Si Kembar Sayang

semalam sempat aku ke hospital tengok si kembar yang tak sihat lagi tu. yang abang alhamdulillah dah sihat sepenuhnya tapi si adik kena guna bantuan pernafasan lagi. rasanya dah tiga bulan si kembar tu berkampung dekat wad. doktor cakap kena tunggu alat bantuan pernafasan yang hospital bagi dulu baru boleh balik. paling awal pun dapat dalam sebulan dua. pehh. sebulan dua tu bukan sekejap okayy. hari tu doktor pernah cuba dia tak pakai oksigen tu tapi cuma bertahan tiga jam je :(


nazmi dan naufal :) even si naufal tu dah sihat tapi tetap kena duduk hospital teman adiknya nazmi. kalau bawak balik kang asyik menangis je bila ibu dia tak dek. budak kecik lagi kan. elehh kau dulu pun macam tu jugak Nani oii. hahahhaha :P


tu diaaaa. ala ala mama mithali gituuu. Hahahhaha :P
kekok oiii pegang baby. dah lama tak pegang gamaknya. ni dah besor sikit berani lah aku pegang kalau kecik kemetot baru lahir tu memang tak lah aku nak pegang. takut oihhh.

nazmi je yang nak dengan aku. baik je dengan aunt Haz dia. aiwahhhh. bila aku pegang abang dia pehhhh melalak habes. Hahahaha. apesal lah awak nangis sayang? sentap tau aunt dengar. ecececeh :P semoga cepat sembuh ye sayang. dah lama awak dekat hospital tu. nanti dah besar jadi anak yang soleh ye sayang :) ada masa lapang nanti bakal uncle dengan aunt Haz datang lagi ye lawat awak berdua.ewahhhh :P

lepas balik dari hospital semalam aku singgah makan KFC. hahaha. akhirnya tertunai hasrat di hati. alhamdulillah. tapinyaaa lepas tu bibir aku ada ulser.dah dua tiga hari aku rasa sakit tapi semalam baru nak tengok. erghh =,= aku tengok google ramai cakap letak garam. aku pun try lah letak semalam. sakit + ngilu sangat. nak nanges ghase. hahahha. ada petua lain tak selain letak garam untuk hilangkan ulser ni? tolong saya pleaseee T.T











Jalan Jalan Malam Bola

malam tadi lepas solat maghrib terus aku keluar. memang awal awal dah surrender tak nak tengok bola #HarimauMalaya.. nak cari pencuci muka + jalan jalan cari makan kekononnya. lenggang je aku jalan jalan.. ni mesti kes ramai yang serang stadium tengok bola. bertabahlah awak semua sebab kita tak menang. 


beli dua benda ni hah je. Hahahaha :P habis jugak lah dekat dua puloh hengget. sobsssss :(
lepas aku nak siap bayar tu tetiba aku nampak ada orang dok senyum senyum dekat aku dari jauh.aku ni dah lah rabun spek mata pulak tak bawak. jauh sekali nak pakai contact lens.erghhh =,= rupanyaa kawan sekolah dulu. Hahahaha.


sempat lagi selpie selpot dekat tengah tengah orang ramai tu.ada auntie pandang kitorang semacam. Hahahah. kenapa auntie???? lepas ni nak jadi orang Perak dah dia ikut abang. wehuuu. semoga berbahagia lah kamu Sarah (kanan) menjadi warga Perak :D

lepas tuu aku ingat nak pergi serbu KFC sebab tekak aku ni dah banyak hari gedik gedik nak makan KFC macam yang aku cerita dekat SINI. . fuhhhhhh. panjang pulak beraturnya. dah kenapa KFC ramai orang ni?? hehh. saje tau tak nak kasi aku pergi makan dekat situ. aku tak kesah sangat ak beratur tapi aku tengok ada orang buat event dalam tu. sah sah lah bisingkan. so tak dak privacy. malas masuk. wehuuu :P


so inilah makan malan kitaaa semalam. Hahahahah :P eskrem magnum pun bolehhh ^__^



sekarang magnum yang atas ni tengah femes tapiii aku nan hado duit nak makan yang macam atas ni hah. Hahahah :P takpee lain kali baru boleh makan yang macam ni. KFC tak dapat makan lagi jangan nak tambah list baru pulak Nani oiiii :P


selamat berhujung minggu. ^___^







Alahaii Cek Mek Molek

baru ni aku aku try buat kuih cek mek molek. Hahahaha. rasa macam mimpi pulak buat kuih tu. selama ni tahu makan je. sebenarnya perut lapar masa tu. musim hujan ni kan, aku dan dapur tak dapat dipisahkan. memang lapar aje kerjanya. buat kerja sikit makan. erghhhhh. Hahahaha :p mohon JANGAN gelakkan cek mek molek aku ni. Hahahahah :P


ampunkannlah kuih cek mek molek aku yang tak berapa nak molek bentuknya ni. aku ni bukan nya berseni sangat. bhahahahah :P

memula aku buat yang bentuk bujur tu. lepas tu aku rasa macam leceh dan lambat so aku buat bentuk bulat bulat. ambik kau dah rupa cekodok pisang aku tengok. Hahahah. mahu kena gelak kalau nenek aku tengok ni. tujuh hari tujuh malam nanti dia bercerita pasal aku buat cek mek molek macam cekodok..

biasa orang buat pakai ubi kayu  keledek kann? tapi versi aku ni guna ubi kentang. wohaaaaa. hujan hujan ni perasaan malas aku memang berganda. tak kuasa aku nak keluar semata mata nak cari ubi kayu. udah ler hujan pastu karang nak cari parking macam hape. heh. buang masa dalam kereta aje nanti. jadi guna lah ubi kentang. sedap jugak rasanyaa oi. *puji kuih sendiri. Hahahahha :P








Oiiiii KFC Oiiiii

tengah tengah duit berkepuk   ni lah KFC keluarkan macam macam makanan baru dia. adioshhhh.. stresss mak tengok tau. bhahahahha :P selama ni tengok iklan je so tak dek ah terliur sangat. tapi semalam kawan aku letak dekat instagram siap gedik gedik seru nama aku akhirnya aku kecundang. cehhh. poyo Nani ni. terliur habesss oihhh..


awak belanjaa saya yang atas ni pun jadilahh. hahahaha :P 
saya punya napsu nak makan tahap keronik doh ni.amboi kemahen lagi kan.hihihihi =,=


KFC sengaja keluarkan dekat timeline facebook aku gambor ni. erghhh mentang mentang duit tak berapa nak ada sekarang. nampak gayanya kena jugak melabur dekat KFC malam ni. lalalalala. ada dak yang dah makan KFC baru ni? sedap ke idok hah? please cakap tak sedap jimat duit aku malam ni tak payah pergi KFC. bhahahha :P kawan aku beria cakap sedap lah rugi lah aku tak pergi. heh. bab nak menjeleskan aku nombor satu.. mohon lah kau baca entri ni mak cik oii. Hahahaha :P

lepas ni kalau ada iklan KFC ke Domino's ke dan adik adik makanan segera dekat tv aku nak alih. tak nak dah tengok. bhahahha :p bajet remote tv dua puluh empat jam dekat tangan. 











17 Disember 2013

aku ingat lagi 17 disember tahun lepas aku balik rumah nenek aku dekat pahang. punyalah eksaited sangat nak balikkan sebab masa tu musim hujan. bila musim hujan rumah nenek aku memang sejuk gila tahap nak nak kena pakai stokin tido. bhahahaha..ngam ngam aku sampai rumah wan baru aku perasan yang aku tak bawak henpon. ohmaigaddd. henpon aku tertinggal dekat rumah. series aku nak meraung masa tu. sepupu aku nak sedapkan hati  aku dia cakap " tak pe lah lusa kau nak balik dah kan." okaylahhh. tiga di hari dekat kampung tanpa henpon boleh je hidup. hihihi :)

petang tu pulak pakcik aku balik dia cakap dekat jalan utama nak masuk kampung wan aku tu air dah melimpah atas jalan. kalau hujan tak berhenti memang banjirlah esok. aku yang tengah makan cekodok pisang masa tu rasa nak tercekik dengar. hahhaha. aku dah agak memang tak lepas nak balik kalau dah banjir. esoknya tu memang betul pun jalan tu dah tak boleh lalu sebab banjir. huwaaaaa. seminggu aku duduk rumah wan aku tanpa henpon. duduk saje saje padahal kerja aku belambak nak kena buat. sabar je lahh aku masa tu. mujur rumah wan ada astro.astrolah peneman hati aku yang gundah gulana masa aku dok teringat ke henpon aku.. bhahahha :P


sumber : abam google

kawasan banjir tu ada dua tempat sebenarnya. satu dekat jalan utama satu lagi depan sikit dari jalan utama.pak cik aku kata kalau nak balik boleh tapi kena naik perahu bayar RM 2. lepas naik perahu naik pulak motor bayar RM 1. lepas tu naik balik perahu bayar RM 2 semula. aku awal awal dah surrender tak nak. nak naik motor dengan entah sape sape.. perahu tu pulak bukannya yang macam dekat atas ni. hahahh. jangan tertipu pulak. :P kalau naik bot macam dekat The Mines nak lah aku. hahahha :P

masa hari ketujuh aku dekat rumah wan bila pak cik aku kata air dah surut aku terus masuk bilik kemas kemas barang. hahahha. memang jelas terserlah keinginan aku nak balik. sampai makan nasi tiga empat suap je. iyalah even air tu dah surut hujan tu tak berhenti lagi. buatnya air tu naik semula tak ke naya aku?? kerja yang dah bertangguh seminggu tak adonyaaa orang nak nolong. sampai je rumah henpon yang aku cari dulu. belambak missed call dengan mesej. hahahha. semua orang rindu akuu sebab seminggu hilang tanpa berita. sejak tu aku dah serik nak balik kampung bila musim hujan. sebab tu awal awal hari tu aku dah balik. ngeeee :) ni lah pengalaman pertama aku terkandas banjir. huhuhu.. korang pernah jadi mangsa banjir???















[Giveaway] Hello from Canada

jom sama sama join Giveway ni sementara masa masih ada ^__^
klik SINI untuk join 


Apakah URL blog Dooodles of Life?
herlifemanual007.blogspot.com






Rezeki Berjiran


alhamdulillah semalam jiran sebelah ni bagi puding. ya allah sedapnya puding kakak sebelah ni buat. tetiba rasa nak pergi ketuk pintu dia nak tanya resipi. bhahahha :P kakak sebelah ni kerja dekat hotel sebenarnya. dekat situ lah kot dia belajar buat puding ni semuaa :)


#RezekiBerjiran


kalau aku yang buat gamaknya tak jadi puding macam  yang atas. agar agar sirap je yang aku reti setakat ni. hahahha. dashat betul kann. hari tu try buat puding roti. keras oihh. nanti ada masa aku cerita pasal puding roti yang tak menjadi tu. =,=  kau bayangkan aku buat puding roti tapi nya roti tu sebijik sedebuk dalam pinggan aku. dia tak tenggelam pun :(








Kisah Pizza yang Memalukan

disebabkan jari aku yang sakit ni makanya semalam aku keluar lah pergi pasar malam nak cari makanan sikit.dah lama sebenarnya aku tak pergi pasar malam tu sebab tak dek apa sangat pun nak cari. jalan punya jalan rupanya dah habis satu pasar malam aku pusing.. tapi satu makanan pun tak beli lagi. aiyoooo. buang masa betul Nani ni.. last sekali aku decide nak beli pizza je dua keping lima hengget. balik rumah tengok iklan Domino's boleh dapatkan pizza serendah RM5 jugak. aigoshh.. nyesal pulak tak pergi Domino's. T.T


mula mula aku tunjuk dekat orang jual tu yang dekat atas ni. lepas tu aku nampak ada pizza yang banyak gila cheese atas dia. OMG!! nampak sedap gilaaa. aku pun cakaplah aku nak yang banyak cheese tu. alik alik dia cakap gini dekat aku " yang tu tak bakar lagi, kalau awak nak tunggu bolehlah." muahahhaha :P malu bak hang. aku nampak dia tersengih pandang aku. cehh, tahulah nak gelakkan aku tu. nyampahh betul.aku pun buat tak tahu je bila dia cakap gitu. MALU tahap keronik doh aku masa tu.

lepas pergi pasar malam semalam aku singgah rumah mak cik aku kejap sebab nak cari aloevera. sebab datang pun malam maka mengagau lah aku cari aloevera dalam gelap tu. masa siang tak nak datang kann. erghhh =,= alhamdulillah hari ni jari dah tahan sikit peritnya lepas sapu lendir aloevera tu. terima kasih blogger Yaya Natsumi bagi tips suruh kita sapu lendir tu.. hari ni dah tak payah bungkus bungkus jari dah. weeeee ^__^




Tak Pernah Kena


semalam aku nak tutup tingkap dapur lepas tu tolak punya tolak ambik kau terbelah dua tingkap tu hoii. Allah. aku pandang tingkap silih berganti dengan jari aku. rupanya dua jari aku luka + terkoyak. peritnya lahaiii aku rasa. nak menangis tahuu  mengalir jugaklah akhirnya air mata aku.. ngeri betul. sebelum sebelum ni tak pernah pun aku nak tutup tingkap tu entah macam mana semalam boleh pulak aku nak tutup. nasib jari manis tak kena kalau tak kempunan bakal mak mentua aku nak sarung cincin esok lusa tak dapat. bhahahah :P



mujur kena tangan kiri kalau tak haru jugak nak buat kerja. memang diuji betul. tak pernah sepanjang hidup ni aku kena macam ni. alhamdulillah tak teruk. aku menangis tadi bukan apa sebab darah yang mengalir tu banyak. mula mula aku boleh buat cool lagi bila aku tengok dia makin banyak lama lama aku pun jadi cuak. makanya air mata pun mengalir lah sebanyak darah yang keluar. hahahha :P 

aku ambik minyak gamat dengan kapas taruk dekat jari. darah dah tak keluar tapi rasa perit tu masih ada. bukan apa perit sebab kulit tu terkoyakkan.. Allah uji aku tanda Dia sayang :) sakit itu kan kifarah dosa :)











Resipi : Tart Nutella Bahagiaaa


Resepi Tart Nutella 


kenapa aku letak nama tart nutella bahagiaa? sebab aku tengah bahagia sekarang. hahaha. makanya kalau perasaan ekau sekarang terluka ke kecewa ke derita ke letak lahh perasaan korang dekat belakang tu.tapi aku rasa takdak orang tengah kecewa pergi dapur memasak. kalau melalak ada.hahaha :P

Bahan Bahan 

> gula
> butter/ planta / yang seangkatan dengannya
> tepung gandum
> telur sebiji 
> nutella
> esen vanilla  * aku tak letak sebab duit aku dah kopak beli nutella + harga pulak mahal mahal sekarang. hahah. berkira benau kannn :P

aku mintak maaf yek kalau gambar macam kabur sikit sikit sebab iphone 6 aku jatuh masuk longkang. hahha. kamera henpon kedai dua ringgit je yang aku hadoo :P


Cara Caranya : 

mula mula masukkan butter + gula + telur dalam mixer. kalau tak dek mixer senduk pun boleh pakai. tapi tangan cramp lah gamaknya lepas tu. bila dah sebati adunan akan jadi macam dekat bawah :)
* pastikan gula tu hancur yee :)
Resipi : Tart Nutella

lepas tu masukkan tepung sikit sikit & uli sampai jadi doh. tepung jangan kau pergi letak banyak sangat nanti keras pulak adunan tu. agak agaklah ye. aku ni tak pakai sukat pun. semua ikut firasat aku :)
Resipi : Tart Nutella

dah siap jadi doh barulah letak dalam acuan. pastikan acuan tu sapu butter dulu. kalau tak karang tak keluar pulak tart korang bila dah masak. stghess pulak masa tu. hahah :P jangan buat tebal tebal sangat nanti tak sedap. buat nipis nipis je barulah masa makan tu bunyi dia macam makan keropok. wohaaa :p
Resipi : Tart Nutella

kemudian bakarlah dalam oven. pemanggang ajaib pun bolehh :) masa membakar? aku buat dalam 20 minit ,suhu dalam 80 darjah. agakagak lah yek. resipi aku semua main agak agak :) masa nak keluarkan dari acuan tunggu tart ni sejuk dulu. lepas tu cungkil sikit dengan garfu dekat hujung supaya tart tu dapat dikeluarkan dengan mudah.
Resipi : Tart Nutella
maka yang atas inilah hasil tart nutella bahagia walaupun kawan aku cakap aku sapu nutella tu macam hati tengah berkecamuk. bhahahhaha :P abaikann nutella tu. :P filling tu ikutlah nak guna nutella atau tak. macam aku yang malas tahap cipan nak buat jem sendiri ni aku guna nutella. kalau awak semua rajin buatlah stoberi ke cheese ke. terpulang pada masing masing ^_^

Resipi : Tart Nutella
yang ni pulak sape buat? wiwiwi. ni kawan aku dengan kakak dia buat.. lawa jee dia letak nutella. hahah. jiwa tak berkecamuk macam aku gamaknyaa. hahah. kakak kawan aku ni dia menerima tempahan tart nutella & creame puff ni. korang boleh tengok dekat instagram thebakerygirls  atau punn mesej / wassup 017-9440866 (diha) untuk tempahan. sesuai dimakan pada waktu petang  atau bila bila masa dan di mana juaaa. wohaaa. ^___^

selamat mencuba buat tart nutella bahagia. kalau tak paham lagi boleh pm aku dekat facebook.










Eh dapat percumaaa???


semalam aku masuk seven eleven cadangnya nak beli nutella je sebab nak buat tart nutella kann. alih alih terpadangkan cokelat cardbury.. aku pun sebab dah lama tak makan coklat ambiklah satu. masuk seven eleven beli dua benda tu je. harharhar. dah lah nak cari parking susah area tu. tskkkk..


#CardburyCeria

masa aku nak bayar dekat kaunter tetiba pekerja seven eleven tu cakap "cik, cardbury ni beli satu percuma satu. cik ambiklah satu lagi?" aku pandang laki ni. entah ye ke tidak.dia perasan kot aku was was gitu. pastu dia cakap lagi "betul cik saya tak tipu." pehhhh. buat drama betul dengan pekerja tu semalam . hahaha. 

aku masuk beli nutella dengan carbury buy one free one ni je pun totalnya RM 16.50. rasa berat tangan aku nak keluarkan duit semalam. hahaha. apesall mahal sangat. nak nanges tau bayar. hahaha. akan datang lagi mahal gamaknya barang T.T aku tak sure lah dekat tempat lain ada ke tak cardbury percuma ni. cuba lah korang usha usha yee :)






Resipi : Sambal Hitam Pahang


Resepi Sambal Hitam Pahang 


hari ni aku nak kongsi sikit resipi sambal hitam. wiwiwi.. aku selalu tengok ibu buat dekat rumah. jeling jeling sikit lah macam mana nak buatkan. ni asyik makan je.. hahahah :P baiklah, bahan bahan yang kita perlukan tak banyak pun sebenarnya. tengok bawah yee :)

Bahan Bahan


> lada semestinyaaa
> ikan bilis yang ditumbuk( jangan blender pulak ye nanti lumat sangat jadinya)
> belimbing buluh yang dah direbus
> garam ( wajib )


err.kalau tak tahu rupa belimbing bulu tu macam mana boleh tanya abam google okayy. aku tak sempat nak tolong carikan.. heeee. :D

Cara Caranya : 


> panaskan minyak macam biasa lpas tu masukkanlah lada yang sudah siap diblender bersama bawang
> lepas tu barulah letak ikan bilis + belimbing buluh + garam secukup rasa.
lepas tuu nak buat apa Nani? sabar yee kakak abang semuaa. hahaha. lepas tu tunggulah sambal hitam tu masak. kalau ibu aku selalu buat sambal tu tak kering sangat dan tak basah sangat. sedang sedang elok.
senang kan nak buat ^__^

Sambal Hitam Pahang

macam inilah rupanyaa. pernah makan? 

kalau makan sambal hitam ni dengan nasi panas panas + ikan pekasam goreng ke ayam goreng ke atau apa apa je lah memang sedappp :) cubalah buat sendiri mana tahu menjadi. semudah ABC nak buat sambal hitam pahang ni ^___^













GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM


hari last giveaway barulah terkedek kedek nak masuk. hahaha. jom sama sama join :)






Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..





Laksa Penang Terbaikkk

mintak maaf  kepada sesiapa yang sedang mengidam, terliur, atau teringin nak makan laksa tahap dewa sebab aku tayang gambar dekat bawah ni. ampunkan tuan hamba dehhh :)


aku dah lama nak makan laksa penang ni sebenanrnya. tapi sebab ibu sibuk sikit lately so tak sempat nak buat untuk penuhi permintaan tekak aku ni hah. hahha :) so hari semalam ibu masaklah. weeee. suka betul dapat makan laksa. sejak aku ada balik ni macam macam pulak ibu masak. terima kasih ibu :D

ibu tak minat sangat beli dekat kedai sebab jarang jarang jumpa yang betul betul ikut citarasa kita kan. pernah tu aku beli kuah cair lah, itu lah inilah. ada je yang tak kena dengan tekak ni. yang selalu kena dengan tekak mestilah air tangan ibu kannn :) makan lah masakan chef mana pun air tangan ibu tetap yang paling sedap ^__^ betul kann ? 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page