Tauhu Bergedil Lagi

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Sihat ke tak tu, ke ada yang tengah Monday blues? Heheh. Musim musim jerebu sekarang ni, memang kena jaga diri tu lebih sikit daripada biasa. Semalam dekat area Gombak ni macam dah berkurang sikit jerebu tu tapi still lah kena 'kuarantin' kan diri tak keluar ke mana mana. Iye sampai naik bosan jugaklah asyik menghadap phone, tengok movie dekat Netflix & scroll social media. Hahah! Selalunya tu panjang aje langkah pergi berjalan tapi sejak jerebu ni memang tak ada nya lah nak keluar berjalan sangat. Hari tu Nani keluar pergi event Keretapi Sarong tu pun dah rasa lain macam lepas balik tu. So, please take care of yourself okay especially kalau korang tinggal dekat area yang bacaan IPU still lagi tinggi. Macam biasa, bila seharian melepak dekat bilik, memang kerja nya asyik makan aje memanjang. Hahah! Rasanya minggu lepas paling banyak ye guna Grab Food & Food Panda, lagi pun masa tu ada promo itu yang rasa macam tak rugi pun beli. Gittew! 
 Tapi semalam kita tak guna lah dah servis Grab Food & Food Panda, jemu jugaklah kalau asyik makan benda yang sama kan. So, semalam kita order tauhu bergedil pulak. Sejenis teringin tapi malas nak buat sendiri. Hahah! Paling senang kita order lah kan. Kali ni beli yang 20pcs terus, ini pun Nani share dengan kawan kawan sama. Jenuh lah kalau sorang nak makan sampai 20pcs, amboi sangat kan. Hahaha! 
 Nani actually first time order tauhu bergedil dengan orang ni & serious sedap gila wei. Isi dalam tu mampat & penuh sangat okay, memang tak kedekut langsung lah. Puas hati makan tauhu bergedil yang isi penuh macam ni. Semoga makin murah rezeki orang yang menjual macam ni. Satu box ni ada 20pcs, RM 25 aje termasuk charge penghantaran. Pada Nani, memang murah jugaklah harga tu sebab Nani pernah jumpa yang charge penghantaran aje RM11, harga tauhu pulak RM 13 untuk 10pcs. 
Memang Nani recommend lah untuk korang beli tauhu bergedil ni. Kalau rasa banyak satu pack ni, boleh lah share dengan kawan kawan jugak. Memang confirm tak menyesal, sambal kicap pun padu! Tauhu bergedil ni pun bukan jenis yang berminyak sangat, memang sedap lah makan tu. Tauhu pun gemuk kemain, makan dua ketul pun dah kenyang rasa. Hahah! Kalau korang nak beli, korang boleh check it out Instagram, hangryby.aa atau pun boleh WhatsApp (01139118901). Ini bukan review ke apa tau, memang Nani nak share sebab sedaap! Selain yang tauhu bergedil bambam tu, Nani approved this one! Nani tak sure dia cover area mana lagi, tapi kalau sekitar Gombak ni memang ada lah dia buat delivery. Jangan lupa try tau korang! Hiks :)

Jerebu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni makin teruk pulak keadaan jerebu dekat sekitar Kuala Lumpur & Selangor ni. Memang sekarang ni kalau tengok dekat luar, nampak 'berkabus' semacam. Dekat semenanjung pun dah macam ni, apatah lagi yang dekat Sarawak sana. Semalam Nani saja lah nak check bacaan IPU, rupanya dekat area sini dah dalam tahap tidak sihat. Make sure korang jaga kesihatan masing - masing okay! Tapi itu lah, kadang kadang kalau dah ada kerja dekat kawasan luar tu memang tak boleh nak elak kan. Serious semalam Nani banyak kerja kerja dekat kawasan terbuka, balik tu hah rasa pening kepala & berair aje mata. Haih, harap harap tak jadi makin teruklah jerebu ni. Seksa sangat rasa hidup udara yang tak sihat & bersih ni. Duduk dalam rumah pun sama jugak, kalau buka air purifier tu memang asyik keluar colour merah aje, punya lah tak sihat cuaca dekat luar sana. So, seboleh mungkin cuba lah avoid untuk berada di luar kawasan rumah atau bangunan, nanti kang elok elok tengah sihat tiba tiba dapat sakit pulak. 
 Ini yang Nani check malam tadi. Banyak sangat sangat tempat yang warna kuning tu dekat Kuala Lumpur & Selangor. Harap harap tak ada lah melarat sampai ke tahap yang lain. Kalau kita sendiri pun dah rasa seksa dengan jerebu ni, apatah lagi budak budak kecil. Dekat Sarawak sana pun banyak dah sekolah sekolah yang terpaksa tutup. Oh ye, kalau korang nak check jugakbacaan IPU dekat area korang, boleh klik dekat APIMS ni hah. Dia orang akan update setiap masa biasanya untuk rujukan orang awam.  
Ini sedikit tips lah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Penting okay untuk follow semua tips macam ni bila musim jerebu. Make sure minum air masak banyak banyak & kalau ada aktiviti di kawasan luar jangan lupa tau untuk pakai face mask. Nani sekarang ni sampai satu tahap tingkap bilik pun tak nak buka sebab rasa macam makin pedih mata & berair. So please jaga diri masing - masing dan kurangkan semua aktiviti luar yang korang dah plan. Weekend ni cuti panjang kan, so make sure banyakkan aktiviti 'indoor' supaya tak terdedah dengan cuaca yang tak sihat dekat luar sana. Kalau rasa macam dah lain sangat badan tu, cepat cepat dapatkan rawatan. Stay safe everyone! 

Resepi Yorkshire Pudding Simple

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Kisahnya hari tu Nani ada tengok dekat Youtube recipe Yorkshire Pudding ni & nampak sedap sangat okay. Masa tu memang dah terdetik nak try buat sendiri sebab resepi tersangat lah mudah. Bahan bahan pun tak banyak (empat bahan aje okay) tapi tu lah kalau malas memang satu apa pun tak jalan. Sudahnya berbulan bulan juga lah peram resepi ni dekat dalam phone. Hahah! Baru ni bila mood rajin tu ada, gigih lah buat. Kita try and error lah resepi resepi baru macam ni kan. Actually, Nani ikut resepi Jamie Oliver dekat Youtube. Korang pun boleh lah refer dekat situ kalau nak tengok. Nani memang tak pernah makan pun yorkshire pudding sebelum ni tapi bila tengok dalam video tu nampak sedap & lembut sangat, itu yang nak juga try buat. Sejenis yang mudah terpengaruh macam tu lah. Hahah! Mula mula tu nervous juga lah nak masak sebab takut tak jadi sama yang macam dalam video. Sekali, eh elok pulak kejadian yorkshire pudding Nani tu. Tak sangkaaa! So, kalau korang pun nak try buat yorkshire pudding boleh tengok resepi yang Nani share dekat bawah ni okay! 
 Ini lah rupa Yorkshire Pudding versi Nani. Lembut ya amat tau korang! Cuma nya saiz aje tak sama sebab  Nani tak pandai nak agak nak letak banyak mana. Tak apa lah, asalkan ada rupa macam yorkshire pudding tu okay lah kan? Nani buat sikit aje hari tu sebab takut tak jadi nak buat banyak banyak terus. Hahah! Kita buatlah dalam empat ketul aje lepas tu eh tak cukup pulak dah. Malam tu repeat lagi sekali buat yorkshire pudding. Nasib baik lah senang aje resepinya, boleh lah kita repeat dua tiga kali buat. 
 Ini lah empat jenis bahan yang Nani cakap tadi (minyak masak, tepung gandum, telur sebiji & susu full cream). Sebenarnya tepung tu guna dalam tiga ke empat sudu macam tu aje & susu tu full cream tu pulak Nani guna dalam suku kotak. Tapi kalau korang nak buat banyak, lebihkan lah semua bahan bahan ni okay! Agak agak aje ikut instinct masing masing. Heheh. 
 Sebelum nak mulakan apa apa, make sure korang ada acuan yang orang selalu guna untuk buat kek ni. Nani beli dekat Mr. DIY aje dalam RM 5.90 macam tu. First step yang kita kena buat, tuangkan minyak dalam acuan tu. Jangan banyak sangat tau, sikit aje. Lepas tu masukkan dalam oven selama 10 minit dengan suhu 190 darjah. Hari tu Nani buat 15 minit, berasap hoi oven. Hahhaa! So, korang buat 10 minit aje okay! 
 Sementara nak tunggu minyak kita tu panas, boleh lah pukul telur sehingga kembang. Nani guna whisk aje senang. Lagi pun kita nak buat sikit aje, kalau banyak tu mungkin boleh lah nak guna mixer. Bila telur dah kembang masukkan susu full cream tadi suku kotak dan jugak tepung gandum dalam tiga ke empat sudu. Lepas tu kacau lah bahan bahan tadi sampai sebati & make sure tepung tu tak berketul ketul tau. Kalau korang risau ada tepung yang tak hancur, boleh tapis dulu nanti. 
Kemudian, minyak yang kita dah panaskan selama 10 minit tu keluarkan lah dari oven & korang kena terus tuang bahan bahan tadi dalam acuan ni. Kalau korang nampak dekat area tepi tu dah mula nak garing. Lepas tu masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit dengan suhu 190 darjah & done! Ikutkan resepi asal 25 minit tau tapi Nani hari tu 15 minit pun dah okay. Rasanya depends on jenis oven jugak Nani rasa. Nanti korang check lah okay, kalau nampak macam dah garing tu hah boleh lah keluarkan. Tapi jangan buka pulak oven untuk tengok tu, nanti kang tak naik kembang pulak yorkshire pudding ni. Korang tengok lah dari cermin oven tu aje tau. 
Nani hari tu makan yorkshire pudding ni dengan sosej goreng & kacang panggang dalam tin tu aje. Terus lah fefeeling macam makan breakfast dekat hotel padahal buat sendiri aje tu. Hahaha! Sedap sangat okay! Yorkshire pudding ni lembut sangat sangat, memang wajib lah korang try jugak buat. Simple aje ni, confirm menjadi nanti. Heheh. Ada jugak yang makan yorkshire pudding ni dengan beef steak or chicken chop. Next time boleh lah try pulak. Tapi makan kosong macam tu aje pun dah sedap sangat. Serious resepi ni senang sangat nak buat, tak sampai setengah jam korang dah boleh makan. Hahah! Jangan lupa try tau nanti. Till then, bye korang! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page