Thank you 2018!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Apa khabar semua? Korang ada yang bercuti ke hari ni? Mana lah tahu kan, menghabiskan saki baki cuti yang ada. Punya lah lama tak update blog sebab busy dengan macam macam urusan, baru hari ni ada masa nak buka laptop. Lagi pun sebab hari ni dah last day untuk tahun 2018, so wajib lah kita abadikan dalam blog sambil buat throwback apa achievement sepanjang tahun 2018. Kahkah. Paling penting sekali, boleh lah tengok balik azam awal tahun haritu, dah tercapai ke belum kan. Nani memang sejenis yang suka buat target macam ni, so that kita nampak apa benda yang kita nak achieve nanti. Tapi ada juga sesetengah orang dia suka follow the flow, depends pada masing - masing lah kan. Kalau tanya Nani pasal azam awal tahun hari tu, ada lah a few yang  dah berjaya buat tapi banyaknya kelaut dalam (dasar hangat hangat tahi ayam). Hahaha! Lagi lagi part nak buat saving tu, mashaAllah yang ni paling susah sangat apahal entah. Dia punya excited nak menyimpan duit tu sekejap aje, tapi lepas tu mula lah 'culas' nak buat. Asal ada aje duit, ada lah benda nak beli. Hahaha! 
Lepas ni ingat nak buat saving yang dekat Maybank tu aje lah, setiap bulan dia akan automatik deduct daripada akaun bank kita lepas tu tak boleh withdraw sampai dah achieve target yang kita letak tu. Hari tu Nani ada nampak orang share, so mungkin kita boleh try yang ni pulakk kan, kot lah hujung tahun depan duit menimbun. Hahaha! Tapi zaman sekarang ni memang wajib jugak lah buat saving sikit sikit sebab serba serbi makin mahal. Kalau tak ada saving susah jugak lah woo nak survive. Pada Nani, at least bila terdesak tu boleh lah ambil sikit sikit kan. Setakat ni saving yang paling menjadi dekat Tabung Haji tu aje lah. Tapi yang tu jangan pulak link kan dengan akaun bank lain, kalau tak cepatlah surut duit dalam tu. Heheh. 

Tahun 2018 ni rasanya lagi banyak yang pahit tapi terselit jugaklah kemanisan. Biasa lah kan, mana ada yang manis aje memanjang. Kadang kadang kena telan jugak yang pahit kelat semua tu. Apa apa pun, macam biasa semoga tahun depan dan seterusnya jadi lebih baik dari yang dah lepas. Semua yang pahit tu, tinggalkan jauh jauh. Memang susah nak positive sentiasa 24 jam, tapi Nani jenis yang kadang malas nak ambil kisah sangat. Kalau asyik fikir yang negative, memang sampai bila bila lah kita akan duduk dekat tempat yang sama. Gitu. Pada Nani, percaya dengan satu benda aje, yakin dengan susunan takdir Tuhan. Kadang kadang bila Dia tarik satu, Dia akan gantikan dengan yang lain. InshaAllah yang lebih baik. 
Tahun ni malas nak tulis azam dalam blog sebab asyik kelaut aje nak buat. Hahaha! Kita tulis dalam personal diary aje lah azam next year. Cuma ini secara roughly lah apa yang nak achieve untuk tahun depan (hakikatnya ada banyak lagi benda lain yang Nani nak). Cuma itu lah, nak maintain consistent buat tu yang susah sebenarnya. The struggle is real. Hahah! Ohh, mendirikan rumah dan tangga juga tak ada lagi dalam list aku untuk tahun depan. Walaupun dah dapat banyak kad undangan kawan kawan untuk bulan January & February next year, kita masih relax membujangg. Heheh. Selamat menyambut tahun baru semua, jalan dan pandang lah terus ke depan, bukannya patah balik ke belakang. Hopefully ada yang lebih baik menanti dekat depan! 


Resepi Roti Pizza Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi yang paling mudah sekali nak buat dan semestinya sedap. Ini lebih kurang resepi bujang lah, tak banyak pun bahan yang diperlukan untuk buat Roti Pizza ni. Paling penting sekali kena rajin aje. Kalau malas, memang satu apa pun tak jadi. Hahah! Actually resepi ni adik Nani yang ajar. So kalau ada roti yang lebih lebih dekat dapur tu, esok boleh buat okay resepi ni. Bahan bahan yang diperlukan bawang holland, kepingan daging burger, sosej, sos bolognese, serbuk lada hitam, roti, cheese dan jugak lada benggala. First sekali kena sediakan sos untuk roti pizza ini lah, resepi ni actually lebih kurang aje macam nak buat sos spaghetti tu. Tumiskan bawang holland sampai naik bau, masukkan kepingan daging burger, masukkan sos bolognese, serbuk lada hitam dan last sekali sosej. Kacau sehingga sebati dan jangan lupa untuk perasakan dengan garam. Nani hari tu ada masukkan jugak cheese dalam sos ni, saja nak bagi lagi cheezy. Tapi tu optional aje tau, ikut selera masing - masing. 
 Bila sos tadi dah masak, boleh lah ambil roti dan sapukan sos cili dekat bahagian atas roti tu. Nani ada jugak sapu buttercup dekat bahagian bawah roti ni, nak bagi roti tu lagi crunchy. Tapi kalau tak nak pun tak apa okay! Lepas tu letaklah sos yang kita dah masak awal tadi & taburkan lada benggala yang dipotong dadu. Lada benggala tu kalau kita letak lagi banyak lagi sedap. 
 Last sekali taburkan lah mozarella cheese dan boleh lah bakar. Nani hari tu tak bakar pun tapi guna kuali ajaib tu aje, lagi cepat. Kalau oven/microwave nak kena set masa pulak kan. Leceh. Hahah! Kalau tak ada kuali ajaib, guna lah kualai apa pun yang ada dekat dapur tu tapi make sure yang boleh tutup okay so nanti cheese tu cepatlah sikit cair. 
Ini lah dia rupa Roti Pizza Homemade yang paling senang nak buat. Kalau ada chili flakes lagi sedap tabur dekat atas roti ni. Fuhh buat roti pizza ni untuk minum petang memang layan lah. Oh ye, untuk mozarella cheese tu adik Nani guna jenama Anchor. Dia cakap lagi murah daripada jenama lain. So, kalau korang teringin nak makan pizza tu boleh lah try resepi Nani ni okay! Guna roti biasa tu pun boleh aje buat pizza. Heheh. Paling senang dan sekejap aje dah siap. Roti pizza ni kena makan time panas panas tau, kalau tak memang keras lah cerita dia. Hahah! Jangan lupa untuk cuba tau! 

Dim Sum & Dumpling Halal Keluaran Ayamas Kitchen

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Siapa peminat Dim Sum dekat sini? Haaa Nani ada satu berita best nak kongsi kan dengan korang hari ni. Macam yang kita tahu Dim Sum ni memang banyak aje orang jual tapi nak jumpa yang halal tu susah sikit kan. Lagi lagi kalau Dim Sum yang sejuk beku ni hah, memang jaraang lah ada yang halal. Nani memang suka makan Dim Sum tapi kalau nak makan selalu dekat restoran Dim Sum yang dekat Kuala Lumpur ni memang boleh rabak lah purse tu kan. Hahaha! Tapi lepas ni dah tak susah nak cari Dim Sum dan Dumpling halal sebab Ayamas Kitchen telah mengeluarkan 10 jenis Dim Sum sejuk beku yang halal. Wohoo! Senang sangat kerja kita lepas ni, bila teringin aje nak makan Dim Sum boleh cari dekat pasaraya dan kukus sendiri dekat rumah. Harga Dim Sum sejuk beku keluaran Ayamas Kitchen ni pun sangat murah dan berbaloi. Paling penting sedap & memas puas hati lah bila makan tu. Kalau korang nak tahu flavour Dim Sum yang telah dikeluarkan oeh Ayamas Kitchen ni, korang boleh scroll dekat bawah okay! 
 Produk Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ini telah disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan juga badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). So, memang tak ada lah ragu ragu nak beli & makan Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ini kan. Produk Dim Sum ini juga diperbuat daripada bahan bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini. 

 Produk Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands, Adi Wira Abd Razak. Beliau berkata bahawa produk Dim Sum sejuk beku ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional.  Okay jom tengok 10 jenis Dim Sum Ayamas Kitchen yang kini telah berada di pasaran.

 Tauhu Gulung Ayam & Ikan dan juga Dim Sum Udang 
Serious rasa Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ni sangat sedap dan puas hati lah bila makan. Pada Nani Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ini memang setanding dengan Dim Sum yang dekat hotel lima bintang dan juga restoran Dim Sum yang lain. Untuk korang yang minat juga makan Dim Sum, memang Nani sarankan korang cuba yang jenama Ayamas Kitchen ni. Dijamin puas hati!

 Dim Sum Kari Ayam & Dim Sum Ayam & Udang 
Sejujurnya hari tu baru pertama kali Nani try Dim Sum Kari Ayam & guess what? Sedaaap dan Nani pun tak sangka Ayamas boleh reka menu ni. Oh ye, untuk pengetahuan korang, Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen ni tak semestinya dikukus aje tau, kita boleh jugak rebus, goreng tak pun panaskan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro. 

 Dumpling Udang 
Kalau korang nak tahu, Dim Sum & Dumpling keluaran Ayamas Kitchen ni lagi sedap bila dicicah dengan Sos Cili Ayamas & Sos Hoisin jenama Life. Memang ngam sangat lah makan nak nak time tengah panas tu. Fuhh! Memang lepas ni, penuh lah stock Dim Sum & Dumpling Ayamas Kitchen dalam peti ais Nani. Yeayy! Mudah sangat kerja bila ada produk sejuk beku macam ni kan, Nani memang suka lah sebab boleh jimat masa. 


Harga Dim Sum & Dumpling keluaran Ayamas Kitchen ni antara RM 10.59 sehingga RM RM 13.39. Pada pendapat Nani memang dah cukup murah lah ni untuk satu pek sebab banyak kan. Untuk korang yang berminat untuk dapatkan Dim Sum & Dumpling keluaran Ayamas Kitchen ni, korang boleh ke mana mana cawangan Giant tak pun kedai Ayamas Kitchen. Memang berbaloi sangat beli dan sangat sesuai untuk dijadikan hidangan seisi keluarga. Jangan lupa dapatkan tau! Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh layari laman web & sosial media Ayamas Kitchen dekat bawah ni. Jangan lupa cuba tau! Recommended! 
Facebook: Ayamas Kitchen 
Instagram: Kedai Ayamas




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page