Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak yang dekat sini yang tak pandai berenang macam Nani? Hahaha! Nani ni dari dulu lagi memang dah ada niat nak belajar berenang ni tapi itu lah tak jumpa jumpa lagi tempat yang sesuai dan muslimah friendly. Kadang kadang tu dah ada yang muslimah friendly tapi jauh pulak dari tempat Nani, so tak boleh lah nak pergi. Tapi lepas ni dah tak payah risau lagi dah, sebabnya Nani dah jumpa salah satu kelas renang yang dekat dengan tempat Nani iaitu Swim Rush - Swimming Academy. Yaayyyy! Lepas ni boleh lah ajak kawan kawan Nani join sekali sebabnya Swim Rush ni ada cawangan dekat Batu Caves. Memang dekat sangatlah dengan Nani yang duduk dekat Gombak ni hah. Banyak lagi tau cawangan Swim Rush ni, nanti korang boleh check it out dekat bawah! So tak ada alasan lagi dah lepas ni tak pandai nak berenang ke apa. Dah ada kelas renang yang dekat ni, kalau tak pergi lagi memang rugi lah kan. Korang tu, tak nak ke join kelas renang macam Nani jugak ehehe. Jom baca apa kelebihan Swim Rush Academy ni berbanding dengan yang lain. Mana tahu kot kot lepas ni korang pun nak pergi jugak. 
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Nani faham sangat kadang kadang kita ni busy dengan macam macam komitmen sampai tak ada masa nak pergi kelas kelas macam ni. Tapi korang jangan lah risau, dekat Swim Rush ni dia orang ada menyediakan kelas renang untuk perempuan dewasa dan kanak kanak selepas waktu bekerja. Kiranya kita boleh lah pergi bila bila waktu yang kita available. Hah gitu. Swim Rush Academy ni memang fokuskan untuk perempuan dewasa & kanak kanak tau, dan hanya di cawangan Batu Caves aje yang ada kelas renang untuk lelaki. Gittew!
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Kalau korang dekat sini ada yang berminat nak hantar anak anak ke Swim Rush Academy ni pun boleh tau. Seawal usia lima tahun pun dah boleh hantar anak untuk belajar renang ni. Dekat sini dia orang bukan aje akan ajar teknik yang asas macam breastroke, freestyle, backstroke dan butterfly tapi dia orang jugak memfokuskan water confidence program & jugak water survival skills. Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Macam yang Nani bagi tahu tadi, Swim Rush Academy ni ada empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Korang boleh refer jadual dekat atas ni tau waktu operasi untuk setiap cawangan. Waktu berbeza beza, jangan tersilap tengok pulak. Heheh. Tapi kalau korang tetap jugak tak available ikut waktu dekat atas ni, korang boleh jugak request untuk Private Class, iaitu Home to Home Basis yang mana coach tu sendiri akan datang ajar dekat rumah kita. Paling best sekali, tak ada pun transportation fee yang akan dikenakan. 
Cawangan Swim Rush Academy 
๐Ÿ’—Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan (kelas renang khas untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa & kanak kanak).
๐Ÿ’—Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya (kelas renang khas untuk kanak kanak sahaja & mempunyai private pool).
๐Ÿ’—Cheras: Kompleks Sukan Desa Tasik (kelas renang khas untuk perempuan dewasa & kanak kanak sahaja).
๐Ÿ’—Shah Alam: Seksyen 14 (kelas renang khas untuk perempuan dewasa sahaja & mempunyai private pool).
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
Ada banyak tau kelebihan Swim Rush Academy ni. Antaranya, free swimming cap & dia orang jugak akan menyediakan kelas ganti. Dia orang punya coach pun bukannya calang calang orang, semuanya dah well trained dan sangat berpengalaman mengajar. Selain itu, dia orang jugak menekankan tentang Anti - Drown. Kalau korang attend kelas renang ni nanti, coach tu sendiri akan ajar tentang Water Survival Technique & Water Confidence. Untuk yang perempuan pulak korang jangan risau tentang pemilihan coach sebab yang akan ajar kita nanti coach nya perempuan jugak heheh. Lepas dah attend kelas ni nanti, hah memang confirm lah korang pandai terus. Sama lah macam dengan tagline dia orang, from Zero to Hero! Tunggu apa lagi tu, jom lah register sekarang. 

Balik Kampung | Macam Macam Ada

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sempena cuti Hari Pertabalan Agong, kita balik kampung semalaman. Macam biasa, bila balik kampung ni memang antara benda yang paling nikmat. Masa ni lah kau nak request macam macam makanan. Tapi kalau tak request oun, tetap jugak terhidang macam macam kan. Gitu lah kalau sekali sekala balik kampung. Paling best sekali bila sekarang ni tengah musim buah, sebut aje nak buah apa semua ada. Belakang rumah wan Nani ni ada pokok manggis tau, boleh lah petik aje dekat pokok lepas tu terus makan. Memang betul betul fresh okay! Nani balik hari tu sebab wan ajak tolong dia buat nasi ayam. Nani yang pernah sekali dua aje masak nasi ayam ni, memang ingat ingat lupa lah. Hahah! Kejap kejap kang WhatsApp ibu tanya resepi macam mana. Kahkah! Sebenarnya nasi ayam ni antara menu yang paling cepat nak buat, tapi kalau dah tak ingat resepi tu memang lama lah baru nak siap. Tapi nasib baik menjadi jugak nasi ayam hari tu dengan bantuan tangan tangan lain sama. Fuhh berpeluh jugak lah kita dekat dapur buat nasi ayam untuk makan ramai. Hahah! 
 Ini lah dia rupa nasi ayam homemade yang Nani hari tu. Bertambah tambah lah semua orang makan nasi. Hahaha! Nasi tu nenek Nani yang masak, sebab untuk makan ramai kan. Nani tak pandai nak sukat air kalau masak banyak ni, takut kang terkeras sangat atau lembik sangat. Hahah! Lain lain tu semua buat sendiri. Cuma sambal tu tak berapa pedas padahal banyak jugak dah kisarkan lada haritu. Nasi ayam kali ni tak ada tomato sebab selalunya semua orang pandang aje tomato tu. Hahah! So, daripada membazir baik tak payah beli terus. 
 First time perap ayam sampai dua ekor. Nervous jugaklah buat sebab takut tak sedap. Hahah! Ayam ni Nani rebus dulu dalam air yang ada tumisan bawang, kiub ayam & kunyit serbuk sikit. Bila ayam tu dah masak angkat toskan air tu. Air rebusan ayam tu jangan buang pulak okay, tu kita guna untuk masak nasi nanti. Lepas dah toskan ayam tu, perap lah dekat halia yang dah ditumbuk lumat, kicap pekat, sos tiram dengan madu sikit. Nani letak madu nak bagi ayam nampak berkilat & ada rasa manis manis sikit. Garam tak letak dah sebab kicap tu dah sedia masin. Lepas tu goreng sampai lah garing. Sedap tau sebab rangup dekat luar, lembut dekat dalam. 
 Ini pulak kuih tepung bungkus. Sedaaap kuih ni, buat dia guna tepung pulut lepas tu dalam tu ada inti kelapa yang dah dimasak dengan gula melaka. Nenek Nani cakap ni kuih orang zaman dulu dulu. Hahah! Kuih kuih tradisional ni jangan lah tanya resepinya macam mana, memang tak tahu. Tahu makan aje. Hari tu tengok nenek Nani buat nampak macam senang, tapi kalau dah tak biasa buat tu, memang tak ada 'istilah' senang lah. Nanti lah bila bila kita balik menuntut ilmu buat kuih kuih tradisional ni pulak. 
 Buah manggis fresh baru petik dari pokok belakang rumah. Petang tu habis nenek Nani kerah suruh pergi belakang rumah kutip buah manggis. Mula nak makan dekat area pokok tu aje tapi sebab banyak sangat nyamuk, tak jadi nak makan situ. Hahaha! Dapatlah sebakul kecil buah manggis buat makan petang tu. Sedap woo dapat makan buah manggis yang manis manis ni. Nikmat! 
Nasi kerabu ni pulak beli dekat pasar pagi. Nasi kerabu daging & nasi kerabu ayam ni dekat kampung baru RM 3 sebungkus. Murah dia tak boleh bawa bincang! Hahah! Nasi banyak, setiap suapan pun ada daging sekali. Punya lah tak berkira kan mak cik mak cik dekat sini menjual. Dah lah sedap pulak tu. Kalau dekat bandar, tak jumpa dah macam ni. Kalau tiga ringgit tu ibaratnya nasi kerabu lauk ikan masin aje lah yang dapatnya. Memang tak akan jumpa nasi kerabu lauk sedap sedap macam ni hah. Agaknya kalau RM50 dekat kampung ni, seminggu pun boleh tahan sebab makanan semua murah sangat. Hahaha! Dikesempatan yang ada ni, Nani nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang singgah ke blog Nani. Korang balik kampung mana & bila tu? 

Ayam Goreng McD Extra Spicy

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Sekarang ni dekat mana mana pun ada aje iklan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy, tengok tv ada iklan ayam goreng, buka Youtube dengan Facebook pun sama. Bila dah selalu tengok iklan tu, wajiblah jugak kita try kan. Masa awal awal ayam goreng ni viral, fuhh tak sanggup okay nak pergi queue dekat Mcd. Ada certain outlets tu sampai sold out lah ayam goreng tu, punya lah kuat penangan Ayam Goreng 3x Pedas ni kan. Walaupun dekat Twitter tu Nani baca ada yang sampai kena ke hospital sebab sakit perut lepas makan ayam goreng McD. Kalau perut tak biasa makan pedas, memag macam tu kot jadinya ๐Ÿ˜… Bila dah reda sikit, baru lah kita terjah McD demi satu set ayam goreng. Hahaha! Gigih sangat kaaaan! Bukan apa kalau beli yang delivery tu charge aje dah sedia mahal so baiklah kita pergi outlet Mcdonald's tu terus, lagipun, McD depan rumah aje hah. Sekarang ni dah ada banyak set untuk ayam goreng ni kan. Kalau dulu ada set untuk dua ketul ayam aje, sekarang ni dah ada set yang tiga ketul dan lima ketul jugak okay. Tapi kalau untuk makan sorang, dua ketul tu pun dah cukup dan kenyang. 
Ayam Goreng Mcd
 Macam biasa kita order satu set dua ketul ayam goreng Mcd yang Extra Spicy. Macam biasa, ada fries dengan air sekali. Nani haritu nak tukar fries dengan coleslaw tapi dekat Jerantut ni tak ada coleslaw pulak heh. Outlet dekat sini memang selalunya tak berapa ada sangat certain menu. Haritu nak order McFlurry Cempedak pun dia kata tak ada sebab dia orang ada satu aje mesin aiskrim. Sobs! So melepas lah nak try McFlurry Cempedak. Nani drive thru aje Mcd ni haritu, lepas dah siap order terus lah balik rumah. Punya lah tak sabar sabar nak try kan. Tapiiii.... 
Ayam Goreng Mcd
Tapi hampa hatiku sebab bila buka kotak ni tengok dapat Ayam Goreng Mcd Spicy yang biasa tu. Alaah, nak makan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy.  Saja lah tu nak suruh kita repeat order lagi. Hahah! So, kita makan aje lah walaupun sedih sikit kahkah. Haritu adik Nani dah pernah beli Ayam Goreng Extra Spicy ni, makan secubit aje pun dah rasa pedas dia. Kali ni relax aje kita makan ayam goreng dua ketul ni sampai habis. Hahah! Biasa punya kan, tak rasa sangat pedas tu. Heheh. Nani minta ayam bahagian tight untuk dua dua ketul ni pun, dia orang ada jugak bagi bahagian wing. Tak apa lah, mungkin dia orang tak perasan kot order Nani tu. Korang dah try ke belum Ayam Goreng McD Extra Spicy tu? Macam mana? Pedas ke tidak? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page