Sirih Pulang ke Gagang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally it's Friday! Hujung minggu adalah masa yang paling ditunggu tunggu sebab time ni lah nak berehat puas puas sambil marathon drama. Heheh. Kali ni nak throwback pengalaman jadi cikgu baru baru ni. Eh tapi apa kaitannya dengan Sirih Pulang ke Gagang? Hahah! Sebenarnya haritu Nani mengajar dekat sekolah lama dulu, bukan lah full time pun cuma mengajar kelas malam. Budak budak ni semua duduk asrama so memang setiap malam ada kelas. Kebetulan masa tu free kan, so terima lah tawaran cikgu ni sambil tu boleh lah balas balik apa yang Nani pernah dapat daripada sekolah ni dulu. Kalau dulu menerima, sekarang dah sampai masa untuk memberi pulak apa yang kita ada walaupun tak banyak mana. Bila berkaitan pasal sekolah lama ni, memang jarang lah nak say no. Bila mengajar dia orang ni terus rasa macam rindunya zaman sekolah dulu dulu (padahal banyak main aje). Hahaha! Banyak main pun nasib baiklah sekarang jadi manusia jugak. Mengajar kelas malam ni tak ada lah penat mana pun tapi itu lah nak hadap perangai masing - masing tu ya Allah, boleh pening jugaklah kita ni. Sebab itu lah kot, tak ditakdirkan untuk mengajar budak budak. Hahah! 
Ada lah kot tiga bulan macam tu Nani ajar dia orang ni. Semua ni dah macam adik adik sendiri dah, sayang ketat ketat walaupun kadang kadang perangai tu mashaAllah, urut dada kita yang tengok ni. Hahah! Budak budak kan, selagi tak besar, memang banyak nak main daripada belajar. Dulu pun diri sendiri macam tu jugak, tapi nanti satu hari akan ada juga kesedaran tu nak belajar betul betul & kejar impian. Rindunyaaa dengan semua :") 
Doakan ye adik adik Nani ni dipermudahkan semua urusan belajar, berjaya dunia akhirat. Ada rezeki boleh lah jumpa lagi nanti. Dia orang ni baru form 1, memang boleh aje nak jumpa lagi nanti tapi tu lah, kadang kadang busy memang tak sempat nak jumpa budak budak ni. Tapi selalu aje contact thru WhatsApp dengan Instagram. Hahah! Punya lah moden zaman ni, senang aje nak berhubung. Kejap kejap kang ada lah yang text tanya buat apa lah, dah makan ke belum fuhh kemain lagi masing - masing. 
Orang kata tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain kan. Sekolah ni akan sentiasa ada satu tempat yang istimewa dekat hati. Iye lah, lima tahun belajar dekat sini, memang macam macam benda dah hadap. Jatuh, bangun, tersungkur semua ada lah, cukup rasa semua sekali. Hahaha! Paling rindu sekali mesti lah dengan kawan kawan batch sendiri, macam biasa bila dah habis sekolah ni, masing - masing dah ada kehidupan sendiri memang susah lah nak jumpa balik kecuali kalau ada yang kahwin. Hahaha! Duduk asrama ni yang paling best sebab bonding tu lah, lima tahun kau hadap muka orang tu gila tak sayang?! Hahah! Kalau nak list semua kenangan yang manis manis zaman sekolah dulu memang tak cukup satu entry. Heheh. Korang pulak, apa kenangan manis zaman sekolah dulu yang korang still ingat sampai sekarang? 

Althea Christmas Wish List

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Yass dah tak lama dah nak Christmas dan paling best sekali Althea akan adakan sales sempena Christmas ni. Yaaay hip hip hooraay! Dengar aje Althea nak buat sales, memang excited lah. Siapa aje kan yang tak suka sales, masa sales ni lah nak beli macam macam dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa. Paling best sekali, siap ada kotak eksklusif tau sempena Christmas ni bila kita membeli dekat Althea. Of course I want that box sebab cantik sangat, dah lah warna biru pulak tu, my fav color okay! Fuhh kalau buka website Althea memang macam macam lah rasa nak beli. Nani ada 10 barang yang dah masuk dalam Wish List. Wink wink. Actually lebih daripada 10 produk, tapi ini antara yang paling Nani nak lah. Hahaha! Perempuan dengan skincare & make up mana boleh dipisahkan, haruslah banyak aje Wish List tu kan. Hello Santa please make my Wish List become true! Okay, jom tengok apa produk yang dah masuk dalam Wish List Nani, mana tahu ada produk yang sama dengan korang ke. Hiks :)
Ini antara yang paling Nani nak beli sebab concealer ni antara produk terbaru keluaran Althea. So yeahh excited sangat nak try. Plus, Nani ada masalah dark spot bawah mata ni tau, kalau tak pakai concealer memang dari jauh dah boleh nampak. Hahah! So wajib lah masukkan Flawless Creamy Concealer ni dalam Wish List. Guess what? Harga concealer ni RM 15 aje okay! Murah sangat lagi lah perasaan nak beli tu membuak buak. Gittew! 
Macam yang Nani cakap tadi, perempuan dan make up memang tak boleh dipisahkan, eyeshadow ni pun antara one of my fav jugaklah. Aaaaa tengoklah semua warna tu, I really love it! Paling Nani suka sebab eyeshadow ni ada 12 warna. Banyak okay so senang nanti hari hari boleh tukar warna eyeshadow. Hahaha! Plus, Color Deep Eyeshadow ni combination of two tone of colour, ada warna nude & warna yang terang. 
 πŸ’— Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 
Ini pencuci muka fav Nani lah, guna sejak bulan October hari tu. Dalam banyak cleanser yang Nani pernah try, seriously yang ni paling best sekali. Muka rasa bersih sangat. Harga pun still reasonable untuk kita beli & satu tube ni boleh tahan lama jugak okay. Nani punya ni still tak habis habis lagi padahal hari hari hari dah guna. So memang berbaloi lah beli pun. Nak repurchase tak nanti bila dah habis? Yes, for sure! 
Innisfree Bija Trouble Lotion ni Nani guna as moisturizer. Kalau korang jenis oily skin & pro acne, memang sesuai guna moisturizer ni. Nani baru aje guna dalam dua minggu so far okay lah produk ni. Terus rasa macam aaa kenapa lah lambat sangat aku try produk Innisfree ni sebab mostly semuanya best dan of course lah berkesan. 
Serum yang ni memang ramai sangat orang cakap best and yes Nani pun nak jugaklah try. Based on apa yang Nani baca, mostly cakap serum ni cepat serap dan boleh melembapkan kulit. Since Nani punya kulit jenis kering, memang nak beli lah produk yang boleh melembapkan ni. Lagi pun setakat ni, semua produk Innisfree yang Nani dah pernah try, it really works on my skin. Oh ye, serum ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit tau. Hiks :)

Peel off clay mask ni pun antara produk best selling Innisfree jugak tau. Nani nak try sebab baru ni ada baca dekat Twitter, ada sorang ni cakap bila dia pakai peel off clay mask ni memang hilang lah blackhead dengan whitehead tu. Wohoo! Since muka Nani memang jenis ada blackhead lagi lagi part hidung tu, memang wajib lah cuba jugak. Stress aje kita tengok blackhead tu kadang kadang. Hahaha! 
Since Nani jenis yang pakai make up, cleansing oil ni wajib ada lah untuk cuci make up tu. Actually Nani tak pernah try pun sebelum ni mana mana produk daripada The Face Shop tapi baca feedback ramai jugak yang cakap hasil dia okay. Why not kan kita masukkan dalam Wish List. Heheh. Kalau okay nanti dengan kulit boleh lah terus guna. Gitu. Plus, oil cleanser ni pun boleh guna untuk double cleansing jugak. 
Macam yang korang tahu, kalau produk Belif ni memang sentiasa woww! Nani nak try guna sebab my skin jenis yang dry & kalau tak cukup hydrating memang boleh nampak lah dry patches tu. Memang kena cari produk yang kaya dengan hydration macam Belif ni. Plus, produk ni dermatologically tested tau, so tak ada lah ragu ragu nak beli & guna. Heheh. Harga dia quite pricey, tapi kalau produk tu memang bagus why not kan kita beli? 
OMG yang ni memang banyaaaak sangat feedback best even kawan Nani pun ramai yang suggest untuk guna Laneige Water Sleeping Mask ni. Can't wait to purchase this as well. Apa yang best sangat tentang produk ni? Water sleeping mask ni sangat sangat membantu untuk melegakan, melembapkan dan mencerahkan kulit. Kalau yang water sleeping mask ni korang boleh lah pakai masa tidur tapi kalau pakai mask sheet jangan buat macam tu okay. Heheh. 
Akhir sekali of course toner daripada Dear, Klairs. I'm so excited to try this toner. Kalau korang boleh nampak, toner ni pH dia balance, tak ada alcohol dan tak ada bahan terlarang. Sangat selamat untuk digunakan. So yas I want this. Pada Nani, toner pun penting jugak untuk pakai lepas kita dah cuci muka. Heheh. Ini lah semua antara 10 produk yang dah masuk dalam Wish List Nani. Wohoo! Semua barang ni kita boleh purchase dekat Althea tau, senang kan. Korang pulak apa pulak Wish List yang paling korang nak sekali beli? Jom lah share dengan Nani senarai Wish List korang pulak. Heheh. Anyway, thank you for reading and have a great weekend everyone! 

Pertama Kali Shopping di Althea Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Baru ni Althea buat sales sempena 11.11, Nani lah antara salah seorang yang membeli tu. Hahah! Murah murah awak harga dia, takkan lah nak tengok aje kan. Tapi bukan semua lah barang ada sales, ada aje yang harga sama macam biasa. Actually ni first time Nani shopping dengan Althea Korea, kawan pun tumpang sama jugak membeli. Ada lah a few things yang memang Nani target nak beli, alang alang masa tu ada sales, terus lah kita beli kan. Banyaaak okay skincare, make up semua dekat Althea Korea ni, shipping pun laju aje. Hari tu Nani order 10.11 macam tu kalau tak silap, lepas tu tak sampai seminggu barang dah sampai dekat rumah. Woww! Boleh tahan laju jugak lah sebab dia cakap estimate penghantaran within two weeks. Heheh. Next time boleh lah shopping lagi dekat Althea Korea ni, dah lah siap post dalam kotak Althea tu. Sayang nak buang kotak sebab cantik sangat. Hahaha! Habislah lepas ni asyik buat koleksi kotak Althea aje lah nampaknya. Nak tahu apa yang Nani beli, jom tengok dekat bawah ni. Nani beli dua barang aje, lagi dua tu kawan Nani yang punya. Punya lah best friend forever, shopping pun nak sama samaa. Hahaha! 
Tadaaa, ini lah hasil 'rembatan' masa 11.11 hari tu. Nani beli Innisfree Bija Trouble Lotion tu dengan Foaming Cleanser The Face Shop. Elok pulak baru ni moisturiser dah habis, terus lah beli dekat Althea Korea ni. Before this Nani pakai yang jenama Pink by Beauty, kali ni nak try jenama Innisfree pulak. Baca dekat Twitter ramai cakap moisturiser ni best dan nampak lah perbezaan before & after guna tu. Bila orang cakap best ni, wajib lah kita try jugak kan. Nak jugak flawless macam orang lain. Hahaha! Harga Innisfree tu around RM 50 ++ biasa lah, kalau Innisfree memang tak ada harga yang murah murah. Tapi kalau memang berkesan, tak kisah pun mahal mana kan. Heheh. 
Setakat yang Nani guna Innisfree Bija Trouble Lotion tu memang tak ada lah buat muka Nani breakout ke apa. Okay sangat lah, moisturiser ni pun cepat serap, jenis yang tube macam ni lagi senang nak pakai. Heheh. Cleanser The Face Shop tu Nani tak try lagi sebab pencuci sekarang ada lagi, hari tu beli sebab saja nak try. Nanti kalau Nani dah guna boleh lah share feedback dengan korang pulak. Sekarang guna cleanser Innisfree tapi saja nak bertukar yang ni pulak sebab ramai cakap okay. Apa apa pun kalau beli skincare jangan lupa buat patch test dulu, takut ada ingredients yang tak sesuai dengan kulit muka tak pasal pasal breakout pulak. Nangis woo kalau muka breakout nanti. Korang ada tak yang pernah try dua produk dekat atas ni? Heheh. Kalau ada boleh lah share pengalaman korang guna produk ni dekat bawah okay! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page