourse lah kita percayakan orang tu. Tiba tiba sampai ke sudah tak pulang. Sedih tau, beli guna duit sendiri lepas tu hilang macam tu aje. Sejak tu Nani jadi malas nak bagi orang pinjam lagi dah. Kadang tu ada yang sampai lunyai novel Nani jadinya. Walaupun novel tu baca untuk suka suka tapi ada jugak ilmu boleh ambik dalam tu, janganlah sesuka hati lunyaikan. Tambah pulak tu novel orang lain. Sekarang Nani keraskan hati, kalau nak pinjam memang tak bagi lagi dah. Korang minat baca novel tak? 

Keluarga Ceria

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa makan malam Family Day ada banyak lah aktiviti yang diorang buat. Macam biasa kalau ada cabutan bertuah, nama abah jarang jarang bertuah walaupun sekecil kecil hadiah. Hahah! Kiterang satu family mengharap gila dapat cabutan bertuah set sofa takpun Iphone tapi tak naik pulak nama abah πŸ˜†Biasalah kalau terlalu berharap memang jarang jarang dapat. Ekekeke. Tema malam tu pink & purple, ofcourse lah I choose purple kan instead of pink. Tapiii abah Nani pakai pink wuu. I was like seriously abah nak pakai pink? Hahahah! Sebab abah memang tak pernah langsung ada koleksi baju warna pink ni okeh. Demi makan malam Family Day ni hah sanggup abah beli kemeja pink baru. Semangat kan. Abah saya memang macam tu πŸ˜†

Tengah syok syok berborak tetiba speaker announce nama abah untuk ambil hadiah keluarga ceria. Lepas tu Nani pandang ibu, ibu pandang abah sebab memasing tak nak naik stage ambil hamper. Hahaha! Nani pun gelak gelak aje sebab macam tak percaya boleh dapat hadiah kategori keluarga ceria. Sekali spekaer cakap satu family kena naik atas stage ambil gambar. Phew! Malu berganda ganda Nani ni hah. Even tak dapat hadiah cabutan bertuah tapi untung jugaklah dapat hamper keluarga ceria ni hah. Boleh lah buat stok makan untuk sebulan. Gitu. 
Tak tahu siapa yang pilih family kiterang untuk dapat hamper ni. Tahun lepas pun dapat hamper jugak sempena keluarga ceria. Haaa memang terbuktilah keluarga saya ni ceria ceria orangnya. Awak tu janganlah risau sangat nak jadi sebahagian dari keluarga saya sebab semua ceria okeh. Hahahaha! 
My pillar of strength. Abah dengan ibu yang selalu jadi kekuatan, tulang belakang Nani selama ni. Kadang kadang sebab homesick atau rindu sangat, pernah okeh nangis nagis sebelum tido. Hahah! Dasaar cengeng sangat. Bila duduk jauh memang macam tu, benda benda simple pun kadang kadang boleh menangis. Pernah dulu, lepas cakap dengan abah tiba tiba air mata mengalir. Kau dah kenapa Nani? Hehehee. Selagi abah dengan ibu ada, hargailah kan sebab masih ada lagi orang yang akan doakan kita di atas muka bumi ni. Doa abah dengan ibu ni insha Allah antara doa yang tak ada hijab dan akan dimakbulkan Dia. Hargai mereka selagi ada 😊

Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX!
klik SINI untuk join

Suria Resort & Hotel di Cherating

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama sangat tangguh cerita pasal Family Day hari tu sampai dah berganti bulan pun. Hahah. Kali ni Family Day buat di Suria Resorts & Hotels dekat Cherating. Dah lama tak bercuti dekat kawasan pantai macam ni so teruja sangat okeh. Sampai sana dalam pukul satu macam tu, sempat lah rehat sekejap sebelum buat aktiviti sukaneka petang tu. Memula Nani ingat cuaca hujan, sebab masa tu memang area Terengganu dengan Kuantan hujan lebat tapi alhamdulillah cuaca elok sangat. Tak panas langsung sebab kawasan buat aktiviti sukaneka tu terlindung dengan pokok. So buat aktiviti sukaneka dalam keadaan redup sangatlah best. Sambil sambil tu dapat rasa sekali angin pantai. Syoknya lahai, rasa nak duduk sana terus pun ada. Ehehe πŸ˜†Tapi kali ni skip dulu cerita pasal sukaneka, jom tengok penginapan sepanjang dua hari Nani dekat sana. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Dapat aje kunci terus lelaju cari bilik. Haa teruja dia lain maciam sangat kann. Eheheh 😁
Suria Resort & Hotel di Cherating
Lagi teruja bilik check in tengok bilik menghadap pantai. Syoknya bergganda ganda oi. Buka aje tingkap menderu mederu angin pantai masuk. Tak payah pasang aircond pun tak apa dah. Rasa seronok gila dapat view macam ni dari bilik. Kalau hari hari macam ni memang nikmat. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tv dekat sini siap ada Astro lagi, I loikeee. Boleh lah jugak layan cerita yang best best kan, tak ada lah macam satu tempat hari tu Nani pergi hari tu, tv ada tapi siaran nan hado. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Bilik Nani ni tak luas mana pun cuma boleh lah memuatkan dua orang dalam satu bilik. So kalau travel dengan geng geng bujang boleh lah menginap dekat sini. Ada ruang pun kecil je muatlah untuk solat. Kalau datang dengan family boleh pilih bilik yang lebih luas. Ada jugak family room cuma tak berapa banyak, dalam 20 buah macam tu lah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Towel dengan toiletries semua ada, tapi macam biasa guna yang sendiri jugak. Heheh. 
Suria Resort & Hotel di Cherating

Suria Resort & Hotel di Cherating
Dah penat jenjalan tepi pantai boleh lah lepak dekat tepi kolam ni hah. 
Suria Resort & Hotel di Cherating
Tengok bebudak mandi kolam, rasa nak terjun sama. Hahah! Overall Nani puas hati dengan servis dekat sini. So kalau korang ke Cherating boleh lah menginap dekat Suria Resort ni hah, cumanya hotel ni agak ke dalam. Kalau nak senang gunalah Waze kan. Heheh. Dari hotel ni nak ke Kemaman dah tak jauh sangat so boleh lah kalau nak terus ke Terengganu pulak lepas tu kan. Gituu.

Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni sana sini bercakap pasal kuih keria gula melaka ni kan (termasuklah tuan tanah ni jugak) πŸ˜„ Kalau sebelum sebelum ni kuih keria gula melaka ni memang paling femes lah dekat Melaka sampai kan sanggup orang beratur panjang semata mata nak membeli. Nani haritu masa pergi Melaka ada jugaklah bercadang dalam kepala ni nak cari kuih keria yang femes tu tapi sebab ramai gilaa orang terus lah cancel kan niat yang satu tu. Nani bukanlah jenis orang yang sanggup nak berbaris panjang panjang tu hah. Salute lah siapa yang gigih sangat tu kan. Nani pun tak sure sangat sejak bila kuih keria gula melaka ni femes, tahu tahu aje dah merata rata orang jual. Bila bukak Instagram dengan Facebook pun bersepah sepah gambar kuih keria gula melaka ni hah.

Bila dah hari hari tengok haruslah tekak ni mengada ngada nak makan jugak. Nani pun tunjuk lah dekat ibu dengan harapan nak ajak ibu buat sama sama. Walaupun hakikatnya nanti ibu je yang buat, Nani ni makan boleh lah. Hahah. Dulu dah pernah buat kuih keria yang biasa tu tapi kelaut dalam jadinya. Nampak je okeh macam senang tapi hakikatnya kuih tradisional ni sangatlah payah nak buat. Sejak dari tu macam serik dah nak buat kuih tradisional. Heheh πŸ˜† Dalam tengah tunjuk dekat ibu kuih keria gula melaka ni tetiba makcik Nani dekat kampung hantar gambar yang dia buat. Phew! Teruslah hati ni meronta ronta nak balik kampung makan kuih keria gula melaka. Haaa dasyat sangat kan penangan kuih ni hah? 
Kuih Keria Gula Melaka
Tak jadi balik kampung pun tapi pakcik yang keluar hantarkan. Iya kampung Nani tu dekat sangat, dalam doploh minit macam tu sampai lah. Bila dah makan rasa nikmat sangat. Hahah! Masa tu keluar lah ayat "ohh macam ni rasa kuih keria gula melaka ni." Jadi terus lah cancel plan nak ajak ibu buat kurih keria gula melaka sebab makcik dah tolong buatkan. Hehehe. Mak cik Nani siap jual lagi sepuluh biji dalam lima ringgit kalau tak silap. Heheh. Laaaris okeh sampai tak cukup 😁
Kuih Keria Gula Melaka
Dulu Nani ingat kuih keria gula melaka ni guna ubi yang warna oren tu tapi rupanya guna ubi yang warna putih. Not bad la rasa dia. Setakat ni dah dua kali makan sampai rasa dah tak nak makan dah. Heheh. Sedap lah, sekarang ni rasanya merata rata dah orang jual jadi tak payah lah susah susah nak ke Melaka dah. Gituu. Tapi tak tahu lah sama ke tidak rasa dengan yang dekat Melaka sana. Nani ni pun tak berpeluang nak merasa jadi tak boleh nak bandingkan macam mana. Ha korang dah pernah makan kuih keria gula melaka ni? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page