Ayam Goreng McD Extra Spicy

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Sekarang ni dekat mana mana pun ada aje iklan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy, tengok tv ada iklan ayam goreng, buka Youtube dengan Facebook pun sama. Bila dah selalu tengok iklan tu, wajiblah jugak kita try kan. Masa awal awal ayam goreng ni viral, fuhh tak sanggup okay nak pergi queue dekat Mcd. Ada certain outlets tu sampai sold out lah ayam goreng tu, punya lah kuat penangan Ayam Goreng 3x Pedas ni kan. Walaupun dekat Twitter tu Nani baca ada yang sampai kena ke hospital sebab sakit perut lepas makan ayam goreng McD. Kalau perut tak biasa makan pedas, memag macam tu kot jadinya 😅 Bila dah reda sikit, baru lah kita terjah McD demi satu set ayam goreng. Hahaha! Gigih sangat kaaaan! Bukan apa kalau beli yang delivery tu charge aje dah sedia mahal so baiklah kita pergi outlet Mcdonald's tu terus, lagipun, McD depan rumah aje hah. Sekarang ni dah ada banyak set untuk ayam goreng ni kan. Kalau dulu ada set untuk dua ketul ayam aje, sekarang ni dah ada set yang tiga ketul dan lima ketul jugak okay. Tapi kalau untuk makan sorang, dua ketul tu pun dah cukup dan kenyang. 
Ayam Goreng Mcd
 Macam biasa kita order satu set dua ketul ayam goreng Mcd yang Extra Spicy. Macam biasa, ada fries dengan air sekali. Nani haritu nak tukar fries dengan coleslaw tapi dekat Jerantut ni tak ada coleslaw pulak heh. Outlet dekat sini memang selalunya tak berapa ada sangat certain menu. Haritu nak order McFlurry Cempedak pun dia kata tak ada sebab dia orang ada satu aje mesin aiskrim. Sobs! So melepas lah nak try McFlurry Cempedak. Nani drive thru aje Mcd ni haritu, lepas dah siap order terus lah balik rumah. Punya lah tak sabar sabar nak try kan. Tapiiii.... 
Ayam Goreng Mcd
Tapi hampa hatiku sebab bila buka kotak ni tengok dapat Ayam Goreng Mcd Spicy yang biasa tu. Alaah, nak makan Ayam Goreng Mcd Extra Spicy.  Saja lah tu nak suruh kita repeat order lagi. Hahah! So, kita makan aje lah walaupun sedih sikit kahkah. Haritu adik Nani dah pernah beli Ayam Goreng Extra Spicy ni, makan secubit aje pun dah rasa pedas dia. Kali ni relax aje kita makan ayam goreng dua ketul ni sampai habis. Hahah! Biasa punya kan, tak rasa sangat pedas tu. Heheh. Nani minta ayam bahagian tight untuk dua dua ketul ni pun, dia orang ada jugak bagi bahagian wing. Tak apa lah, mungkin dia orang tak perasan kot order Nani tu. Korang dah try ke belum Ayam Goreng McD Extra Spicy tu? Macam mana? Pedas ke tidak? 

Beautea by SAFI | Pembersih Wajah Terbaru di Pasaran

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru baru ni Safi telah mengeluarkan satu lagi produk baru tau, iaitu Beautea Cleanser. Wahh makin banyak produk terbaru keluaran Safi ni, tak terkejar kita nak try semua. Macam yang Nani pernah bagi tahu sebelum sebelum ni, produk Safi ni memang sentiasa jadi pilihan Nani sebab ia nya bebas daripada SLS/SLES, Paraben, Alcohol dan jugak Silicon. Paling penting sekali, product ni telah pun diuji secara dermatologi, jadi tak ada lah masalah lah nak guna sebab memang selamat. Hiks. Hari tu lepas aje tahu product ni dah ada dekat pasaran, zasss kita terjah Watsons cari. Sejenis yang tak sabar betul kan. Hahaha! Kalau dekat mana mana Watsons store korang boleh dapatkan product Beautea ni dengan harga RM 23.30 satu. Tapi meh sini Nani nak ajar korang untuk dapatkan dengan harga yang lebih murah. Kalau nak jimat, korang beli lah melalui Watsons online. Kenapa Nani cakap jimat? Sebabnya korang boleh dapatkan dengan harga RM 18.80 bila korang pembelian Beautea Cleanser ni secara online di website Watsons. Jimat kan? Nanti korang boleh pilih lah sama ada nak self pick up atau penghantaran terus ke rumah. Apa apa korang boleh refer dekat website Watsons okay! 
Tapi sebab Nani ni sejenis yang tak menyempat nak try product baru ni, kita walk in aje lah dekat store Watsons yang terdekat. Nasib baik dah ada stock yang dah sampai. Heheh. Untuk pengetahuan korang, ada empat jenis rangkaian product Beautea ni tau, iaitu Black Tea & Black Orchid (sensitive skin), Green Tea & Neem (normal to oily skin), White Tea & Damask Rose (dry skin) dan jugak Apricot Tea (face scrub). Setiap jenis tu ada kelebihannya yang tersendiri dan mengikut jenis kulit. Nanti kalau korang nak beli, make sure beli ikut skin type masing - masing okay! 
Nani pilih untuk try yang Green Tea & Neem, untuk adik Nani pulak dia ambil yang Black Tea & Black Orchid. Product Beautea by Safi ni diekstrak 100% daripada premium daun teh tau! Actually ni first time Nani try cleanser yang diekstrak daripada daun teh, sebelum ni guna scrub aje yang menggunakan daun teh. Heheh. Serious wangi aje bila korang buka penutup pencuci muka ni. Next time Nani nak try scrub tu pulak, nampak best jugak scrub muka keluaran Safi ni. Kemain kan, semua dia nak try! Hahah! Jom tengok apa kelebihan kedua dua cleanser pilihan Nani ni. 
Black Tea & Black Orchid. 
Macam yang Nani bagi tahu dekat atas tadi, cleanser yang ni sangat sesuai untuk korang yang ada kulit sensitive. Untuk korang yang dah pernah try product lain tapi tak berhasil, boleh lah try product ni pulak okay! Macam yang korang tahu, kebanyakkan product Safi mengandungi fragrance. Untuk yang ada kulit sensitive, selalunya dia orang akan elakkan untuk menggunakan any products yang mengandungi fragrance. Tapi korang jangan risau, untuk Cleanser Black Tea & Black Orchid ni, tak ada fragrance pun. So korang boleh lah try guna tanpa ada rasa was was eheheh. 
Ini pulak tekstur Black Tea & Black Orchid, ia didatangkan dalam bentuk Cream Cleanser. Fungsi Detox Cream Cleanser ini adalah untuk membantu kita mengekalkan kulit yang sihat dan melindungi kulit daripada penuaan. Cara penggunaan cleanser ni mudah aje, korang cuma perlu bilaskan muka dengan air lepas tu cuci lah muka macam biasa dan bilaskan dengan air. Based on apa yang Nani baca, kalau kita nak muka kita betul betul bersih, kita kena guna tips 60 saat. Maksudnya kita kena cuci muka within 60 saat so sehala kekotoran dekat muka kita dapat dihilangkan. 
Green Tea & Neem. 
Untuk cleanser yang ni ia sangat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit normal to oil skin. Pembersih muka Green Tea & Neem ni berfungsi untuk menghilangkan kekotoran di wajah dan minyak yang berlebihan. Selain daripada tu, ia dapat melindungi kulit daripada masalah jerawat, mengawal sebum dan jugak membantu untuk mengurangkan kesan parut di wajah. Cara penggunaan pembersih muka ni sama macam yang Nani terangkan dekat atas tadi okay! Siapa yang ada masalah jerawat tu boleh lah try cleanser yang ni, mana tahu berkesan kan. 
Ini pulak tekstur Green Tea & Neem, ia didatangkan dalam bentuk Gel Cleanser. Macam Nani sendiri, memang Nani prefer untuk guna cleanser yang dalam bentuk gel berbanding yang cream. Heheh. Tapi untuk pencuci muka yang ni, ia mengandungi fragrance so kalau korang tak tahu skin korang react macam mana bila ada fragrance, jangan lupa untuk buat patch test terlebih dahulu okay! Korang boleh dapatkan product Beautea by Safi ni di mana mana pasaraya atau pun drugstore. Macam yang Nani bagi tahu awal awal tadi, harga sebotol pencuci muka ni RM 23.30 (150g). Jangan lupa try tau korang! 

21 Julai 2019 | Dalam Kenangan

Assalamualaikum & Hello. 
Baru baru ni, lama Nani 'menyepikan' diri untuk seketika. Bukan saja saja nak menghilang tapi saya dan keluarga baru sahaja diuji dengan kehilangan nenek yang tersayang (nenek di sebelah abah). Ikutkan arwah nenek yang Nani panggil Wan ni, baru aje keluar dari hospital sebab ada ulser di bahagian usus. Selang dua hari lepas tu, tiba tiba arwah mengadu sesak nafas. Terus lah pak cik dengan mak cik Nani bawa ke HTAA di Kuantan. Masa dalam perjalanan nak ke hospital tu lah arwah tiba tiba tak sedarkan diri dan terus kena admit dekat Wad Kecemasan (Zon Merah). Petang Sabtu tu abah dapat panggilan dari mak cik Nani bagitahu pasal keadaan Wan, terus lah kita orang bersiap & bergegas ke Kuantan. Masa ni memang doktor dah suruh semua ahli keluarga berkumpul sebab harapan untuk Wan sembuh tu tinggal 50 - 50 aje. Allah. Masa tu dalam hati tak putus putus berdoa semoga Wan kembali sihat. Bila kena admit dekat Wad Kecemasan dekat Zon Merah ni, memang tak ada sorang pun ahli keluarga yang dibenarkan masuk. Sepenuhnya di bawah pemantauan doktor. Lama jugak kita orang tunggu dekat luar hospital, dekat pukul 2.15 pagi macam tu, Nani & family balik berehat sekejap dekat rumah pak cik. 
Tapi tak ada lah berehat mana pun, bila jadi macam ni mata pun susah sangat nak lelap. Dalam setengah jam macam tu terlelap, sepupu Nani call cakap Wan dah dipindahkan ke wad biasa tapi masih bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Tak sampai 15 minit macam tu, sepupu Nani call semula cakap Wan dah kritikal. Allah. Masa ni Tuhan aje yang tahu perasaan tu macam mana. Terus bangun basuh muka, pergi balik ke hospital. Kali ni, terus aje ke wad di tingkat tujuh. Masa sampai tu, terus gugur air mata tengok arwah Wan terbaring dengan mesin bantuan pernafasan. Memang tak boleh tahan sebak dah bila tengok keadaan arwah macam tu. Nani duduk dekat koridor wad tu baca Yaasin. Dalam hati masih lagi tak putus putus doa, semoga ada keajaiban dari Tuhan. 
21 Julai 2019 | Ahad
Tak lama lepas Nani baca Yasin tu, mesin bantuan pernafasan yang Wan guna tu tiba tiba dah bertukar 'bunyi.' Kalau sebelum tu mesin tu bunyi tet tet tet tet menandakan yang Wan masih bernafas, kali ni dah bertukar jadi teeeeeet. Panjang dan lama. Masa ni Tuhan aje yang tahu apa yang ada dalam hati aku. Allah. Air mata dah laju turun. Doktor dah tarik langsir dan minta kita orang semua tunggu dekat luar. Kalau sebelum ni aku tengok aje dekat dalam drama, kali ni betul betul jadi depan mata aku sendiri. Ya Allah. Aku dengar doktor cuba pasangkan semyla bantuan pernafasan tu, tapi tetap jugak bunyi yang sama keluar. Dua kali doktor cuba. Tak lama lepas tu mak cik aku cakap 'mak dah tak ada.' Ya Allah, lemah rasa lutut ni. Aku sampai bersandar dekat dinding sebab rasa tak kuat sangat dengan kehilangan ni. Doktor keluar; minta maaf dan sahkan yang Wan memang dah tak ada. Allah. Sekitar pukul 4.50 pagi, wan telah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah tengahari tu jugak jenazah dah selamat dikebumikan di Jerantut. 
Ahad lepas dah selesai buat kenduri tahlil untuk arwah wan dekat rumah Nani. Tuhan permudahkan segala urusan kami sekeluarga, alhamdulillah. Ikutkan minggu ni lah, kita orang nak pergi melawat wan dekat Kuantan tapi apa kan daya, Tuhan lagi sayangkan wan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkan arwah dalam kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb. Dah lama sangat wan sakit, dah tiba masanya untuk wan berehat. Semoga Allah gantikan segala kesakitan wan di dunia dengan ganjaran syurga. Amin. Betul lah kehilangan orang yang paling kita sayang ni paling perit sekali. Rindu yang sememangnya tak berpenghujung. Dalam kenangan, Hamiah binti Derani 💗 AL FATIHAH. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page