Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu lepas kita orang lunch dekat Nene Chicken Avenue K, terus berjalan kaki ke Bukit Bintang. Nani pun baru aje tahu ada satu laluan pejalan kaki (walkway) yang dari KLCC terus ke Bukit Bintang. Memang keluar aje dari walkway tu, terus sampai Pavillion. Tapi boleh tahan jugaklah jauh dia tu, dalam 15 minit berjalan baru sampai. Tapi sebab laluan ni berbumbung so tak ada lah rasa panas membahang sangat. Selama ni memang gigih sangat okay naik Monorail sampai sana, sekarang dah tahu ada short cut tak payah naik Monorail lagi dah. Heheh. So, kenapa gigih sangat berjalan sampai ke Bukit Bintang ni? Actually hari tu ada join contest dekat Instagram, tiba tiba menang pulak. Dapatlah dua tiket free masuk ke Museum Of Illusions ni hah. Tempat ni baru lagi buka, tak silap Nani dalam bulan Jun 2018 macam tu. Walaupun muka Nani ni jaraaang sangat masuk tempat tempat macam ni, tapi dah dapat ticket free tu memang tak lah nak tolak kan. Museum ni memang dekat sangat dengan Pavillion, Fahrenheit 88 semua tu. Boleh lah kalau nak shopping pulak kan lepas dah jalan jalan dalam Museum Of Illusions ni. Eh? Hahah! Tapi kita orang hari tu tak shopping pun, lepas jalan jalan terus aje balik. Seram lah kita tengok harga dekat tempat tempat macam ni. Hahaha! Mampu tengok aje konsep dia. Kah!
Museum Of Illusions ni terletak dalam Ansa Hotel tau so kalau korang nak pergi jangan lah pulak cari Museum Of Illusions punya signage, memang tak jumpa lah cerita dia. Korang kena masuk dulu dalam hotel tu, baru lah jumpa museum nya. Senang tak nak cari hotel ni? Senang sangat. Keluar aje dari Pavillion tu, lintas jalan terus jumpa hotel ni. Museum Of Illusions ni betul betul dekat sebelah Fahrenheit 88 tu. Kita orang pergi hari tu pergi hari Jumaat, so tak ramai sangat orang dalam museum ni. Plus, tempat ni baru jugaklah lagi, so tak ramai sangat kot orang yang tahu. Heheh.
Hari tu ada upload gambar ni dekat Facebook dengan Instagram, masing - masing komen, eh kecilnyaaa Nani. Hahaha! Ini lah yang dinamakan trick ye, memang mengecil terus masuk dalam museum ni. Hahaha! Oh ye, kalau korang datang sini jangan lah risau bab nak ambil gambar sebab ada ramai pekerja dia orang yang boleh tolong. Cuma itu lah, pekerja nya semua lelaki, sampai aku naik awkward lah nak posing beria hari tu. Hahaha! Bergambar pun behave aje. Kah! Selain dari port yang menarik untuk bergambar, dalam museum ni jugak boleh main game uji minda. Gitu!
Kalau korang tengok secara dekat, dalam frame tu ada macam macam jenis gambar tapi bila dah jauh dia sebenarnya bentuk muka seseorang. Nani pun hari tu lambat jugak lah nak perasan benda ni, lepas tu dah berjalan pergi sudut lain baru lah sedar sebenarnya tu gambar orang. Nama pun Museum Of Illusions kan, memang banyak lah trick yang ada. Museum ni ada dua tingkat tau, so boleh lah bergambar dan main game uji minda tu sampai puas. Kita orang hari tu banyak bergambar aje. Hahaha! Dalam kepala dah set memang nak pergi jalan jalan, relax kan minda sekali ada game yang kena berfikir ni automatic jadi malas. Hahaha!
Harga Tiket Museum Of Illusions Bukit Bintang
Dewasa:
RM 45 (Non MyKad)
RM 35 (MyKad)
Kanak - Kanak:
RM 35 (Non MyKad)
RM 25 (MyKad)
Eh tetiba jadi banyak pulak muka kan. Sesungguhnya hari tu aku pun amazed kejap lepas tengok gambar ni. Hahaha! Banyaaak lagi lah tempat yang best dalam ni. Ada satu tempat tu sampai rasa pening lah masuk situ sebab dia buat kita rasa berpusing pusing padahal jambatan tu elok aje tak bergerak. Hahah! Korang pun kena lah pergi jugak kalau nak tahu best ke tidak museum ni. Heheh.
Kalau tadi muka Nani jadi banyak, kali ni nampak kepala aje pulak. Hahaha! Kalau bawa anak anak pun sesuai aje tau sebab banyak tempat boleh bergambar. Cuma kalau yang nak main game uji minda tu dia complicated sikit lah. Heheh. Museum Of Illusions ni dibuka setiap hari tau bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Nani hari tu dekat dua jam jugaklah jalan jalan dalam museum ni. Heheh.
Overall, Nani puas hati lah jalan jalan dalam Museum Of Ilusions ni. Sekali sekala masuk museum kan, apa salahnya. Asyik jejak kaki dalam mall sepanjang masa pun tak jadi jugak. Hahah! So kalau korang tak tahu nak bawa anak anak berjalan hujung minggu dekat mana, boleh lah pergi ke Museum Of Illusions ni okay. Kalau tak silap Nani dia orang ada jugak harga untuk pakej satu keluarga. Mungkin korang boleh try check it out dekat website dia orang. Nani letak siap siap link website dengan alamat museum ni untuk rujukan korang. Jangan lupa ajak yang tersayang ke Museum Of Illusions ni okay!
Website: https://museumofillusions.my/
Phone Number: 03 - 2110 2654
Address:
Ansa Hotel Kuala Lumpur
101, Jalan Bukit Bintang
55100, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.