Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Ada yang bercuti lagi ke hari ni? Mana lah tahu kot ada yang ambil extra cuti ke kan. Macam biasa, bila cuti panjang sikit ni mesti masing masing ambil peluang nak berjalan atau pun balik kampung. Iye tak kira lah musim perayaan mana sekali pun tak pernah lagi tak ada issue jalan jammed. Nani memang dah ada dekat Pahang, so kali ni tak merasa lah hadap jammed tu. Seksaaa betul rasa kalau stuck dalam jammed ni, semua rasa tak kena lah. Hahah! Ada ke yang sangkut dalam jammed baru ni? Kali ni balik, memang cari juga masa jumpa kawan kawan & melawat family dekat kampung. Aktiviti wajib setiap kali balik  Pahang. Nani dulu sekolah rendah dengan sekolah menengah memang dekat Pahang, sebab tu ramai kawan area sini. Bila dapat tawaran asasi baru lah berhijrah keluar dari Pahang sampai lah sekarang ni pun. Dah rezeki kita di negeri orang, nak buat macam mana kan. Itu yang awal awal dulu bila nak balik aje ke tempat belajar, mesti syahdu semacam sebab nya tak pernah duduk jauh. Eh sekarang pun sama lagi rasanya. Hahaha! 
Bila cuti memang sinonim sangat dengan kenduri kahwin. Macam biasa, bila ada invitation kenduri kahwin memang laju kita pergi. Hahah! Bukan apa, sambil sambil tu boleh lah jumpa dengan geng geng sekolah dulu. Ini kawan sejak dari sekolah rendah lagi, kemain lama kan. Kadang kadang rasa macam tak sangka juga boleh berkawan sampai lama macam ni. Setiap kali balik Pahang, ada lah beberapa muka yang memang wajib jumpa. Banyak betul kaaan catch up session yang dia nak buat. Hahah! Jumpa depan depan lagi seronok daripada berborak dekat WhatsApp. 
Daaan misi yang paling utama; spent time dengan the whole family. Cuti macam ni aje lah boleh nampak semua orang dekat rumah. Heheh. Kalau masa lain tu susah lah nak nampak muka semua orang dekat rumah. Benda paling best sekali, of course buat ayam bakar.
Bahan bahan nak perap ayam ni simple aje - kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, ketumbar, kunyit serbuk, garam, gula dan madu. Simple aje lepas tu hah perap lah lama mana pun yang korang nak. Hahah! Lagi lama kita perapkan ayam tu lagi sedap tau. Kalau nak bakar malam, eloknya pagi tu dah start perap ayam tu. 
Paling fav bakar ayam guna arang macam ni, pada Nani lagi sedap bakar macam ni compare dengan bakar atas kuali ajaib. Heheh. Cuma yang tak tahan tu nak tunggu ayam siap bakar lah, boleh tahan ye panas dia dengan bau asap lagi. Hahah! Semestinya bukan Nani lah yang bakar ayam hari tu, abah yang buat. Kita tolong ambil gambar aje, eh dasar sangat Nani. Memang cuti Chinese New Year baru ni habiskan masa dekat rumah aje. Berehat puas puas sambil buat catch up session dengan kawan kawan lama. Memang tak ada berjalan ke mana sangat pun, tambah tambah pula musim virus ni hah. Jaga diri okay, kalau boleh elakkan pergi ke tempat yang ramai sangat orang. Korang pula ke mana cuti Tahu Baru Cina baru ni? 

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi simple yang korang boleh try buat dekat rumah. Tapi rasanya ramai dah yang tahu Resepi Sambal Tumis Udang ni kan, cuma mungkin cara atau ada bahan bahan yang lain sikit. Masak sambal ni memang antara fav jugaklah, hari hari buat masak sambal pun tak ada hal. Hahah! Nasi panas panas dengan lauk sambal tumis gini memang ngam habis. Tak payah ada lauk lain pun tak apa dah. Iye, memang sejenis yang suka makan pedas pedas. Kalau tak pedas tu, mula lah rasa macam tak kena. Bahan bahan yang diperlukan untuk buat Sambal Tumis Udang Petai ni simple aje - bawang besar (dikisar), cili kering (dikisar), bawang holland (potong bulat), udang, petai (optional), minyak untuk menumis dan semestinya gula garam secukup rasa. Kalau tak nak letak petai tu pun tak apa sebab ada sesetengah orang tak makan kan. Selain daripada udang, boleh juga ganti kan dengan sotong. Macam Nani kalau buat sambal tumis memang tak letak belacan sebab tak suka. Apa apa pun, masak ni kena ikut citarasa dan selera masing masing okay! Kena selalu try and error sampai lah sedap ikut tekak kita. Agittew! 
Resepi Sambal Tumis Udang Petai
Cara caranya pun mudah jugak - mula mula macam biasa lah kena tumiskan bawang besar dan cili kering yang kita dah kisar tadi. Tumis sampai cili betul betul garing kemudian masukkan gula sikit aje untuk bagi sambal tu cantik warna nya dan garam secukup rasa. Nani tak suka jugak kalau sambal ada rasa manis, so letak sikit aje - tak sampai satu sudu besar pun. Bila sambal tu dah agak garing, masukkan udang dan petai. Kacau sehingga sebati, lepas tu baru lah masukkan bawang holland. 
Ada sesetengah orang bila masak sambal, letak air asam jawa tak pun asam keping tapi untuk sambal tumis udang ni memang Nani tak letak. Tips untuk dapatkan sambal yang cantik merah macam ni tumis tu kena lama tau. Minyak pun kena banyak. So bila masak sambal ni memang kena bawa bersabar sebab lama nak tunggu cili tu betul betul garing. 
Resepi Sambal Tumis Udang Petai
Yass dah siapp. Itu aje resepi nya - cuma memerlukan kerajinan aje nak memasak. Hahaha! Ini kalau beli dekat kedai, berapa ekor aje udang boleh dapat so nak sedap, kena lah buat sendiri. Udang pun besar, puas hati okay makan. Resepi ni memang Nani guna untuk buat sambal tumis udang atau sotong aje. Kalau macam nak buat sambal ikan atau sambal ayam, lain pulak caranya walaupun nampak macam sama. Ada dua tiga jenis bahan lain yang akan Nani tambah kalau buat sambal ikan atau ayam. Next time kalau ada masa Nani share dengan korang okay! Untuk yang baru berjinak jinak nak try buat Sambal Tumis Udang Petai, boleh guna kan resepi Nani ni okay. Selamat mencuba! Korang punya style masak sambal pulak macam mana? Cuba share sikit dengan Nani dekat bawah!

Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Semalam meriah okay timeline social media pasal e-Tunai Rakyat ni hah. Masing masing update cara nak tebus duit RM30 tu. Macam biasa, bab bab duit ni kita memang laju. Hahah! Hei 30 ringgit pun jadi lah, lepas juga nak pergi beli  Mcd ke Tealive ke. Eh? Hah korang dah tebus ke belum tu? Actually, ada banyak aje eWallet yang kita boleh buat penebusan e-Tunai Rakyat ni. Antaranya melalui aplikasi Grab, Boost dan juga TnG. Ramai yang cakap lagi berbaloi guna app TnG sebab nanti dapat bonus lagi RM30 so total semua sekali RM60. Nani ternampak pasal ni sebab ada yang share dekat Twitter tapi tak sure lah macam mana cara nya untuk dapatkan bonus lagi RM30 tu sebab Nani pun tebus guna app Grab. Rasanya memang ramai yang layak untuk dapatkan e-Tunai Rakyat ni sebab syaratnya pun sikit aje. Asalkan umur atas 18 tahun dan pendapatan tahunan bawah daripada 100k hah boleh lah minta. Paling penting kena lah ada salah satu aplikasi eWallet tu yang kita install dekat dalam phone. Gittew! 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
 Walaupun kita ada sampai tiga akaun eWallet sekali pun, nanti duit tu akan masuk dekat salah satu akaun aje tau. So apply lah ikut akaun eWallet yang korang suka. Heheh. Macam Nani, memang app Grab lah yang jadi pilihan sebab nya app tu aje yang selalu guna. Kadang kadang tu dalam seminggu sampai dua tiga kali order makanan thru Grab Food. Heheh. Bukan apa, sambil sambil tu nak collect point sekali. 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
Macam Nani memang dah pernah guna app Grab Pay ni, so tak ada masalah untuk verification. Cuma semalam kena selfie aje dekat ic sendiri, lepas tu settle. Ingatkan ambil masa dua ke tiga hari untuk duit masuk ke dalam akaun eWallet tapi rupanya sekejap aje. Nani buat pagi semalam, tengah hari tu duit dah masuk dah dalam akaun. Cepat pulak sebab tengok orang lain ada yang kena tunggu sampai ke lima hari. 
Tebus e-Tunai Rakyat Melalui Aplikasi eWallet
Ini pulak sebahagian daripada reward yang Grab offer lepas dah dapat e-Tunai Rakyat tu. Kalau korang tak sempat nak claim lagi, boleh lah buat terus okay lepas ni. Mudah sangat cara nak claim duit tu, follow aje step yang dia suruh. Duit yang kita dapat tu boleh lah guna sampai 14 March 2020. Elok aje duit tu masuk dalam eWallet, kemain banyak Grab ni bagi promo. Kalau sebelum ni, jarang ye nak dapat promo dari Grab. Hahah! Ini siap ada RM5 off bila guna Grab Car. Yass memang akan manfaatkan sepenuhnya lah promo yang ada dekat app Grab ni. Hahah! Nani selalunya guna promo untuk Grab Food or Grab Car aje, boleh lah jimat juga sikit sikit kan. Heheh. Korang pulak dah terima ke belum e-Tunai Rakyat ni? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page