Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin, ada yang Monday blues ke tu? Heheh. Lepas sebulan entry ni duduk dalam draft, hari ni baru ada masa nak publish. Walaupun dah 'basi' cerita nya tapi tetap jugak nak abadikan dalam blog sebab ini antara kenangan yang manis & indah untuk diingati sepanjang kehidupan. Gittew ayat dia. Hahah! Tapi betul lah, bila ada kawan yang rapat zaman sekolah dulu kahwin, Nani wajib kosongkan jadual. Tak kira lah apa jadi sekali pun tetap jugak nak pergi. Masa kenduri aje lah ada masa nak jumpa dengan semua, kalau hari lain memang susah lah sebab masing - masing ada komitmen sendiri. Lepas tu bukan semua duduk dekat tempat yang sama, semua dah jauh. Walaupun tak semua yang datang kenduri tu tapi at least dapatlah nampak muka muka yang jarang dapat jumpa tu. Haih, rasa macam baru aje lagi tengok masing masing struggle untuk exam, tup tup sekarang dah jadi isteri orang dah. Bulan January & February lepas, dua orang schoolmate Nani kahwin & yass dua dua tu Nani dapat pergi. Dia punya seronok dapat jumpa dengan kawan kawan zaman sekolah tu, memang tak boleh nak described lah. Hahah! 
 One with my batchmate. Ini pun tak semua datang tapi dia punya meriah tu fuhh! Bila dapat jumpa ramai ramai ni, paling best sekali sebab dapat buat catch up session lah. Masa ni lah nak tahu cerita masing - masing sambil meraikan pengantin. Bulan lepas dua orang sekali kawan sekolah kahwin, dan aku masih relax jadi manusia single. Eh? Hahah! Macam biasa bila dah ramai yang kahwin ni, soalan cepumas yang akan selalu orang tanya 'ha Nani bila pulak?' Tahu lah semua tak sabar nak pergi kenduri sis, tapi sabar jap okay! Hidup sendiri pun tak berapa nak terurus lagi, macam mana nak kongsi hidup dengan orang lain. Hahahah! 
 Kenduri kawan Nani yang ni buat dekat dewan sekolah kita orang dulu, lagi lah mengimbau kenangan sangat. Kalau dulu sini lah tempat perhimpunan, tempat jawab exam, tempat ambil result. Hari tu masuk dewan ni sebab nak attend kenduri kahwin kawan. How time flies. Rasa macam tak percaya pun ada. Hahah! Tapi itu lah lumrah kehidupan kan. Apa apa pun tahniah untuk Ain dan suami. 
Ini pun antara yang memang wajib pergi. Dah lah schoolmate, classmate lepas tu masuk universiti pun belajar tempat yang sama. Seronoknya dapat jumpa dengan semua orang, terubat dah rindu masing - masing. Heheh. Tunggu sesiapa pulak kahwin lepas ni baru boleh jumpa ramai ramai macam ni. Barakallah untuk Wani dan suami. Semoga Tuhan kurniakan yang baik baik untuk kalian berdua. Siapa punya turn pulak lepas ni? Jeng Jeng Jeng. Macam biasa, bila ada orang nak kahwin, automatic meriah terus group WhatsApp tu. Hahah! Bila duduk asrama sampai lima tahun dengan dia orang ni, memang dia punya rapat tu dah macam adik beradik. Sayang semua ketat ketat 💗💗💗

Sushi King di Setapak Central

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Fridaay! Minggu ni boleh dikatakan minggu yang paling 'hectic' lah sampai rasa tak nak buat benda lain bila dah balik bilik tu. Memang bila letak kepala tu boleh lena sampai pagi. Hahah! Penat dia jadi dua kali ganda bila sekarang ni cuaca panas kemain. Kalau sidai kain tu memang sekejap aje lah kering cerita dia. Heheh. Hari tu 'lari' sekejap dengan segala jenis kerja yang ada, kita pergi makan Sushi King dekat Setapak Central. Dulu Nani lah manusia yang paling tak minat makan sushi ni (padahal masa tu tak pernah try pun makan). Lepas tu bila dah try makan baru tahu sedap rupanya. Kahh! Itu lah orang cakap, kalau tak pernah makan jangan nak complain macam macam sangat. Cuma satu aje lah benda yang tekak Nani tak boleh nak terima dekat Sushi King ni, green tea dia orang. Dah pernah try tapi entah, tak suka. Actually bukan green tea dekat sini aje yang Nani tak boleh minum, semua jenis green tea tak minat. Hahah! Biasanya bila makan dekat Sushi King ni, memang Nani tak akan order air pun, punya lah tak minat kan. Air lain nampak sedap tapi tu lah mahal dan sikit pulak. Hahah! So konsep dia kita makan aje lah. 
 Spicy Yakiniku Set
Selalunya bila makan dekat Sushi King ni Nani akan order menu yang biasa makan aje, macam Spicy Yakiniku Set ni tak pun bento. Kalau udon semua tu memang tak pernah try. Heheh. Harga untuk satu set Spicy Yakiniku ni dalam RM 20++ macam tu, yang Nani ambil ni daging tau. Sedaap sebab daging tu lembut cuma sup tu memang Nani tak suka sebab masin. Tak tahu lah kot outlet dekat sini aje kan, tapi setakat ni memang Nani tak makan lah sup tu. Heheh. Nasi tu walaupun nampak macam sikit tapi percayaaalah memang kenyang okay! 
Spicy Chicken Katsu Don (small)
First time try menu yang ni, rupanya sedap jugak. Next time boleh lah order lagi. Heheh. Walaupun dalam menu tu dia claim spicy tapi macam biasa tak rasa pedas langsung pun. Hahah! Ayam tu sedap sebab crunchy. Kenapa tah sebelum ni tak pernah terdetik nak order. Asyik makan lah menu yang sama sampai jemu. Hahah! Baru ni makan dekat Sushi King total semua sekali 12 ringgit aje lepas dah tolak reward birthday kawan Nani. Phew, memang jimat habis. Bahagi pulak berdua, sorang bayar enam ringgit aje. Heaven betul rasa, kalau macam ni selalu seronok betul. Hahaha! So, apa plan korang untuk weekend ni? Nani tak sabar nak marathon movie, rasa macam dah lama tak dapat rasa nikmat cuti weekend. Sebelum ni asyik balik Pahang lah, settle kan kerja itu lah ini lah, haih macam macam nak buat. Kali ni nak rehat sungguh sungguh. Hahah! Apa apa pun, jaga diri okay, sekarang musim panas memang mudah sakit. Take care everyone! 💗💗

Gerai Kuih Tradisional di Wangsa Melawati

Assalamualaikum & Hello. 
Hai koraang! Hari tu Nani ada lah order kuih dekat Instagram ni & serious sedap sangat. Nani dah lama jugk follow Instagram tu sebab tengok dia orang punya kuih, kek semua nampak menyelerakan okay. Nani pulak memang suka follow semua Instagram yang jual makanan ni. Hahaha! Bukan apa, kalau bila bila nak order, senang. Kebetulan baru ni ada program, terus lah order dengan dia orang. Ada jugak tanya dekat orang lain tapi tak ramai yang nak terima order Nani, sudahnya order dengan akak ni hah. Memang tak pernah rasa pun kuih muih dia orang sebelum ni, memang Nani main order aje lah. Baca feedback dekat Instagram tu pun ramai yang puji sedap. Nani jenis yang picky sikit kalau nak order makanan macam ni. Iye lah kita nak jamu orang makan kan, takkan lah nak hidang yang tak sedap pulak. Lagi pun area sini susah nak jumpa yang betul betul sedap dan padan dengan harga. Mula mula tu Nani plan nak oder brownies atau pun kek, tapi sebab program tu pagi macam tak kena pulak nak makan benda manis macam tu. Sudahnya Nani order kuih muih tradisional. Heheh. 
Kali ni Nani order karipap ayam kentang (30pcs) dengan cucur badak (30pcs). Ada jugak order pulut panggang untuk makan sendiri tapi terlupa pulak lah nak ambil gambar. Hahah! Serious puas hati order, masa sampai pun kuih ni panas lagi. Nani suka yang jenis macam ni, sebab memang dia orang buat fresh untuk kita. Kuih dia pun besar besar bentuknya. Next time dah tahu dah nak order kuih muih sedap dekat mana. Tak sia sia lah Nani follow Instagram dia orang dulu, memang senang nak deal dengan akak ni. Baru aje WhatsApp terus reply bagi harga dengan list kuih yang dia orang jual. 
Karipap Ayam Kentang (30pcs - RM 15)
Karipap ni antara salah satu fav Nani lah, makan hari hari pun tak apa. Hahah! Sedapp betul karipap ni sebab kulit tu nipis aje & inti dalam penuh, bukan karipap inti angin okay. Hahah! Harga pun kira murah jugaklah bagi Nani. Kalau sedap macam ni, memang tak kisah pun nak beli sebab dia orang pun jenis yang tak berkira menjual. Cukup rasa semua, yang penting panas panas lagi masa runner hantar. 
 Cucur Badak (30pcs - RM 18)
Nani order cucur badak sebab dah lama teringin nak makan tapi tak sangka lah pulak ada yang tak pernah makan & tak tahu pun kewujudan kuih ni. Ini pun sedap jugak, inti kelapa dalam tu pedas woo. Haih lah memang confirm nak repeat order lagi lepas ni. Masa Nani whatsApp tanya hari tu, terus akak tu hantar list kuih muih. Kuih muih tradisional aje ada 27 jenis okay, belum masuk kuih talam, sandwich, pastry dengan dessert semua tu. Nani pun pening jugaklah hari tu nak pilih kuih sebab banyak sangat pilihan. Hahah! 
Memang puas hati sungguh order kuih sedap macam ni. Ini memang review seikhlas hati Nani tau. Memang sedap sebab tu Nani share dengan korang. Details semua ada dekat dalam gambar tu. Order selewat lewatnya tiga hari sebelum tau dan tak silap Nani, minimum 50pcs kalau untuk delivery. Dia orang ada jugak kedai dekat Wangsa Melawati kalau nak self pick up. Nani memang guna servis runner aje lah, walaupun tak jauh mana padahal Wangsa Melawati tu. Heheh. Semoga makin murah rezeki dia orang ni sebab jual kuih sedap dan tak kedekut macam ni. Next time nak try order tauhu bergedil pulak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page